Saturday, December 1, 2012

#PAU2012: Institusi UMNO Ditubuhkan Untuk Generasi Muda! @NajibRazak

UMNO akan menubuhkan sebuah institusi dalam usaha untuk memperkukuhkan parti dan melahirkan pelapis kepimpinan baru khususnya di kalangan generasi muda.

Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan institusi itu akan diwujudkan dengan serta-merta.

"Kita tidak perlukan bangunan baru. Kita boleh gunakan semua pusat latihan yang ada.

"Apa yang penting adalah pengisiannya, kokurikulumnya. Ada sejarah mengenai Umno serta nilai-nilai yang baik untuk anak-anak kita.Dan kita akan sediakan barisan yang lebih teguh pada masa akan datang," katanya pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, Sabtu.

Najib berkata, penubuhan Institusi Umno itu nanti khususnya untuk generasi muda merupakan antara cadangan sayap parti iaitu pergerakan Pemuda dan Puteri.

"Kita perlu memperkukuhkan Umno sebagai satu institusi. (Maka) kita akan ada kekuatan minda, ilmu lebih unggul, yang hebat daripada orang lain," katanya.

Pemuda dan Puteri Umno mencadangkan supaya akademi politik dan kepimpinan ditubuhkan untuk golongan belia.

Akademi itu bertujuan untuk menyerap kualiti kepimpinan dalam Umno kepada generasi muda seperti golongan mahasiswa.

Ini akan menjadikan Umno pada masa akan datang bukan sahaja berkuantiti dari segi bilangan penyokongnya tetapi juga berkualiti dalam perjuangan parti.

Sebanyak 42 peratus daripada 13.1 juta pengundi adalah golongan muda.

GR kata: Lahir pemimpin yang berwibawa bukan pemimpin yang otak jalanan.

INFO TERKINI #PAU2012: GERAI JUALAN DI PWTC DILANJUT HINGGA ESOK!


Gerai jualan dan pameran yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dilanjutkan sehingga pukul 5 petang esok, kata kenyataan ringkas Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Gerai pameran yang kebanyakannya melibatkan agensi-agensi kerajaan terletak di Aras 2 PWTC manakala gerai jualan pula di Aras 3.


GR kata: Jom ramai-ramai datang shopping...Hi hi hi

Tangisan Anak Muda Gegarkan Persidangan UMNO! @umbkl @razlanrafii #PAU2012


Generasi muda UMNO semalam melahirkan harapan besar supaya parti itu kekal memerintah agar terus dapat menjadi dahan tempat berpaut dan bergantung hidup golongan itu.

Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Ariff Yasir Zulkafili menyebabkan perwakilan dan pemerhati di Dewan Merdeka sebak apabila membayangkan senario yang bakal berlaku jika tampuk pemerintahan beralih tangan.

"Tolonglah ayahanda, tolonglah bonda untuk UMNO terus mara, untuk UMNO terus berkuasa, untuk UMNO terus memperjuangkan kepentingan dan hak kita” Ariff Yasir Zulkafli, Pengerusi Kelab UMNO Tokyo"

Beliau meminta mereka merenung sejenak dan memberikan contoh detik hitam yang akan menimpa penuntut Malaysia di luar negara jika kerajaan Barisan Nasional (BN) tewas kepada pembangkang.

Lagu Warisan jadi simbolik

Menjadikan bait lagu Warisan sebagai simbolik senario itu, ketika membahaskan ucapan dasar Presiden beliau meminta semua ahli mempertahankan UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa.

Beliau berusaha menyanyikan lagu berkenaan walaupun gagal mengingati beberapa rangkap lirik sehingga mendorong Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin serta perwakilan menyanyi bersamanya hingga rangkap terakhir.

"Pilihan raya umum datangnya bila-bila masa saja, menanti lampu hijau daripada ayahanda Presiden. Cuba bayangkan, tiada lagi anak-anak muda macam kami mengaji (menuntut) di luar negara. Kami kena panggil balik sebab dasar tidak lagi dipegang kerajaan UMNO dan BN yang menghantar kami.

"Anak-anak ayahanda bonda tiba-tiba terkontang-kanting, sistem tidak lagi membantu kami untuk ke menara gading. Mana dahan untuk kami berpaut, mana pelantar untuk kami berdiri. Tolonglah ayahanda, tolonglah bonda untuk UMNO terus mara, untuk UMNO terus berkuasa, untuk UMNO terus memperjuangkan kepentingan dan hak kita," katanya anak muda wakil Kelab UMNO Tokyo itu, disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Ariff Yasir dengan nada sayu, merayu semua perwakilan melupakan segala sengketa bagi memastikan perpaduan sesama ahli parti terjalin utuh.

"Saya merayu sangat kepada ayahanda, kepada bonda, kepada kekanda, lupakanlah segala sengketa, janganlah ada sifat tamak jawatan dan kuasa. Biar hati kita bersih, buangkan hasad dengki dan iri hati.
"Kita rapatkan saf, betulkan barisan, bersatu dan berpadu untuk sama-sama berjuang memastikan pada pilihan raya nanti, Putrajaya masih milik kita," katanya.

Ketua Pemuda UMNO Seputeh, Mohd Razlan Mohd Rafii berkata, sejak dari dulu sehingga kini UMNO secara tradisinya menjadi pelindung kepada generasi muda di negara ini.

UMNO perlu bergerak dengan lebih proaktif berdepan dengan dakyah pembangkang bagi memastikan generasi muda tidak terpedaya dengan helah yang akan merosakkan masa depan.

Lindungi generasi muda

"UMNO perlu melindungi generasi muda, tradisi sebagai pembela nasib rakyat perlu diteruskan parti dengan lebih proaktif lagi apatah kini kita berdepan dengan ancaman pembangkang.

