Monday, September 23, 2013

#OpsCantas: BRAVO @PDRMsia! GANGSTER DAH KECUT TELOR, RAKYAT UCAP TERIMA KASIH! @Zahid_Hamidi


Terima kasih PDRM! Ucapan ribuan terima kasih tak terhingga rakyat Malaysia ucapkan pada korang semua. Keselamatan rakyat akhirnya kembali seperti biasa, kadar jenayah sudah semakin menurun. Kes tembak menembak pun dah berkurangan.

Gangster yang dulu kononnya nak tunjuk 'Power' akhirnya senyap membisu. Mana ada dalam dunia gangster berani dengan pihak Polis dan bila isytihar perang diaorang menang dengan pihak Polis.

Pada mereka yang cuba nak COVERLINE pihak Polis, tak payah la buat kerja bangang korang tu. Mana ada Polis kautim dengan penjenayah. Ada ker orang buat salah dibiarkan begitu saja....kalau dah namanya penjenayah memang semua buta warna buta hati.

PETALING JAYA: Kes jenayah yang melibatkan penggunaan senjata api di negara mencatatkan penurunan sehingga 90 peratus sejak Ops Cantas Khas dilancarkan, menurut polis.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan, terdapat pengurangan kes jenayah secara keseluruhan sejak operasi berkenaan dilancarkan, 17 Ogos lalu.

"Sejak 36 hari (daripada 17 Ogos hingga 22 September), kes jenayah berat telah mencatatkan penurunan daripada 12.48%, dengan kes bunuh turut mencatatkan penurunan sebanyak 33.78%, kes rompakan bersenjata secara berkumpulan turun sebanyak 23.58% dan rompakan pula turun sebanyak 26 peratus jika dibandingkan daripada jumlah hari yang sama pada 12 Julai dan 16 Ogos.

"Secara keseluruhan sebanyak 23 senjata api, 14 senapang buatan sendiri, 1,238 butir peluru, sebutir bom buatan tangan dan 445 kereta curi ditemui semula sejak 17 Ogos hingga 22 September.

"Kami juga menahan 10,695 orang atas pelbagai kesalahan, termasuk peras ugut, rompakan bersenjata, kereta curi serta mereka yang terlibat dengan kumpulan kongsi gelap," katanya sambil menambah, bahawa setakat ini pihak polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas 267,496 orang dan 168,556 kenderaan.

SAC Abdul Jalil berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 198 kereta dan 215 motosikal yang dicuri ditemui semula.

"Empat pistol palsu, 27 pedang, 105 parang dan 116 pisau serta 29 tukul besi turut dirampas," katanya.

He said that on Saturday alone, police checked 16,951 people and 7,872 vehicles, resulting in the arrest of 407 people.

“We seized a home-made air rifle and five bullets from one suspect.

“Eight stolen motorcycles and three stolen cars were also recovered on Saturday,” he added.

Opd Cantas dilancarkan ekoran peningkatan kes tembak di negara ini, mereka yang terlibat dipercayai menggangotai kumpulan kongsi gelap yang terlibat dengan aktiviti haram seperti pengedaran dadah dan peras ugut.

Fasa 1, operasi berkenaan menyasarkan untuk mengesan dan merampas senjata terutamanya senjata daripada ahli kumpulan kongsi gelap.

Fasa 2, yang sedang berlangsung melibatkan usaha untuk mengesan ahli 49 kumpulan kongsi gelap yang telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram.

Sementara Fasa 3, pula polis akan mengesan ketua kumpulan kongsi gelap berkenaan serta merampas aset mereka. Fasa ini dijangka bermula tidak lama lagi.

Abdul Jalil turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan kongsi gelap berkenaan segera menghubungi pihak polis di talian 03-2266 3333 atau 03-2031 9999 atau melaporkan maklumat tersebut kepada mana-mana balai polis berhampiran.

Tahniah GR ucapkan pada pihak Polis atas kejayaan Ops Cantas. Tahniah juga pada pihak Polis sebab sudah mula menunjukkan taringnya yang sebelum ini mungkin ditutup separuh. Tahniah pada Menteri KDN, DS Zahid Hamidi atas tindakan tegas yang diambil. Satu langkah transformasi yang terbaik dan KDN kembali bermaruah.


GR kata: Penjenayah tergolek, rakyat senang hati. Terima kasih Polis dan KDN. Alhamdulillah....

1 comment:

  1. Rawang byk lagi...sehingga ada melayu bala..ci..turut menjaga kedai mesin ditengah2 Taman Country homes..brdekatan rumah penduduk majoritinya 85% melayu. Semua pertubuhan,NGO2, Ahli2 surau yg brdekatan tlg buat report di Balai Polis Bukit Aman..bukan dekat sini.! TK.

    ReplyDelete