Saturday, March 3, 2012

Live Update: Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012


Sekarang berlangsungnya Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 di Stadium Juara Bkt Kiara, K.Lumpur. Kejohanan bermula pada hari ini 3/3/2012 hingga 4/3/2012. Seramai 80 pasukan yang menyertai kejohonan ini. Pasukan-pasukan ini datangnya dari seluruh Malaysia.

Kategori kejohanan ini terbuka kepada beberapa kumpulan antaranya peringkat senior lelaki dan wanita, kategori terbuka dan kategori peringkat bawah 16 tahun.

GR sharekan beberapa gambar suasana di kejohanan ini :







Perasmian kejohanan ini akan disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Senator Dato' Raja Nong Chik sebentar lagi dan diiringi oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia YB. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.

Insyaallah GR akan update perkembangan kejohanan bola jaring ini selepas ini....

APA NAK JADI DENGAN PEMIMPIN SEKARANG??


Pepatah Melayu mengatakan "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua"...

GR nyatakan di sini kepada semua pemimpin baik dalam BN mahu pun PR jadikanlah ini sebagai pengajaran kerana sebagai pemimpin kita perlu tunjukkan contoh yang terbaik kepada rakyat. Tiada berat sebelah dalam sistem kehakiman negara kita seperti yang dicanang satu Malaya oleh sorang pemimpin yang 'syok sendiri' tu, tak perlulah GR sebutkan siapa..pembaca sekalian semua dah tau kan...

Cuma GR kesal dengan apa yang terjadi sejak kebelakangan ini, beberapa pemimpin UMNO/BN yang terlibat dengan kes rasuah atau pun salah gunakuasa. Kenapakah perkara sebegini boleh terjadi?? Adakah ingin mengejar kekayaan yang cepat perlu buat sesuatu untuk dapatkan sesuatu?? Janganlah begitu kerana anda adalah tempat rakyat mengadu nasib dan masalah...Anda jugalah yang akan menyelesaikan masalah.

Dalam kes sebegini, GR tahu bahawa MP Sabak Bernam ini seorang yang kuat bekerja, tak kira masa dan ketika sentiasa turun padang demi mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat khususnya masyarakat di Sabak Bernam. Pelbagai pembangunan dinaikkan dan masalah rakyat diselesaikan sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Sabak Bernam. Rakyat Sabak Bernam juga berasa selesa apabila berkomunikasi dengan beliau yang sentiasa merendah diri dan tidak sombong. Mungkin disebabkan kesilapan beliau yang lalu inilah dugaan yang beliau perlu hadapi.

Jawatan yang beliau sandang juga akan hilang dalam sekelip mata. Baca kenyataan di bawah:
Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan rasuah empat tahun lepas akan hilang jawatan yang disandangnya dalam Umno.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Abdul Rahman bagaimanapun masih belum hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana kes itu masih dalam proses rayuan.

"Seperti mana kita tahu ada kes yang mana Mahkamah Rayuan telah membebaskan (tertuduh)...jadi kita tak boleh andaikan apa yang akan berlaku nanti.

"Jadi setakat ini (Abdul Rahman) masih kekal sebagai Ahli Parlimen sampai pilihan raya, selepas itu kita lihatlah bagaimana," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Najib ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama profesional Kelantan sempena lawatan seharinya ke Kelantan hari ini. Abdul Rahman merupakan Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam.

Semalam, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 setelah memutuskan Abdul Rahman didapati bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu melibatkan RM80,000 ketika menjadi Anggota Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lepas.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM50,000 atau penjara setahun jika Abdul Rahman gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997
dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Hakim bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu ditangguhkan sehingga rayuan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. - Bernama

GR kata: Bila puak-puak Pakatan Rakyat 'kaut sana sini' naik mahkamah yer???

FUIYOOO...Tempoh 3 Hari Untuk Blogger 'Pondey' !!!


Akhirnya blogger no.1 'numoro uno' yang menulis melalui blog PapaGomo yang sangat kebal kerana mendapat 'perlindungan khas' dari individu tertentu di Kementerian Pertahanan Malaysia menjawab 'fitnah' saya berhubung persaraaan awal Laksamana Madya Dato Wira Jamil Osman melalui tulisan saya yang boleh di baca [SINI]

Jika bukan kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman, saya yakin sampai ke sudah PapaGomo diam dan tidak akan menjawab apa-apa berhubung isu tersebut. Sebagaimana beliau gagal menjawab cabaran yang dilaungkan oleh Anuar Mohd Nor sebelum ini tentang tuduhan 'Trojan Horse'.