Perwakilan dari bahagian Bachok, Kelantan, Che Shamsuzuha Che Noh mahu UMNO menjadi benteng terakhir bagi melindung golongan muda dari terus diperalatkan pembangkang.

Katanya, budaya politik jalanan yang diamalkan pembangkang tidak seharusnya menjadi model kepada golongan muda selaku pewaris kepemimpinan negara.

Tidak mahu mimpi buruk

Wakil Puteri UMNO Pahang, Hartini Othman pula berkata jika Putrajaya gagal dipertahankan ia akan menjadi satu mimpi buruk kepada generasi muda.

Dasar pembangkang yang hanya mementingkan agenda peribadi masing-masing katanya, tidak akan mampu membela nasib golongan muda, apatah lagi jika ia membabitkan masa depan pemimpin pelapis parti yang penuntut di luar negara.

Pendapat itu disokong Exco Puteri, Wan Zawiyah Wan Hashim yang menyifatkan perpindahan kuasa itu seolah-olah menjadikan anak muda negara 'yatim piatu' kerana kehilangan tempat bergantung.

"UMNO dan BN adalah teraju hidup kami, ibu dan bapa yang selama ini menjadi tempat kami bergantung hidup. Apabila ibu dan bapa ini tiada, di mana lagi kami mahu mengadu nasib?" katanya.


GR kata: Anak Muda tak mahu penyangak yang mahu hancurkan negara!!

#TeaterTunSitiHasmah RAHSIA SEBENAR PENGORBANAN SEORANG PEREMPUAN!!

KUALA LUMPUR, 30 NOV 2012: Bukan pasal mahu duit! Demikian kata produser dan pelakon Datin Paduka Umie Aida tentang dakwaan segelintir pihak apabila syarikat produksinya melanjutkan pementasan Tribute Teater Tun Siti Hasmah - Dari Hati Seorang Perempuan di Istana Budaya bermula 29 November sehingga 3 Disember 2012.

Kata Umie Aida, pementasan Tribute Teater Tun Siti Hasmah - Dari Hati Seorang Perempuan dilanjutkan atas permintaan ramai serta tawaran daripada Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

"Tiada isu nak buat duit atau mencari keuntungan, teater ini dilanjutkan untuk memberi info dan input kepada orang ramai tentang siapa Tun Siti Hasmah, Tun Mahathir. Banyak pengorbanan yang telah mereka berikan kepada negara, terutama orang-orang melayu. Kenali mereka melalui naskhah ini", katanya.

Tambah Umie lagi, jika niat melanjutkan teater ini adalah kerana keuntungan semata-mata, pihak produksi, World Islamic Network Television Sdn Bhd tidak akan menganjurkan Tabung Gaza bagi membantu umat islam di Palestin.

"Bagi persembahan pada jam 3 petang, Sabtu ini, World Islamic Network Television Sdn Bhd akan menyumbang sepenuhnya kutipan jualan tiket bagi membantu umat Islam di Palestin", katanya lagi.

Mengulas mengenai Miera Liyana yang dipanggil untuk menggantikkan tempat Lisa Surihani selama dua hari bermula semalam, Umie memuji usaha yang dilakukakan pelakon muda itu.

"Miera Liyana bekerja keras, dia hafal skrip dalam masa dua hari dan dia berjaya. Saya sangat berterima kasih kepada Miera Liyana," katanya mengakhiri perbualan.

Membariskan beberapa pelakon ternama tanah air antaranya Lisa Surihani, Siti Shahrizah (Eja), Esma Danial dan Nazim Othman, teater arahan Erma Fatima ini, sarat dengan mesej yang memberi inspirasi kepada wanita di segenap peringkat umur.

GR kata: Korang mesti tengok teater ni...baru tau hal sebenar. Jangan duk dengar FITNAH pembangkang jer....

Friday, November 30, 2012

AHLI UMNO NAK JADI KATAK? RAKYAT MACAM MANA? #PAU2012

KUALA LUMPUR: Ahli UMNO disaran agar menetapkan pendirian mereka dan tidak menjadi seperti katak yang suka melompat sekiranya tidak mendapat tempat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Perwakilan Selangor, Abdul Shukur Idrus berkata, sebagai ahli Umno mereka harus melaksanakan arahan dan mendengar nasihat daripada pucuk pimpinan.

"Kalau kita tak mendengar nasihat dan cakap, mati katak. Ada beberapa falsafah `katak' yang boleh menjadi ikutan dan larangan yang saya ingin perkenalkan di sini, agar ia menjadi renungan semua pihak, katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Jumaat.

Abdul Shukur berkata, falsafah larangan itu adalah Ketepikan Amalan Takut Akui Kesilapan, Kalah Akibat Terlalu Alpakan Kuasa dan Kerana Angkuh Tentulah Akibatnya Kecundang.

"Falsafah yang menjadi ikutan adalah Kena Akur Tunjuk Ajar Ketua. Kita Amalkan Toleransi Amanah Kesederhanaan dan Kejayaan Akan Tercapai Apabila Kerjasama.

"Seandainya kita tidak mempunyai idea bagi menjana kecemerlangan pilihan raya kali ini, kita harus mencontohi cara Perdana Menteri bekerja," katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor berkata cara yang dibawa oleh Najib, yang membawa pelbagai perubahan akhirnya berjaya mengembalikan sokongan golongan muda kembali menyokong Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, ahli parti seharusnya berjanji untuk bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam pelbagai sudut dan dimensi agar Umno tidak kecundang serta berjaya merampas semula negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang.

"Saya mahu menyeru semua perwakilan Selangor yang ada dalam dewan ini supaya tanamkan azam dan tekad berjuang habis-habisan. Sebagai menghargai jasa presiden kita, kita akan hadiahkan kerajaan Selangor pada PRU13.

"Umno Selangor akan bantu BN rampas semula Selangor dari tangan pembangkang," katanya.

