Sunday, September 29, 2013

AKHIRNYA POLIS MILIKI SENJATA DAN PELURU BARU UNTUK BANTERAS JENAYAH @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi #zahidVP01


Senjata dan peluru adalah suatu alat yang digeruni oleh semua orang. Siapa saja yang kena tembakan pasti menemui ajal atau pun cedera parah. Peluru dan senjata ini tidak mengenal erti tuan siapa yang diacukan pasti menerima nasibnya.

Sejak kebelakangan ini senjata dan peluru senang untuk diperolehi. Adakah disebabkan ianya senang dibawa masuk dan senang dijual di pasaran? Penjenayah yang milik senjata sudah pasti tidak mengenal erti sesiapa pun. Adakah penjenayah di Malaysia semakin bebas? Boleh buat apa saja yang mereka mahu?

JAWAPANNYA...JANGAN HARAPLAH! Malaysia ada undang-undang. Ini bukan negara koboi boleh buat sesuka hati.

GR ingin mengucapkan tahniah kepada PDRM kerana sekarang ini mempunyai senjata yang cukup mantap. PDRM juga mempunyai peluru yang teramat canggih, merupakan yang terbaru dalam pasaran.

GR yakin KDN amat bangga dan bersemangat tinggi bila mana gandingan senjata dan peluru baru yang hebat ini mampu menggerakkan seluruh KEKUATAN PDRM dan seluruh agensi di bawah KDN. Dengan senjata dan peluru canggih ini mereka akan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan baik.

Pengarah Siasatan Jenayah (CID), Datuk Hadi Ho Abdullah hari menggelar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai SENJATA KHAS Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani jenayah sambil melabelkan menteri itu tegas dan adil.

Hadi berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah satu-satunya menteri yang sanggup memikul tanggungjawab dan bekerjasama bersama PDRM dalam menangani jenayah.

"Ahmad Zahid adalah seorang menteri yang tegas, adil dan berani memikul tanggungjawab berhadapan situasi jenayah negara.

"Beliau selalu mengingatkan PDRM supaya selalu bersikap rabun warna dalam menyiasat sesuatu kes jenayah.

"Pendekatan yang diambilnya mampu mengukuhkan PDRM selain dibekalkan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dinamik," katanya ketika membentangkan kertas kerja pencegahan jenayah di Putrajaya hari ini.

Inilah senjata dan peluru baru yang dimaksudkan. Gandingan yang cukup hebat dan mantap. Hasilnya sudah kita ketahui dan perolehi. Rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih pada Menteri KDN dan PDRM kerana tindakan tegas yang diambil dan sekarang keselamatan rakyat lebih terjamin.

Tahniah diucapkan pada KDN, PDRM dan seluruh agensi di bawah KDN. Semoga terus berjaya.



GR kata: Senjata - DS Zahid Hamidi,   Peluru: Ketua Polis Negara

No comments:

Post a Comment