Pertama sekali saya tetap mempertahankan apa yang saya nyatakan dalam tulisan sebelum ini bahawa salah satu sebab Dato Wira Jamil Osman bersara awal adalah kerana kes seorang blogger no.1 'numoro uno' yang menaiki Scorpene tanpa kebenaran bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia.

Saya tidak rasa individu yang bertaraf Panglima Armada akan mengaku bahawa itu salah satu punca beliau bersara awal kepada umum kerana kita tahu bahawa jika itu alasan dikemukakan kepada umum, ianya akan memperlihatkan Dato Wira Jamil Bin Osman terlalu 'bodoh' bersara awal hanya kerana seorang blogger. Sedangkan kita tahu tidak lama lagi beliau akan menjawat jawatan Panglima Tentera Laut.

Tak gitu Dato Wira Jamil Bin Osman?

Baiklah tidak mahu mengulas panjang-panjang kerana saya melihat PapaGomo sendiri pun tidak mampu menjawab atas beberapa perkara yang berbangkit. Jadi jika bukan seorang Panglima Armada TLDM dan pihak TLDM yang memberikan PapaGomo kebenaran memasuki Scorpene sebagaimana ditulisnya :


Persoalannya siapa yang membenarkan PapaGomo memasuki Scorpene, dan mendedahkan rakaman serta identiti kru KD Tun Razak kepada umum?

Siapa yang lagi berkuasa dari Panglima Armada TLDM, kerana kita tahu Menteri Pertahanan sendiri menafikan bahawa beliau memberi kebenaran kepada blogger menaiki Scorpene sebagaimana beliau nyatakan :

    "Jika kita membenarkan mana-mana blogger untuk pergi, orang lain akan minta juga," - Zahid Hamidi

Nampaknya banyak pihak terpaksa menjawab, adakah begitu mudah orang awam menaiki KD Tun Razak lalu memaparkan segala rakaman dan wajah kru?

Jika begini mudah sistem keselamatan negara dan segala kelengkapan KD Tun Razak 'diakses' oleh orang awam berstatus blogger no.1 'numoro uno' nampaknya lemah benarlah sistem keselamatan negara kita sekarang ini.

Saya risau selepas ini berduyun-duyun rakyat Malaysia ingin menaiki KD Tun Razak atas alasan mahu melaksanakan 'misi sulit' yang amat penting sama sekali. Tetapi akhirnya memaparkan segala rakaman, wajah-wajah kru di laman blog yang mana ianya boleh di akses oleh rakyat dari seluruh negara.

Adakah sesiapa mahu mengatakan tindakan PapaGomo memaparkan segala wajah-wajah kru serta keadaan dalaman ruang sulit KD Tun Razak adalah perkara yang dibenarkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia?

Jadi saya bagi PapaGomo 3 hari untuk menjawab saya, siapa lagi berkuasa yang membenarkan PapaGomo memasuki ruangan sulit KD Tun Razak selama 5 jam serta merakamkan segala wajah-wajah kru KD Tun Razak?

Akhir sekali PapaGomo usah khuatir atau gusar, status blogger no.1 di Malaysia tetap menjadi milik PapaGomo, tiada siapa mampu merampas takhta tersebut.

YY : Selamat bersara Dato Wira Jamil - Kalau tak boleh jawab gua dalam masa 3 hari, gua nak panggil lu pondan bro PapaGomo boleh? hehehe...

Rujuk YY

GR kata: Berani kerana benar, Takut kerana salah!! Sendiri mau ingatlah!!!!

Friday, March 2, 2012

PANAS: Ketua Puteri Sokong Kenyataan Anwar??


He he he...rileks jangan ada yang melatah dengan tajuk artikel di atas. GR saja nak 'panas' kan sikit suasana malam ini. Sebenarnya GR berbangga dengan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin No.1 Puteri UMNO Malaysia ni. Jom kita baca apa kenyataan beliau:


Pergerakan Puteri UMNO mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana bertindak berani mendedahkan kepada rakyat Malaysia surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, pendedahan itu sekali gus `membenam’ segala manipulasi yang dibuat oleh pemimpin pembangkang berhubung perkara itu demi kepentingan politik mereka.