GR kata: Buang ke laut hal peribadi, menangkan BN PRU13 itu lagi penting!!

RAKYAT JANGAN GADAIKAN MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA! #PAU2012


Bahang Pilihanraya Umum 13 semakin hampir, inilah masanya rakyat menilai dengan penuh teliti dan berfikir secara matang mahu kekalkan pemerintahan yang sedia ada untuk pembangunan lebih baik atau mahu menukar pucuk pemerintahan yang baru. Adakah dengan perubahan yang baru kita dapat hidup dalam keadaan aman dan makmur seperti sekarang??

Rakyat harus sedar PRU 13 ini adalah penentu dan masa depan negara ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Rakyat seharusnya jangan merosakkan imej negara demi kepentingan peribadi sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Tidak bersyukurkah kita dengan kehidupan yang kita kecapi sejak dari Malaysia merdeka? Pelbagai usaha dan pengorbanan telah dibuat oleh pemimpin terdahulu demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang lebih baik.

Rakyat juga jangan terpedaya dengan anasir-anasir luar yang hanya mempunyai kepentingan peribadi. Bukan dengan hanya OMONG KOSONG saja mereka itu boleh buat apa saja. Tapi perlaksanaan itu yang penting, adakah kita nampak di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang selama mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Fikirkanlah demi masa depan negara dan anak cucu cicit kita...


Baca lagi di bawah :

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bukan satu pilihan raya biasa kerana akan menjadi titik penentu kepada destini rakyat yang mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok.

Menegaskan perkara itu dalam Ucapan Dasar Presiden UMNO hari ini, Perdana Menteri berkata, kerana itu sebarang uji kaji untuk menukar kerajaan tanpa dibuat penilaian yang betul, teliti dan kritikal ibarat mengamanahkan ‘tikus membaiki labu’ atau mempercayai ‘serigala menjaga biri-biri’.

Beliau turut menarik perhatian mengenai pendapat yang mengatakan tidak ada salah memberi peluang kepada pembangkang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat. Namun, ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji.

“Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita.

“Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama atau Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis," kata beliau dalam ucapan lebih sejam bertemakan Kepemimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengingatkan bahawa kejayaan calon dalam pilihan raya kontemporari itu akan bergantung kepada penerimaan mereka yang hendak diwakili. Jika dahulu, siapa pun yang diketengahkan oleh parti, merupakan calon boleh menang. Hakikatnya tidak lagi begitu.

“Calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah, yakni, bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti, malah hendaklah juga disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi.

“Lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani kerana merekalah sebetulnya para pengundi," kata beliau.

Justeru, kata Najib, beliau selaku Presiden UMNO bersama Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta seluruh saf kepimpinan parti berikrar untuk terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, memartabat rumpun Melayu, menjadi benteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.

Kata beliau: “Walau apa pun rintangan yang melanda, biar apa pun cabaran menghalang, UMNO tidak akan berpulang walau setapak, UMNO tidak mungkin berpatah jalan. UMNO takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam.

“Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia." - Utusan


GR kata: Kekalkan pentadbiran yang sedia ada, tukar pentadbiran bukan macam tukar baju.

CANDID CAMERA GR SEKITAR #PAU2012

Perhimpunan Agung UMNO 2012 telah pun masuk hari ke 4. Kemuncak harinya adalah esok di mana ucapan penggulungan oleh YAB Presiden UMNO dan juga amanat terakhir untuk seluruh ahli UMNO untuk berperang habis-habisan pada PRU 13 nanti.

Sepanjang membuat liputan di #PAU2012, GR lihat perwakilan begitu semangat dan juga masyarakat dari pelbagai kaum juga turut hadir untuk melihat dengan lebih dekat himpunan besar kaum Melayu. GR kongsikan beberapa gambar ceria perwakilan untuk pembaca sekalian :










GR kata: Teruskan semangat ini hingga ke PRU 13

Thursday, November 29, 2012

OSTAJAH CELOP PAS ADA BOYPREN BARU??


Abby Abadi dikatakan telah menimbulkan satu lagi gosip terbaru dalam dirinya. Yakni kini dia dikatakans sedang mendapat cinta baru. Kisah ini bermula apabila dia memuat naik gambar yang amat mencuri perhatian di dalam laman sosial miliknya.

Gambar yang ditertera adalah gambar ketika Abby ke kedai bunga. "Mencari apa yang patut untuk...Jeng! Jeng! Jeng! Huhu...Yang penting yang wajib di dahulukan, kan? Couple2 banyak dosa, kahwin semua buat dapat pahala kan? So apa lagi! Hehe 3 #JomNIKAH ;D"

Dan paling yang tak disangka sekeping gambar tertera dua objek yang tertulis 'Marry me!' dan 'You and Me'.  dengan status yang berbunyi " Cenggg! Cenggg! Tajuk Album: Takdir Penentu Segalanya..."

Rasanya Abby telah menyimpan satu rahsia mengenai pasangan hidupnya, mungkinkah dia bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi??



GR kata: Ker Ostajah ni dah dicuit oleh ostad PAS?? Hi hi hi....

SIAPA SEBENARNYA YANG TAKUT DENGAN RAKYAT? @Khairykj #PAU2012


KUALA LUMPUR 27 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO menyangkal dakwaan pembangkang kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak belum mengumumkan pembubaran Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana takut berdepan dengan rakyat.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, selain tidak berasas, dakwaan itu turut memperlihatkan sikap pembangkang yang mahu mengelirukan rakyat kononnya Barisan Nasional (BN) ketika ini tidak mendapat sokongan rakyat.

"Saya percaya Parlimen tidak dibubarkan bukan kerana BN takut, tetapi Perdana Menteri menunggu masa yang sesuai.

