Monday, September 30, 2013

#PemilihanUMNO: JANGAN PILIH PEMIMPIN YANG SUKA PAKAI 'KONDOM' JER MEMANJANG!


PEMILIHAN UMNO 2013 yang berlangsung pada 12 dan 19 Oktober ini dilihat sebagai satu pertandingan untuk melihat barisan kepimpinan yang efektif dan rasional di mata 146,500 ahli UMNO yang layak untuk mengundi.

Atas tuntutan demokrasi, maka ramai ahli UMNO menawarkan diri untuk dipilih menjadi pemimpin – cawangan, bahagian dan pusat

Seramai 33,682 ahli UMNO dari seluruh negara menawarkan diri sebagai calon bertanding pelbagai jawatan peringkat bahagian dan pusat.

Pemilihan pada kali ini adalah gelanggang untuk melihat pemimpin UMNO yang dipilih nanti bukan sahaja boleh diterima oleh parti tetapi juga rakyat.

Sebab itu UMNO mesti ketengahkan barisan pemimpin yang boleh diterima rakyat dan mampu mencerminkan imej yang positif kepada parti itu.

Sebagai pengundi, ahli UMNO bukan sahaja akan memilih individu sebagai pemimpin parti peringkat bahagian dan pusat, tetapi turut menentukan hala tuju parti.

Jadi ahli UMNO yang diberi amanah untuk mengundi mesti pandai menilai pemimpin yang akan memimpin mereka.

Pilihlah pemimpin yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Proses terbaharu pemilihan UMNO kali ini jika dilaksanakan dengan betul, maka tiada lagi salah guna kuasa, akan lenyap politik wang dan berkurang kempen melobi perwakilan.

Hanya pemimpin yang benar-benar berkhidmat dan berbakti akan dikenali oleh ahli peringkat cawangan.

Kepada pemimpin UMNO yang pernah diberi peluang untuk memimpin ahlinya di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat, tetapi telah gagal melaksanakan amanah yang diberi, ahli-ahli kenal siapa individu tersebut.

Ahli UMNO kenal siapa yang selalu buat ‘kerja’ untuk parti dan siapa yang hanya pandai main wayang.

Dalam keghairahan pesta demokrasi dalam UMNO ini, ahli UMNO tidak boleh buat silap. Kesilapan memilih pemimpin yang tidak mampu membawa perubahan kepada parti, maka menjadikan UMNO sebuah parti yang terus berpenyakit, lemah dan mungkin sukar diubati.

Ahli UMNO membantu menaikkan pemimpin ke atas sebab kecerdikannya dan kebolehan memimpin dan kerana politik sogok menyogok.

Dalam memilih pemimpin perlu ada rasionalnya. Kenapa hendak menolak pemimpin atau ketua yang sudah menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Tolaklah pemimpin yang menyebabkan BN tersungkur di kawasan yang berkenaan. Tolak mereka dan kroninya yang tak buat kerja.

Nyahkan mereka yang membolot peruntukan yang disediakan untuk PRU-13 setelah tidak dipilih untuk menjadi calon dengan tujuan menggunakan wang itu untuk bertanding pada pemilihan UMNO kali ini.

Golongan ini menjadi duri dalam daging malah ada di kalangan mereka yang terus mahu memegang jawatan dalam parti. Merekalah yang main politik wang hingga menjejaskan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Jika perwakilan UMNO sayangkan parti, ‘bersarakan’ golongan ini daripada memegang sebarang jawatan dalam parti. - Sumber



GR kata: Pilih pemimpin yang berani perjuangkan agamanya, bangsanya dan agamanya. Pemimpin yang takder telor dan pandai cakap dari buat kerja jangan sibuk nak pandang. Undilah dengan bijak.

3 comments:

  1. Tolak pemimpin yang suka bagi amaran memanjang dan yang suka menjilat cinabeng.

    ReplyDelete
  2. dah le amaran & main selamat memanjang. pulak tu bila bercakap selalu lari dari tajuk, melalut dan berbelit2 samapai pendengar tak paham. falsafah dan halatuju perjuangan jgn cakap le, lagi la jauh!

    ReplyDelete

  3. PERWAKILAN UMNO YANG DATANG MENGUNDI PADA PERMILIHAN KE 13 SEMEMANG NYA WAJIB BIJAK MEMILIH PEMIMPIN NAIB ATAU M.T.PEMIMPIN PIMIMPIN INI ADALAH MERUPAKAN TUNGGAK MASA DEPAN UMNO DAN B.N. TOLAK PEMIMPIN YANG ADA REKOD TAK BAIK,YANG ADA GOSIP BUROK,YANG ADA SKANDAL. PILIH PEMIMPIN MUDA YANG ADA CIRI KEPIMPINAN DAN KEPERIBADIAN YANG BERSIH. HIDUP UMNO.

    ReplyDelete