“Berbanding kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan menunjukkan sokongan terbuka terhadap keselamatan Israel, ketiga-tiga surat Tun Dr. Mahathir Mohamad pula jelas menunjukkan hala tuju serta pendirian Malaysia berhubung kekejaman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin serta sejauh mana hubungan dua hala dengan Israel boleh dilaksanakan,” katanya melalui satu kenyataan.

Rosnah berkata, pendedahan ktiga-tiga surat itu amat penting untuk membuktikan barisan pemimpin parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat gemar memanipulasi apa sahaja perkara bagi menghasut rakyat membenci kerajaan dan barisan kepimpinan kerajaan.

Malah, katanya, pemimpin pembangkang sanggup membuat apa sahaja untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan oleh para pemimpin mereka terutama Anwar yang tanpa segan silu menyatakan sokongan terhadap Israel semasa ditemuramah Wall Street Journal (WSJ).


GR kata: Tahniah YB...seorang pemimpin wanita yang bersemangat tinggi...

JOM BERBASIKAL PUSING KL HUJUNG MINGGU INI


Anda semua dijemput menyertai FT Day 2012 Fun Ride @ Kuala Lumpur pada hari Ahad ini bertempat di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Aktiviti riadah ini boleh disertai oleh semua peringkat umur, asalkan ada basikal jangan motor yer.

Pendaftaran PERCUMA, kalau bernasib baik dapat lah juga hadiah. 500 orang pertama yg mendaftar akan dapat sehelai baju t-shirt percuma.

Laluan Fun Ride ini di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur akan diawasi oleh Polis Trafik (PDRM).

Maklumat lanjut baca di sini

PM Hari ini Di Kelantan, Nik Ajis Mu Ada Mana??


Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke tiga daerah di Kelantan.

Perdana Menteri tiba jam 9.25 pagi sebelum menaiki helikopter untuk menghadiri majlis ramah mesra bersama anggota tentera Rejimen Sempadan dan keluarga mereka di Batu Melintang, Jeli, selain menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.

Sambutan diberikan rakyat Kelantan sangat baik


Di Pasir Mas, beliau akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Hutan Chengal, dan menemui pengetua dan guru-guru di kawasan Parlimen berkenaan serta menghadiri jamuan rakyat di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas.

Seterusnya, Perdana Menteri akan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan ramah mesra bersama profesional Kelantan di Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu.

Pada sebelah malam, Najib dijadual menghadiri majlis bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional negeri sebelum pulang ke Kuala Lumpur. – Bernama


GR kata: Mohon pemimpin-pemimpin BN Kelantan bekerja keras memastikan kemenangan BN di Kelantan pada PRU-13 nanti. Selesaikan masalah yang dihadapi rakyat Kelantan selama ini...

Alahai Ostad PAS Yang Malu-malu Kucing...


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal dakwaan pembangkang kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah agenda Barisan Nasional untuk membeli undi rakyat.

Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, dakwaan itu tidak berasas dan bermotifkan politik semata-mata.

"Tujuan kerajaan buat begini ialah untuk membantu mengurangkan belanja rakyat yang kurang berkemampuan. Jadi apa yg diberikan oleh kerajaan itu halal. Halal bagi Umno, halal bagi orang PAS, halal bagi semua rakyat yang layak menerimanya".

"Tapi kalau orang PAS kata haram, baik jangan terima, tapi kalau dalam majlis orang beri duit dia dulu yang naik pentas, bila hulur duit dia juga yang hulur tangan dulu. Jadi hukum halal haram dah tak ada bila naik pentas," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu di sini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan pimpinan negeri adalah antara 20,000 rakyat termasuk penerima bantuan yang diagihkan kerajaan negeri dan pusat termasuk penerima bantuan Sara Hidup Nelayan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bantuan Persekolahan Murid oleh kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata amalan Pas yang mempertimbangkan sesuatu atas dasar politik dan bukan agama sebagaimana yang sering di suarakan mereka, membuktikan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih sokongan. - Bernama



GR kata: Yang HALAL tak mau, yang HARAM laju jer, alahai Ostad-ostad PAS ni!!!

PANAS: ANWAR AKHIRNYA MENGAKU KALAH!!