"Ketika ini, kita sendiri telah melihat satu gelombang yang memperlihatkan sokongan rakyat yang memihak kepada kita (BN)," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Kelab Penyokong BN Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong BN IPTA, Syahril Jamaluddin.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menarik perhatian sokongan mahasiswa ketika ini menunjukkan perubahan apabila golongan tersebut kembali menyokong BN.

Menjadikan keputusan pilihan raya kampus baru-baru ini sebagai perbandingan, beliau menambah, mahasiswa di 18 daripada 20 kampus institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini memilih calon aspirasi yang menyokong kerajaan pimpinan BN.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan usaha BN membangunkan golongan muda sering menjadi mangsa fitnah pembangkang.


GR kata: Budak AMK hanya pandai hasut rakyat sebab jeles dengan kemampuan Pemuda BN!!

BEZA ANTARA @Rosnah_ARS DAN @n_izzah !! #PAU2012


Jika sebelum ini Nurul Izzah melontarkan pandangan yang cenderung ke arah populariti tanpa mengira batas sensitiviti agama. 

Pandangannya yang melampau sehingga berani menyentuh isu Murtad sedangkan beliau tidak berkelayakan berkaitan isu tersebut. 

Sebaliknya Ketua Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah menjelaskan pandangan beliau terhadap isu doa kehancuran UMNO oleh para Olamak PAS dengan nada yang lebih harmoni dan muhibbah sesuai dengan keperluan masyarakat majmuk di Malaysia.

Kesimpulannya UMNO menyeru kepada perpaduan sebaliknya Pakatan Pembangkang menghasut kepada perpecahan.

Mustahil perpecahan membawa kepada kemakmuran tetapi sudah tentu perpaduan menjamin kesejahteraan.

 



GR kata: Islam tidak mengajar umatnya menghancurkan sesama saudara....

Wednesday, November 28, 2012

#PAU2012: Puteri Mesti Ada 'Semangat Nusaibah' Dalam Diri! @Rosnah_ARS

Baru sebentar tadi GR dapat bersama-sama dalam Persidangan Puteri UMNO Malaysia. GR lihat para perwakilan Puteri sungguh bersemangat dan sudah siap siaga berperang untuk PRU 13 nanti.

Dalam ucapan dasar Ketua Puteri, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menekankan semangat 'Juang' yang tinggi perlu diterapkan dalam setiap ahli Puteri. Semangat pejuang wanita muda yang terdahulu harus diambil sebagai contoh dan setiap ahli perlu fahami soal tanggungjawab, survival dan fitrah manusiawi.

Sejak penubuhan Puteri UMNO, mereka sentiasa mendalami jiwa rakyat melalui program-program yang diadakan merangkumi semua aspek. Puteri UMNO juga menentangkang sekeras-kerasnya dengan kenyataan YB Nurul Izzah yang menyatakan orang Melayu Islam bebas untuk memilih agama lain dan mempermainkan ayat Quran dari surah Al-Baqarah. Sebagai umah Islam seharusnya pertahankan agama Islam yang suci bukannya memperlekehkan apa yang tertulis di dalam Al-Quran.

Puteri juga sedia berada di saf hadapan untuk menangkis tomahan dan fitnah pembangkang dan memberikan maklumat yang benar beserta fakta kepada rakyat supaya rakyat boleh berfikir secara bijak dan bukannya terus percaya membuta tuli. UMNO/BN tidak boleh disamakan dengan pembangkang yang hanya pandai menabur janji tapi tidak boleh tunaikan janji.

Hari ini Puteri bukan lagi hulubalang biasa tapi Puteri bangun sebagai laksamana ternama. Puteri yakin gagal pada PRU 12 dulu bukan ukuran UMNO/BN akan gagal selamanya tapi bangkit dengan kuat dan berani berjuang demi agama, bangsa dan negara. Degup jantung Puteri adalah degup jantung rakyat. Jiwa Puteri adalah jiwa rakyat dan hidup mati Puteri adalah untuk menabur bakti pada rakyat.

GR kata: Tahniah Puteri UMNO semangat juang yang tinggi....

Published with Blogger-droid v2.0.9

#PAU2012: WANITA, PEMUDA DAN PUTERI RAPATKAN SAF! TERUSKAN KERJA UNTUK RAKYAT! @MuhyiddinYassin


Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO diseru untuk terus mempertingkatkan gerak kerja di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jentera parti perlu bekerja dalam semangat berpasukan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) terus dipertahankan.

"Pertingkatkan gerak kerja bagi memenangi pilihanraya. Sebagai barisan hadapan jentera parti, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pasukan tahan lasak parti.

"​Gerakkan jentera di setiap peringkat. Pastikan mereka bersedia turun ke medan perang apabila semboyan dibunyikan. Atur strategi berkesan untuk menangi hati pengundi. Pujuklah mereka dengan penuh hikmah. Mudah-mudahan dengan izin Allah pintu-pintu hati mereka akan terbuka luas untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO di sini, Selasa malam. Selain itu Muhyiddin menegaskan bahawa perpaduan dalam parti merupakan asas penting untuk mencapai matlamat ke arah kemenangan BN.

"​Ingatlah, bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan kita. Apabila kita memilih untuk berada di atas landasan perjuangan Umno, kita bukan bekerja untuk diri kita, tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

"Perjuangan ini tidak boleh kita lakukan secara bersendirian. Kita memerlukan sokongan dan dokongan rakan-rakan seperjuangan. Bekerjalah dalam semangat kesatuan hati, kesatuan fikiran, kesatuan matlamat dan kesatuan amal untuk meneruskan agenda perjuangan parti yang suci," katanya.


Tegas beliau lagi, Umno sebagai parti yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan Barisan Nasional perlu meneruskan agenda untuk memepertahankan Islam, orang Melayu tanpa mengabaikan nasib kaum-kaum lain di negara ini.

