Monday, November 26, 2012

ANWAR TAK GENTLE, MOHON BANTUAN LUAR TAPI TAK DILAYAN!!

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bantuan Australia bagi memastikan pilihan raya umum di Malaysia bebas daripada penipuan dan rasuah.

Perdana Menteri berkata, Anwar tidak sewajarnya mengheret Australia untuk campur tangan dalam urusan pilihan raya di negara ini kerana perbuatan itu hanya memalukan negara. Jelasnya, Anwar sepatutnya menunjukkan bukti tentang kesilapan yang dikatakan terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar dapat diperbetulkan.

"Janganlah beri malu kepada negara. Kita sudah melakukan yang terbaik untuk negara tetapi dia minta tolong daripada Australia.

"Nasib baik orang Australia akalnya besar dan mereka enggan membantu Anwar kerana sedar perbuatan itu bukan urusan mereka," katanya ketika berucap merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) serta para pemimpin dan wakil 1,500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara. Pada majlis sama, Najib dan semua yang hadir menghulurkan sumbangan wang tunai untuk tabung bantuan kemanusiaan Gaza /Palestin dan lebih RM10,000 berjaya dikutip untuk tabung itu.

Baru-baru ini, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum yang patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Tambah Najib, tindakan Anwar itu boleh dipersoalkan kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut tidak berbuat demikian semasa masih bersama kerajaan BN dahulu dan selepas pembangkang menang di lima negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pun banyak masalah seperti nama pengundi tiada dan keputusan lambat diumumkan tetapi mereka tidak kata ada penipuan besar atau mendakwa kemenangan Barack Obama tidak sah," ujarnya.

Menurut Perdana Menteri, beliau juga yakin rakyat kini mula mempersoalkan kredibiliti pakatan pembangkang setelah segala kelemahan mereka terbongkar.Kemampuan pakatan pembangkang, kata beliau, untuk membentuk kerajaan sangat diragui memandangkan mereka masih bercanggah antara satu sama lain dalam soal dasar.

"Kejayaan kita dapat dilihat daripada kemajuan yang dicapai. Ekonomi negara bertambah 5.2 peratus, hasil negara bertambah, Bank Dunia meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 terbaik dari segi urusan perniagaan dan dua hari lalu, CNN Travel menamakan Kuala Lumpur sebagai bandar raya keempat terbaik di dunia untuk membeli belah," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, dalam satu perjumpaan baru-baru ini, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra telah meminta bantuan Malaysia untuk menyelesaikan konflik di wilayah selatan negara jiran itu.

"Malaysia boleh membantu tanpa kita campur tangan dalam urusan negara tersebut," jelasnya.

GR kata: Dah tahu diri tak diterima rakyat sebab tu guna cara kotor...

No comments:

Post a Comment