Berikut ialah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin pada tahun 1993; Benjamin Netanyahu pada tahun 1997; dan Ehud Barak pada tahun 1999 seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia di sini, hari ini. – Bernama




Sumber: UM

GR kata: Kita tunggu apa pula si 'kaki temberang' mengenai surat Tun M ni...

INFO: Tol Cheras-Kajang Dapat Diskaun 50%


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuat kuasa tengah malam ini.

Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

“Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan,” katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM4.5 juta untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sekolah berkenaan.

Sekolah itu akan dibina di tanah seluas 2.4 hektar. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah untuk kemudahan 1,500 murid di kawasan berkenaan. - Bernama


GR kata: Terima kasih YAB PM dan kerajaan kerana mendengar keluhan rakyat selama ini...

Thursday, March 1, 2012

PANAS: KILANG LYNAS ADA DI SELANGOR?? #Lynas


Apa benda ni?? Sejak dari 2010 puak Pakatan Rakyat bising-bising kata Lynas kilang proses nuklear, sekarang nak bukak di Selangor pula. Tak nak berdemo memekik terlolong ker wahai YB Fuziah??

Ke nak bertanding di Selangor sebab di Kuantan YB Fuziah ni dah tak laku lagi?? Sudah-sudah laa tu, jangan duk hasut fikiran rakyat dengan menyalurkan maklumat yang tipu. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya...... Lu fikirlah sendiri!!!

Cerita lanjut baca di sini

Kakitangan Kerajaan Akan Naik Gaji??


Baru-baru ini, Cuepacs dan JPA telah berbincang dan menangguhkan SBPA bagi menilai semula insentif kepada kakitangan lain. Terkini, Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Tuntutan Kenaikan Gaji
    Gred 1 hingga Gred 16  (RM700)
    Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000)
    Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500)
    Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800)
    Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500)

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs di mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di Putrajaya hari ini.

Tangga Gaji Maksimum/Mati
Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

SBPA Tidak Adil
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.

Menuntut Kesaksamaan Jurang Antara Pegawai Rendah Dan Atasan
"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.


GR kata: Kita tunggu apa yang YAB PM akan umumkan mengenai gaji ini tidak lama lagi...

PANAS: VIDEO OSTAD BADRULAMIN DI HOTEL TERSEBAR!!




Alahai Ostad Badrulamin ni..kantoi khalwat dengan bini orang. Lepas tu kata kena belasah teruk dengan 20 orang samseng pulak. Tengok steady jer...ikut style Pak Anwar nak jadi pelakon hebat ker??

GR harap pada yang belasah Ostad Badrulamin akan tertangkap jua nanti TAPI dalam mimpi jela yer. Dah kantoi dengan bini orang lagi nak pusing cerita. GR nak tanya si Ostad ni la kan, kalau bini dia kantoi 'berdating' dengan sorang lelaki, hang duk diam jugak ker?? Jangan jadi mengong sangat yer...

Lihat kenyataan akhbar dari pihak hotel tersebut:
Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012



Jom ramai-ramai ke Stadium Juara, Bkt Kiara pada 3 & Mac 2012 ini. Jom kita meriahkan kejohanan Bola Jaring Terbuka ini anjuran Puteri UMNO Malaysia.


Lihat juga di sini

Tuntutan Palsu: MP Sabak Bernam Didapati Bersalah!!


Ahli Parlimen Sabak Bernam, YB. Datuk Abdul Rahman Bakri didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 ketika menjadi Anggota Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, empat tahun lepas.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Abdul Rahman, 47, diperintah bela diri pada akhir Jun tahun lepas atas tuduhan menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan Program Motivasi Pelajar di Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Dia didakwa melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008. Bagi setiap pertuduhan, Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Sementara itu, pada prosiding sama, pembantu kepada Abdul Rahman, Rosli Busro, 44, didapati bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.

Hakim turut membenarkan permohonan peguam bela kedua-dua tertuduh, Affifuddin Hafifi dan Lim Kon Keen untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap anak guam mereka sehingga esok pagi di mahkamah sama. Kedua-dua peguam itu berkata mereka perlukan masa untuk persediaan mitigasi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa. Seramai 39 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu. - Bernama


GR kata: Bukti sistem kehakiman negara telus tidak kira mereka yang didakwa dari parti mana pun...Ada sorang pemimpin tu kejap kata kehakiman negara macam kangkaroo lepas tu kata ok pulak...aduyaiii!!!