"​Yakinlah bahawa kita berada di pihak yang benar. Matlamat UMNO mempertahankan Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah perjuangan suci yang kita galas hingga ke saat ini.

"Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci Umno mesti kita perkukuhkan," katanya.

Berikut antara intipati daripada ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO :

1. Pemimpin Pas tidak mungkin dipilih menjadi Perdana Menteri dan menegakkan negara Islam kerana DAP dan PKR tidak pernah menyokong dan mempercayai Pas.

2. Pas juga adalah sebuah parti yang lemah dan sepanjang 12 kali pilihan raya umum, bilangan kerusi yang ditandingi Pas kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen. Jika lemah, bagaimana presiden mereka dicadang sebagai Perdana Menteri?

3. Pembangkang mengamalkan politik ultra perkauman, fahaman songsang dan memecah belahkan masyarakat hanya kerana mahukan kuasa. Sejak lima dekad lalu, Pas dan DAP membawa fahaman politik benci dan fitnah yang membakar sentimen agama dan perkauman.

4. PKR pula, menerusi kenyataan Ketua Pembangkang, secara jelas mengetengahkan ideologi songsang kononnya atas nama kemunculan politik baharu, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral.

5. UMNO tidak boleh alpa dan parti itu perlu bangkit untuk menjadi benteng mempertahankan masyarakat daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang.

6. Malaysia kekal aman, stabil dan makmur di bawah BN kerana parti itu sentiasa membuka pintu rundingan bagi menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum.

7. Jentera UMNO, khususnya ketiga-tiga sayap parti perlu mengatur strategi berkesan untuk memenangi hati pengundi dan memastikan perpaduan parti diteguhkan sebagai kunci kemenangan dalam PRU-13.

8. Seluruh warga UMNO perlu terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menerajui transformasi besar untuk negara.

9. UMNO akan terus mengangkat suara Melayu tanpa melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain dan berjanji komitmen itu akan terus dipegang oleh UMNO dan BN.


GR kata: UMNO terus membela nasib semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Tuesday, November 27, 2012

Mahasiswa Bebas Berpolitik! Kelab Penyokong BN IPTA Ditubuhkan!! @Khairykj #PAU2012

Lebih kurang waktu tengahari tadi telah diadakan Majlis Pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA bertempat di Dewan Tun Razak 2 dan dirasmikan oleh Ketua Pemuda BN, YB Khairy Jamaluddin.

Lebih 3,000 mahasiswa dari IPTA telah hadir dan ini membuktikan Barisan Nasional (BN) mengiktiraf para mahasiswa di negara ini yang minat berpolitik. GR juga ingin sarankan di sini para mahasiswa seharusnya bijak dalam berpolitik, jangan mudah terpedaya dengan anasir-anasir luar yang boleh menghancurkan masa depan korang nanti.

Ini juga menunjukkan mahasiswa menyokong AUKU dipinda dan BN memberi ruang dan peluang untuk berpolitik dalam masa yang sama memberikan pandangan yang baik serta isi hati mahasiswa keinginan mereka demi pembangunan negara dan masa depan yang baik untuk semua golongan muda dan juga semua lapisan masyarakat.


GR kata: Gila politik jangan sampai perkara yang tak guna otak yer...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LIVE UPDATE TERKINI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 #PAU2012


Alhamdulillah tahun ini GR diberi peluang untuk bersama-sama membuat liputan perjalanan Perhimpunan Agong UMNO 2012 yang akan secara rasmi bermula petang ini.

Segala program,aktiviti yang berlaku di sepanjang Perhimpunan Agong UMNO 2012 ini berlangsung akan GR updatekan untuk tatapan para pembaca setia blog Gossip Rakyat.

Ucapan YAB Perdana Menteri, Timb. Presiden, Naib-naib Presiden dan usul yang dibentangkan oleh perwakilan insyaAllah GR akan kongsikan bersama pembaca blog GR. Segala perjalanan dan suasana di sepanjang Perhimpunan Agong UMNO 2012 ini juga akan GR kongsikan bersama pembaca sekalian.



GR kata: Tunggu kisah-kisah menarik Perhimpunan Agong UMNO 2012 #PAU2012 untuk pembaca sekalian.

#Scorpene: @tianchua AND THE GENG DAH KENA SAMPUK SAWAN GILA MEROYAN!

Sudah cukup-cukup sudah..cukup sampai di sini saja isu Scorpene ni. Taklimat apenya lagi wahai puak PAKATAN, pihak negara Perancis dah maklumkan tiada sebarang pendakwaan dibuat lagi mau pusing cerita ka??

Semalam, GR terbaca di portal menipu rakyat Malaysiakini..mereka menyatakan Dewan Rakyat tidak memberikan kebenaran pada puak PAKATAN untuk memberikan taklimat. Memang patut pun, taklimat yang diberikan dari peguam mereka sendiri. Ade ke patut? Dah nampak penipuan di situ, kalau betul nak adil panggil semua dari pihak pentadbiran Perancis duduk sekali bagi taklimat..bukan dari 'geng' sendiri betul tak??

Pada pembaca yang budiman, fikirkanlah sebelum ini Perancis menyatakan tiada sebarang pendakwaan dibuat ke atas Malaysia. SUARAM pun dah mengaku yang mereka selama ini memFITNAH untuk memburukkan imej Kerajaan. Sekarang ni ada pula taklimat..kalau nak buat kenapa mesti di Singapore? Taklimat di Malaysia tak boleh buat ke? Tak perlulah gunakan peguam yang dilantik untuk MENIPU rakyat. Kalau betul isu Scorpene ni ade penyelewengan gunakan saluran yang betul.

Pada pandangan GR senang saja, taklimat diadakan di Singapore sebab PAKATAN ada agenda tersembunyi untuk memburukkan lagi nama Malaysia di mata dunia. Bukankah itu perbuatan yang BODOH. Nak memimpin Malaysia tapi berikan imej yang buruk pada negara luar..macam mana pelabur nak datang lebih ramai melabur di Malaysia. Siapa yang rugi?? Fikirkanlah....


