Friday, September 27, 2013

#PemilihanUMNO: Kenapa Zahid Digelar 'Team Wawasan'? Siapa Cakap..?? #zahidVP01 @Zahid_Hamidi


Perebutan jawatan Naib Presiden UMNO nampak sengit dengan 6 penjuru. Inilah sistem transformasi dan demokrasi yang diamalkan dalam UMNO. Pada mereka yang tak boleh terima itu hanya cakap mengikut nafsu bukannya akal fikiran yang waras.

Yelah...pemimpin yang mereka sanjung ada pula yang tak dapat bertanding kali ini, tak kiralah apa jawatan sekali pun.

Ramai dikalangan ahli UMNO sekarang sudah bangkit semula. Pemilihan kali ini lebih sengit dari PRU13. Perang sesama sendiri, siapa kata lagi senang? Inilah masanya untuk menunjukkan pada seluruh rakyat Malaysia, bangsa Melayu boleh bersatu seperti zaman nenek moyang kita. Akar umbi yang telah ditentukan jumlahnya haruslah memilih pemimpin yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Bukan pilih pemimpin yang hanya cakap pandai...buat kerja tak reti. Itu HAMPEH!!

Mengenai jawatan ketiga-tiga Naib Presiden sekarang, ada yang bisik-bisik pada GR, kenapa Zahid bawa dua lagi pemimpin yang ada sekarang? Seolah-olah ingin meghidupkan kembali "Team Wawasan" di zaman Anwar Ibrahim. Orang yang bercakap-cakap ni macam tak ada otak pun ye juga.

Untuk pengetahuan semua, DS Zahid Hamidi memulakan karier politiknya dari peringkat bawah. Bermula dari ahli biasa beliau berjalan demi setapak hinggalah ke peringkat tertinggi sekarang. GR yakin jika ada pemimpin yang seperti beliau sudah pasti akan mengenali adap resam dalam politik.

Bukannya sibuk untuk mengejar pangkat dan kuasa seperti segelintir pemimpin tapi perjuangan beliau dalam politik harus kita lihat dan kenang. Pendirian beliau yang tegas dalam isu-isu yang boleh mengugat keselamatan rakyat dan negara, rakyat menyokong penuh dan berterima kasih pada Kerajaan.

Pada perwakilan semua pilih pemimpin yang berhak memegang jawatan Naib Presiden ini. Setuju dengan kata-kata Tun M "pilih pemimpin yang berwibawa". Pemimpin yang hanya mahukan kuasa dan takut akan bayang-bayangnya sendiri, korang fikirlah sendiri yer.

Baca di bawah, pilih pemimpin yang perjuangkan hak Melayu:
Kriteria utama pemimpin yang dicari dalam pemilihan UMNO pada Oktober ini ialah seorang yang tidak apologetik dan secara terbuka berani memperjuangkan hak serta kepentingan orang Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemimpin parti tidak boleh takut memperjuangkan hak orang Melayu kerana cabaran dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) amat getir dengan pertambahan lebih ramai pengundi muda.

"UMNO adalah sebuah parti untuk orang Melayu, kita perlu pemimpin yang secara terbuka dan berani memperkata dan memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu, kita tidak boleh ada pemimpin yang apologetik.

"Sebagaimana Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berani membentangkan agenda memperkasa ekonomi orang Melayu dan bumiputera, biar dikritik sekalipun, kita pertahankan Perdana Menteri kerana apa yang dibuat adalah hak kita.

"Kita tidak pernah mengambil hak orang lain tetapi kita kena bantu orang Melayu," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo dan Forum Ternakan Asia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ismail Sabri yang akan mempertahankan jawatan Ahli MT UMNO dalam pemilihan parti Oktober ini akan turut mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera.

Mengulas mengenai tindakan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Azizan Che Omar yang mencabarnya bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera, Ismail Sabri tidak memandang ringan cabaran itu dan menyifatkannya sebagai pertandingan antara 'anak melawan bapa'.

"Saya didik dia, saya bimbing dia, jadi ini adalah anak saya hendak melawan saya, saya tahu sejauh mana kekuatan dia, bagi saya tak mengapalah, setiap pertandingan tidak boleh dipandang ringan tetapi orang Bera tahu siapa saya, siapa dia, terserahlah kepada orang Bera," katanya.

Ismail Sabri yakin akar umbi UMNO di bahagian itu akan membuat keputusan bijak untuk memilih pemimpin yang dapat terus memberi sumbangan kepada kawasan dan menggalas cabaran getir untuk membawa UMNO menghadapi PRU-14.



GR kata: Zahid layak sebagai Naib Presiden No. 1 VP01

No comments:

Post a Comment