Majlis Meraikan Penerima Darjah Bintang & Pingat Kebesaran Peringkat Bdr Tun Razak


Semalam UMNO Bahagian Bdr Tun Razak telah mengadakan satu Majlis Meraikan Penerima Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran peringkat Parlimen Bdr Tun Razak bagi tahun 2011-2012. Mereka ini telah menerimanya pada sambutan Hari W.Persekutuan pada tahun 2011-2012.

Antara yang menerima Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran pada Hari W.Persekutuan ialah Datuk Rizalman B. Dato' Hj Mohtar selaku Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak merangkap Ketua Pemuda W.Persekutuan, Datuk Chandrakumaran, Dato' Munawar B. Hj Nor, Tn Hj Azami Mohamad dan ramai lagi.



Turut hadir ialah Setiausaha Politik YAB TPM, Tuan Hj Yusoff B. HM Haniff dan beliau merasmikan majlis pada malam tersebut. Mantan-mantan Ketua Bahagian UMNO Bdr Tun Razak turut sama hadir memeriahkan majlis ini.




Majlis ini diadakan dapat mengeratkan hubungan ikatan silaturrahim antara seluruh ahli UMNO Bdr Tun Razak dan mereka berikrar serta bersedia untuk berperang habis-habisan memastikan Parlimen Bdr Tun Razak kembali jatuh ke Barisan Nasional. Majlis berjalan dengan meriah diselangi dengan cabutan bertuah.





GR kata: Kasi tendang itu 'Gagap' keluar dari Bdr Tun Razak bukan buat kerja pun....

PANAS: JANGAN SAYANGKAN JAWATAN SANGAT KAK JAT!!



GR kongsikan petikan email pembaca dari blog MTK


Pagi tadi seorang pembaca telah menghantar email kepada MTK tentang pendapat beliau tentang DS Sharizat merangkap Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga berhadapan isu NFC..

Di sini saya menulis atas pandangan dan pendapat seorang ahli bawahan parti keramat UMNO..Bukan niat saya untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti Ds Sharizat,tapi sejak tercetusnya isu NFC ini sedikit sebanyak menjatuhkan imej Kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO yang terpaksa berhadapan dengan isu besar ini.

Pelbagai usaha dibuat oleh pemimpin diperingkat cawangan dan bahagian bagi menjelaskan isu NFC ini kepada rakyat. Kita tahu dengan adanya teknologi IT sekarang ramai dikalangan ahli sendiri meragui projek NFC, pelbagai dokumen dokumen yang dikatakan tulen telah di dedahkan oleh pembangkang..

Selepas isu pembelian kondo mewah di Bangsar,kad kreadit dan kereta mewah Kini terkeluar pula isu pembelian kondo di Singapura.Sampaikan ada di kalangan pemimpin di cawangan sudah jemu dengan isu NFC ini.Apa tidaknya hampir setiap hari di tekan dengan masalah ini..Sampai ada yang berkata "Orang lain buat taik,kita kena cuci"..

Baru baru ni rakan saya bercerita,beliau ada berjumpa seorang warga Singapura yang datang melancong di Malaysia, sedang bercerita warga Singapura itu ada bertanya tentang isu NFC dan DS Sharizat. Di fahamkan warga Singapura itu penyokong kuat PAP..

Saya pun tak boleh bayangkan warga Singapura pun tahu isu itu.Beliau pun menasihatkan supaya elok saja DS Sharizat letak jawatan sebagai Menteri dan kekal sebagai Ketua Wanita Umno demi menjaga parti..

Selalunya Pemimpin yang di kaitkan dengan sesuatu isu yang boleh menjatuhkan maruah parti akan letak jawatan secara sukarela,bukan terus memegang jawatan..Betul cakap Ayahanda Tun Dr Mahathir "jangan sayang kepada jawatan".

DS Shahrizat harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti.Sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti.Tun M sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan,jadi beliau pun letak jawatan.Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga.

Sebagai Menteri Senator, DS Sharizat mesti memikirkan soal Parti..Kami tahu banyak jasa yang DS lakukan sejak memegang jawatan Menteri..Walaupun isu NFC ini melibatkan keluarga beliau, DS Sharizat harus meletakkan kepentingan parti dahulu..Demi maruah parti berundurlah sebelum terlambat....