GR kata: Masih ingat pendedahan eksklusif GR berikan pasal puak PAKATAN ada mesyuarat tertutup di Singapore yang disponsor khas oleh PAP dan Anwar??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 26, 2012

ANWAR NAK JADI PM! TAPI BURUK MALAYSIA PADA ORANG LUAR!



GR kata: Burukkan negara sendiri pada negara luar...akal letak kat mana yer Anwar ni?? Sememangnya Anwar tak layak jadi pemimpin...

PM @NajibRazak BAWA BANYAK PERUBAHAN NEGARA, RAKYAT HARUS KEKALKAN!! #PAU2012


Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula esok sekali lagi bakal menarik minat bukan sahaja rakyat tempatan malahan masyarakat antarabangsa. Inilah persidangan terakhir UMNO sebelum pilihan raya yang diramal akan berlangsung pada tahun depan.

Melihat kepada senario ini sudah tentu ramai yang menantikan amanat Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘tiupan semboyan terakhir’ dalam menghadapi pilihan raya yang bakal menjelma.

Namun begitu pandangan dan luahan mantan Perdana Menteri, TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD sudah tentu antara yang dinanti-nantikan orang ramai kerana segala tindakan dan kata-katanya mampu memberi implikasi yang bukan sedikit.

Wartawan Utusan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan MOHD. ASRON MUSTAPHA telah mewawancara beliau baru-baru ini untuk mendapatkan pandangannya mengenai apa yang perlu ada dalam diri setiap ahli UMNO yang hadir pada persidangan kali ini sebelum turun padang ‘bertarung’ dalam pilihan raya akan datang.

“Saya harap mereka dapat disedarkan dengan perhimpunan ini, Melayu ialah majoriti. Tetapi kerana berpecah kepada tiga, sekarang ini mereka bukan majoriti lagi. Besar kemungkinan orang Melayu jadi puak kecil dalam parti yang tak begitu berkuasa.

“Jadi akhirnya kita akan rugi. Bukan nak kata bangsa lain tak beri perhatian, tapi orang Melayu kena ingat, kalau nak pertahan bangsa, kenalah bangsa tu sendiri yang dipertahankan. Tak logiklah nak suruh orang Cina atau India yang buat. Kemenangan orang Melayu dalam PRU akan datang adalah amat penting," ujar beliau.


UTUSAN: Lebih kurang setahun lalu Tun ada bercakap kepada media bahawa Tun masih bimbang dan pesimis terhadap UMNO. Bagaimana pandangan Tun sekarang?

MAHATHIR: Saya melihat UMNO berada lebih baik berbanding setahun yang lalu. Saya fikir mereka semakin memahami keadaan kerana jika mereka masih belum berubah maka UMNO dan BN akan kalah. Dalam keadaan ini semua pihak akan rugi.

Adakah Tun melihat UMNO dan BN akan berjaya memenangi semula negeri yang tewas pada pilihan raya 2008?

Saya fikir terdapat kemungkinan besar tiga negeri ini iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mampu dimenangi semula. Malah ada kemungkinan yang kuat - kita mampu menawan semula Pulau Pinang dan juga Kelantan. Namun semua itu terpulang kepada UMNO itu sendiri.

Di Kelantan terutamanya, kerana di negeri itu pemimpin UMNO selalu sahaja merendah-rendahkan mereka yang dipilih sebagai calon. Perkara sama juga berlaku seolah-olah ia satu budaya di negeri-negeri lain. Itu adalah antara faktor utama yang boleh menjatuhkan UMNO.

Bagaimana dengan Datuk Nik Aziz. Beliau telah memimpin Kelantan lebih daripada 22 tahun?

Apa yang anda lihat adalah sebelum ini tiada sesiapa yang berani mengkritik Nik Aziz. Langsung tidak ada yang berani. Namun sekarang terdapat ahli mereka yang sudah berani mengkritik beliau. Ini membuktikan tidak ada sesiapa yang terlepas daripada menjadi sasaran kritikan.

Pengaruh Nik Aziz juga sudah semakin merosot kerana beliau sering sahaja membuat kenyataan yang hakikatnya tidak selari dengan ajaran Islam.

Bagaimana Tun melihat perubahan UMNO terutamanya yang melibatkan generasi muda?

Saya dapati orang muda yang jadi masalahnya. UMNO sendiri tidak dekat pada mereka. Saya sendiri dekatkan diri pada mereka, bila saya bercakap, mereka positif dengan perjuangan UMNO, mereka ada kritik kerana mereka anggap UMNO korup dan sebagainya. Sebahagian kritikan memang berasas, tapi mereka sedar betapa pentingnya UMNO.

Maksudnya mereka tak tolak UMNO?

Mereka marah pasal pemilihan Majlis Tertinggi. Nampak jelas ada korupsi yang berleluasa, tapi cara ia ditangani tak begitu baik. Ada orang yang didapati korup tak dibenarkan pegang jawatan, tapi ada yang boleh terus pegang jawatan dalam kerajaan. Ada pula yang tak ada halangan, walaupun memang korup.

Bagaimana Tun melihat perubahan yang dibawa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak?

Beliau bekerja keras, saya fikir memang ada kesan. Dan harap dengan cara-cara (yang dilakukan Najib), beliau boleh menang.

Macam mana peranan sayap-sayap UMNO. Adakah Pemuda, Puteri dan Wanita sudah menjalankan perubahan yang diharapkan?

Belum memuaskan, Pemuda nampak tidak begitu aktif. Kadang-kadang ada perjumpaan di bahagian, tetapi saya nampak Pemuda tak ambil bahagian pun. Wanita ini biasanya lebih bersemangat, Puteri pun macam itu juga.

Terdapat mereka yang sudah menjadi liabiliti dalam UMNO tetapi masih mahu bertanding dalam pilihan raya akan datang. Apa pandangan Tun?

Saya punya pendapat, masing-masing mesti menilai diri. Kalau kita berpendapat kita tidak lagi menguntungkan parti, kita jadi sasaran dan macam-macam lagi. Saya ingat kita perlu undur diri sendiri. Saya sendiri letak jawatan, ada orang tanya kalau saya jadi Perdana Menteri (semula) apa saya nak buat, saya (jawab) letak jawatanlah.

Mungkin Tun ada sebarang nasihat kepada Nik Aziz?

Dia janji bila saya letak jawatan, dia akan turut sama meletak jawatan. Satu masalah tentang mereka ini adalah mereka tidak mengotakan janji yang telah dibuat. Beliau sepatutnya menjadi contoh yang baik kerana beliau adalah seorang yang tinggi ilmu agamanya.

Adakah Tun serius Pulau Pinang mampu ditawan semula. Ini kerana ada dakwaan bahawa Ketua Menterinya dianggap sebagai tokong dan mampukah BN menang dengan majoriti 2/3?

Terdapat mereka yang tidak berpuas hati dengan Ketua Menterinya. Namun kita akan lihat nanti. Sebenarnya hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan negeri adalah sangat penting. Jika pakatan rakyat menang sudah tentu Lim Guan Eng akan dilantik semula sebagai ketua menteri. Tetapi jika Kerajaan Pusat yang saya lihat akan tetap dimenangi BN, sudah tentu hubungan tidak akan begitu baik.

Namun saya harap mungkin (BN) boleh menang majoriti 2/3 namun ia sukar diagak ketika ini. Ini kerana banyak kelemahan yang telah dilakukan oleh pemimpin selepas saya. Sekarang ini banyak kakitangan kerajaan yang menolak UMNO dan BN. Pada zaman saya dahulu sokongan kakitangan kerajaan adalah kuat.

Dengan perubahan politik semasa, ditambah dengan serangan pihak luar, mampukah UMNO bertahan lagi untuk tempoh yang panjang?

Saya berpendapat serangan pihak luar sebenarnya menguntungkan UMNO. Umpamanya mereka ini gemar menyokong parti dan media lawan, bermakna mereka sudah jadi alat kuasa asing. Adakah orang Malaysia suka kerajaan yang jadi alat kepada pihak asing? Saya fikir rakyat Malaysia bijak. Takkan mereka ini suka pada pihak yang bagi sokongan kepada kuasa hanya kerana mereka memberi wang dan memaksa supaya dilakukan regime change.


ANWAR TAK GENTLE, MOHON BANTUAN LUAR TAPI TAK DILAYAN!!

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bantuan Australia bagi memastikan pilihan raya umum di Malaysia bebas daripada penipuan dan rasuah.

Perdana Menteri berkata, Anwar tidak sewajarnya mengheret Australia untuk campur tangan dalam urusan pilihan raya di negara ini kerana perbuatan itu hanya memalukan negara. Jelasnya, Anwar sepatutnya menunjukkan bukti tentang kesilapan yang dikatakan terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar dapat diperbetulkan.

"Janganlah beri malu kepada negara. Kita sudah melakukan yang terbaik untuk negara tetapi dia minta tolong daripada Australia.

"Nasib baik orang Australia akalnya besar dan mereka enggan membantu Anwar kerana sedar perbuatan itu bukan urusan mereka," katanya ketika berucap merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) serta para pemimpin dan wakil 1,500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara. Pada majlis sama, Najib dan semua yang hadir menghulurkan sumbangan wang tunai untuk tabung bantuan kemanusiaan Gaza /Palestin dan lebih RM10,000 berjaya dikutip untuk tabung itu.

Baru-baru ini, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum yang patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Tambah Najib, tindakan Anwar itu boleh dipersoalkan kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut tidak berbuat demikian semasa masih bersama kerajaan BN dahulu dan selepas pembangkang menang di lima negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pun banyak masalah seperti nama pengundi tiada dan keputusan lambat diumumkan tetapi mereka tidak kata ada penipuan besar atau mendakwa kemenangan Barack Obama tidak sah," ujarnya.

Menurut Perdana Menteri, beliau juga yakin rakyat kini mula mempersoalkan kredibiliti pakatan pembangkang setelah segala kelemahan mereka terbongkar.Kemampuan pakatan pembangkang, kata beliau, untuk membentuk kerajaan sangat diragui memandangkan mereka masih bercanggah antara satu sama lain dalam soal dasar.

"Kejayaan kita dapat dilihat daripada kemajuan yang dicapai. Ekonomi negara bertambah 5.2 peratus, hasil negara bertambah, Bank Dunia meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 terbaik dari segi urusan perniagaan dan dua hari lalu, CNN Travel menamakan Kuala Lumpur sebagai bandar raya keempat terbaik di dunia untuk membeli belah," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, dalam satu perjumpaan baru-baru ini, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra telah meminta bantuan Malaysia untuk menyelesaikan konflik di wilayah selatan negara jiran itu.

"Malaysia boleh membantu tanpa kita campur tangan dalam urusan negara tersebut," jelasnya.

GR kata: Dah tahu diri tak diterima rakyat sebab tu guna cara kotor...

ADA OTAK TAK NAK GUNA! HANYA TAHU MENYUSAHKAN RAKYAT!! #Lynas #PRmenipu


Petang tadi, selepas GR melawati Himpunan Wanita Muda 2012 di PWTC...terpandang apa yang kecoh-kecoh di celah jalan sekitar Kuala Lumpur. Ingatkan apa tadi, dengan pakaian hijaunya, rupa-rupanya puak Lynas ni. Apa yang mereka tak puas hati lagi pun GR tak tau lah. GR pun apa lagi join lah depa ni...kot-kot ramai la kan macam apa yang diaorang hebohkan dalam Twitter.