GR kata: Jika tidak tercalon janganlah khianati parti, sayangilah parti untuk kesejahteraan rakyat Malaysia...

Wednesday, February 29, 2012

KP Seputeh Sound Akhbar The Star!!!


Kenyataan Rasmi,

Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi.

Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.

Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu?



Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.

Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu.

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".

Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan.

Saya mendesak Polis Diraja Malaysia mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan.

Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak.

Kerajaan mesti menganbil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekirany ia terjadi kepada Agama-agama lain.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh

Sumber: PPC

VIDEO PANAS: TERESA KOK KENA TEMPELENG DENGAN KP SEPUTEH??




Perghhhh...berani betul KP Seputeh ni..Nak tau lebih lanjut pembaca lihat sendiri apa sebenar yang terjadi antara Ketua Pemuda UMNO Seputeh dengan MP Seputeh YB Teresa Kok....


GR kata: Slogan Teresa Kok "No Complaint No Help"...amcam tu???

INFO: Bukti Kadar mSv LYNAS Rakyat Perlu Tahu!! #Lynas



Pembaca lihat gambar di atas adalah kandungan mSv dan jadual yang disediakan oleh MOSTI. Ini adalah sebahagian dokumen mengenai kadar kandungan mSv yang dikeluarkan oleh MOSTI. InsyAllah GR akan keluarkan secara berperingkat untuk pengetahuan pembaca sekalian.

Cukuplah dengan bukti di atas kandungan mSv yang diperiksa di kilang Lynas dan juga jadual mSv yang dipaparkan, ini adalah jawapan bagi tomahan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Haprak terutama dari MP Kuantan sendiri YB Fuziah Salleh (Fuziah Torron). Jelas terbukti Lynas adalah kilang bukan reaktor nuklear yang berbahaya tapi memproses nadir bumi.

Walaupun ramai kaum Cina yang menyertai Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan dan Pulau Pinang, kita tidak pula mahu menuduh mereka berbuat demikian untuk kepentingan negara China yang kini akan terancam apabila Malaysia muncul sebagai pengeluar 'rare earth' kedua di dunia. Ini juga boleh mendatangkan pendapatan yang baik untuk negara.

Namun tomahan buruk yang dilemparkan oleh puak pembangkang tidak membawa apa-apa kesan. Pembaca bayangkan apabila Malaysia dapat menjana ekonomi negara berbilion dollar hasil dari kilang Lynas ini. Negara China pasti sukar untuk mengawal harga 'rare earth' mereka apabila kita juga memiliki kilang tersebut di Kuantan.

Siemen juga dikhabarkan mahu melabur hampir RM 1 bilion untuk projek ini dan bayangkan betapa bertuahnya Malaysia apabila ia menjadi kenyataan.

Namun jika projek ini gagal sudah pasti pelbagai perspektif negatif dan tomahan yang begitu teruk akan dilemparkan oleh puak Pakatan Rakyat dan pasti rakyat akan terkena tempiasnya. Pada pendapat GR, ini  hanyalah 'game plan' Pakatan Rakyat di mana mereka hanya memburuk-burukkan Kerajaan dan semata-mata ingin meraih simpati rakyat supaya mereka mendapat undi pada PRU-13 nanti.

Kepada rakyat Malaysia, haruslah berfikir secara rasional. Janganlah dengar pendapat atau pun maklumat dari sebelah pihak saja. Carilah maklumat di mana saja, korang semua taukan mana nak dapat maklumat Lynas ini baik dari Kerajaan pun.... Internetkan di hujung jari sekarang ni, fikir-fikirkanlah!!!


GR kata: Kenapa puak-puak PR sibuk sangat pasal LYNAS ek?? Ada geng yang tak diberi kontrak ker?? Hi hi hi

Video Terbaru YAB PM - Iktiraf Orang Siam



Lihat video terbaru YAB PM Datuk Seri Najib Razak....

Dalam sejarah Malaysia, PM yang pertama zahirkan orang Siam di Malaysia berstatus Bumiputera!!


GR kata: Kerajaan BN membela rakyat dan mendahulukan rakyat!!!

TERKINI & PANAS: EXCO KEDAH BERGADUH..!!!


Pergolakan politik PAS di Kedah nampak semakin teruk sejak kebelakangan ini. PAS sekarang sudah melahirkan pak aji berkopiah pandai bersilat pula, bila dah pandai ada pula yang bertumbuk. Inikah contoh yang mereka perjuangan dalam parti?? Parti yang sejak dari dulu katanya memperjuangkan Islam, tapi lihat nilai yang mereka tunjukkan pada rakyat, tak ada akhlak sungguh.