GR juga difahamkan puak-puak ni nak gi gegar PWTC nak kacau program DS Najib Razak bersama wanita muda tapi kawan GR yang berada di PWTC maklumkan tak ada kecoh-kecoh pun. Ingatkan berani sangat diaorang ni kan..rupanya takut jugak yer. Pada GR demo Lynas ni hanya orang yang bodoh saja sanggup buat macam ni. Secara keseluruhan demo petang tadi tak dapat sambutan, hanya kurang 2,000 orang saja dan majoriti Cina DAP.

YB Fuziah Torron jangan jadikan rakyat BODOH macam YB dan pemimpin pakatan yang lain. Mahkamah dah putuskan Lynas tidak ada sebarang perkara yang boleh merosakkan negara dan rakyat sekitar Kuantan. Kenapa tak boleh terima keputusan mahkamah, macam mana keputusan Anwar yang lepas?? Tak adil lagi ker? Takkan keputusan mahkamah berpihak pada Pakatan itu baru adil namanya? Sistem apa yang Pakatan pakai ek??

Dalam GR follow demo budak-budak Lynas ni, ternampaklah sorang pendemo ni...nak kata tak ada otak...dia ni manusia bukan binatang. Korang tengoklah sendiri gambar di bawah :


Apa yang kelakarnya bila GR tanya pada mereka ni, ada yang kata mereka berjalan sejauh 300km. Bayangkan dari mana tu? Dari Kuantan pun yer atau jauh sikit lagi. Kalau berjalan 300km sekali pun takkanlah hari ni boleh sampai ramai yer tak? Kalau berjalan pagi tadi mulanya. Nak membohong pun agak-agaklah kan. Kesian GR lihat puak-puak ni sanggup buat perkara BODOH sama otaknya macam pemimpin mereka.

GR nak tanya satu soalan, kenapa pekerja-pekerja kilang Lynas begitu gembira dengan keputusan mahkamah ker? Pekerja-pekerja kilang tersebutkan majoriti rakyat Malaysia...dan terbukti mereka dapat mencari rezeki di sana. Apa masalah YB Fuziah Torron ni meroyan tak sudah yer? Rakyat Kuantan dan Pahang tak ader kata apa-apa pun, selagi tidak memudaratkan mereka...mereka sokong sebab boleh menambahkan punca pendapat mereka dan juga negara. Betul tak???


GR kata: Ada otak pakai bukan letak kat pungkok!!

Sunday, November 25, 2012

LIVE: RAMAINYA AWEKS-AWEKS CUN KAT SINI! @Rosnah_ARS @NajibRazak #HWMN2012

Sebab apa GR katakan ramai sangat aweks-aweks cun kat sini. Tempatnya ialah di Himpunan Wanita Muda Negara 2012. Sekarang sedang berlangsung di PWTC bersama dengan Perdana Menteri yang kita sayangi DS Najib Razak.

Turut hadir dalam perhimpunan ini Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Beliau juga merupakan Penaung pada Himpunan Wanita Muda Negara 2012.

YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dan barisan kepimpinan Puteri UMNO Malaysia hari ini harus diberikan pujian yang sangat tinggi kerana berjaya menghimpunkan lebih 15,000 wanita muda himpunan yang pertama kali diadakan di Malaysia. Tahniah!!!

Pandangan GR golongan wanita harus dipandang kerana mereka juga merupakan pelapis negara dalam membantu pembangunan negara. Sudah terbukti selama ini golongan wanita muda juga turut banyak menyumbang tenaga dan idea yang bernas untuk pembangunan negara.

GR begitu bangga melihat sendiri di perhimpunan ini semangat golongan wanita muda dan tanda sokongan mereka pada Kerajaan di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri. Mereka juga menyatakan tidak akan terpedaya dengan anasir luar dan mahukan Malaysia kekal dengan pentadbiran yang sedia ada. Tahniah GR ucapkan dan fahami naluri hati wanita muda...

GR kata: Tahniah pada wanita muda....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Biarlah Mereka Nak Fitnah Saya - Rosmah Mansor cc: @NajibRazak @shaberycheek






Malam tadi GR berkesempatan sama-sama dalam Majlis Makan Malam Pemimpin Mahasiswa Dalam Negara & Luar Negara. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran isteri Perdana Menteri Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Majlis yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT ini turut dihadiri DS Ahmad Shabery Cheek. Tahniah GR ucapkan kepada penganjur yang berjaya mengadakan majlis seperti ini kerana ia berjaya MENCIPTA SEJARAH, ini adalah pertama kali pemimpin mahasiswa dalam & luar negara disatukan dalam satu majlis yang cukup meriah.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor juga mengingatkan mahasiswa bahawa jangan muda terpedaya dengan anasir luar yang cuba merosakkan pemikiran anak muda dengan pelbagai cara yang sudah kita semua ketahui. Beliau juga berkongsi sedikit pengalaman sebagai isteri kepada YAB PM...pelbagai rintangan dan fitnah yang beliau hadapi dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Bila GR lihat isteri PM ni memang steady, hadapi semua dengan penuh senyuman. Apa yang diharapkan semua lapisan masyarakat mendapat bantuan dan pembangunan yang baik dari kerajaan.

Beliau juga beritahu mahasiswa Malaysia yang belajar di dalam & luar negara adalah yang terbaik dan jauh bezanya nasib yang baik jika ingin dibandingkan dengan cara pendidikan dari negara luar. Mahasiswa fikir-fikirkanlah kerana korang semua adalah pelapis negara pada masa akan datang....


GR kata: Terima kasih Kerajaan BN yang sentiasa membantu...


Published with Blogger-droid v2.0.9