Saban hari ada saja masalah yang timbul dalam politik PAS Kedah. Terbaru masalah Timb. Pesuruhjaya PAS Kedah 1, Phahrolrazi mengakui beliau tidak boleh bekerjasama dengan MB Azizan. Beliau juga menyatakan bahawa MB Azizan tidak menerima langsung pendapat yang beliau berikan.

Jom baca pendedahan eksklusif di Kedah Ke KL


GR kata: Berkata benar walaupun pahit....

Tuesday, February 28, 2012

PANAS: HEBAT SANGAT KE BLOGGER YY NI..??



Dari blog Khazah-MPM

Siapa yang tidak kenal dengan blogger Double Y antara senarai blogger terhebat tanah air dengan entri yang sentiasa membantu kerajaan dalam menangkis serangan dakyah pihak pembangkang yang ingin mencetuskan kekeliruan.

Setiap artikel yang dikeluarkan sentiasa dilihat berfakta dan selalunya kena pada sasaran. Bukan tembak berpeluru banyak tetapi sasaran selalu tersasar seperti sesetengah blogger SUPERSTAR.

Jauh sekali kalau kita baca blogger ini memainkan isu-isu lucah untuk menyerang pakatan haprak tetapi kebiasaannya pendekatan yang matang dalam menangkis serangan untuk menyakinkan pembaca bahawa isu yang cuba dibawa atau diketengahkan oleh pakatan haprak terlalu bersifat politik sahaja bukan kerana betul-betul membincangkan isu di utarakan.

Bezanya dikalangan blogger-blogger yang semangat juangnya ikhlas membantu parti dengan blogger SUPERSTAR (berkiblatkan uncang emas) adalah laporan mereka yang bersifat membetulkan maklumat dengan menolak cerita fitnah serta karut oleh puak pakatan haprak dan laporan bukan mengharapkan laba selepas itu.

Walaupun blogger DOUBLE Y dituduh sebagai Blogger UMB Berbayar (siapa bayar) tetapi tidak sedikit mematah semangatnya untuk berjuang malah kehadiran beliau bersama rakan seangkatan di dalam UMB telah melegakan pemimpin BN-UMNO kerana mereka diwujudkan atas entiti parti bukan blogger polong merayau mencari darah.

Kini blogger DOUBLE Y boleh diiktiraf sebagai blogger no 1 Pro-BN kerana kedudukan itu selayaknya beliau pikul dan bukannya blogger SUPERSTAR yang terkenal sebagai blogger lucah biarlah blogger matang seperti beliau mengambil alih supaya umum melihat blogger pro BN sangat berkaliber membincangkan isu politik bukan isu lucah.

Sekadar pandangan penulis bukan semua perkara yang kita buat boleh memuaskan semua orang dan itu adalah lumrah kita sebagai manusia termasuklah mereka yang bergelar blogger. Kadang-kadang penulisan mencerminkan identiti seorang penulis dan imej yang dibawa sekali untuk dipertontonkan.

Sebagai penulis blog apa yang membuat pembaca kagum adalah setiap hasil kerja dan laporan didalam blog ada mempunyai satu sikap bertanggunjawab terhadap apa yang dilaporkan bukanya LONTAR BATU SEMBUNYI TANGAN seperti blogger SUPERSTAR yang menulis kemudian lari bila kenyataan disanggah paling lucu mendabik dada mengiktiraf merekalah membantu itu dan ini bila ditanya.

Ikuti temubual blogger Double Y oleh malaysiandigest.com


GR kata: Berani kerana BENAR, takut kerana SALAH!!!

Fuziah Torron Makin Meroyan Bila Lihat Video Ni..?? #Lynas




Lihat video di atas, bukti dari pegawai dan pengarah Lynas dari Australia mengatakan Lynas bukan proses nuklear tapi nadir bumi. Dan ternyata ia tidak akan mengancam keselamatan rakyat khususnya di Malaysia.


GR kata: Apa lagi puak-puak pakatan Haprak ni nak pusing?? Jangan tabur fitnah dan kelentong rakyat lagi lah. GR akan perjelaskan kadar mSv Lynas nanti....

PANAS: ADA AMBIGA, ADA SEKS BEBAS!! #HH2 #Lynas



Pada hari Ahad lepas, Himpunan Hijau 2.0 yang dianjurkan oleh puak Pakatan Rakyat tidak mendapat sambutan seperti yang mereka inginkan. Hanya kurang 5,000 yang hadir. Tapi puak PR yang syok sendiri menyatakan seramai 15,000 yang hadir. Alahai janganlah main 'petik'...nak MENIPU jer yer...Tak habis-habis mengatakan kilang Lynas adalah tempat proses nuklear. Untuk pengetahuan pembaca sekalin, Lynas adalah tempat memproses Rare Earth (Nadi bumi) dan kadar radiasi lebih rendah berbanding apa yang Si Fuziah Torron lemparkan fitnah.

Yang lebih menariknya, Si Ambiga pun turut serta dalam himpunan ini. Apa fungsi dia sebenarnya yer?? Rata-rata mereka yang hadir membuktikan berlaku percampuran lelaki dan perempuan. Itu yang beliau inginkan agaknya...

PAS sudah begitu liberal apabila tidak lagi sensitif bab dosa. Lihat bukti gambar di bawah dengan jelas berlaku percampuran wanita dan lelaki tanpa ada batasan. Dengan berpakaian yang seksi dan menjolok mata inilah bukti himpunan ini adalah Himpunan Dosa.











Patutlah ramai datang himpunan kerana ada ramai amoi seperti China-doll dalam video seks yang seksi dan lawa dan tidak akan dicaj khalwat seperti Ustaz PKR Badrul Amin dengan bini orang.

Begitu juga hukum agama turut dilanggar apabila jalan raya turut diganggu sehingga menyusahkan rakyat jelata. Jelas ia berdosa bukan mendapat pahala.

KURANG AJAR! PASANGAN KANTOI BEROMEN TEPI MASJID!!!

Tindakan sepasang pelajar asing membuat hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, kelmarin mengundang kemarahan penduduk setempat.

Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi.

Kelakuan tersebut menyebabkan penduduk berang dan bertindak memancitkan tayar kereta tersebut.

Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia sangsi selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang.

“Bila saya pergi lihat di tingkap kereta terbabit, saya lihat pasangan warga Afrika sedang melakukan hubungan seks di belakang kereta,” katanya.



GR kata: Macam dah tak ada tempat lain...Memang kurang ajar!! Inilah budaya yang Anwar sokong, seksualiti merdeka. Si Ambiga tersenyum lebar!!

ISU LYNAS: INI ADALAH PERKARA YANG SEBENAR!! Bacalah.. #Lynas


Rakyat perlu tahu, kerja-kerja tanah untuk pembinaan kilang Lynas telah dibuat sebelum tahun 2009, begitu juga dengan sesi penerangan kepada kerajaan negeri dan wakil-wakil politik negeri Pahang.  Ketika itu tidak ada sebarang bantahan kedengaran daripada pihak-pihak terbabit, terutama dikalangan parti pembangkang.

Isu ini timbul semula pada Mac 2011 lanjutan daripada kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun sehingga menyebabkan kebocoran radiasi di Loji Nuklear Fukushima.  Kononnya kebocoran radiasi yang sama boleh juga timbul dari pelepasan sisa radioaktif oleh kilang Lynas Corporation.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kilang Lynas bukanlah sebuah kilang nuklear seperti yang ditohmahkan Pakatan Rakyat, kilang Lynas juga tidak sama dengan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak.

Semua ini adalah fakta yang tidak mampu dijawab oleh pihak pembangkang dan kumpulan penentang Lynas yang dinaungi mereka.

Ini adalah beberapa fakta yang diselewengkan oleh Pakatan Rakyat dan kumpulan penentang Lynas untuk pengetahuan semua pembaca agar tidak terkeliru dengan putar belit mereka.

1. Lynas menyebabkan hujan radioaktif

Hujan radioaktif hanya akan berlaku jika pelepasan radionuklid  yang berkepekatan tinggi di udara, sedangkan ini tidak akan berlaku dalam Operasi Lynas kerana Penafsiran Impak Radiasi untuk senario terburuk pun menganggarkan pelepasan sebanyak 0.002mSv/tahun iaitu 500 kali ganda lebih kurang daripada Had Dos Maksimum yang dibenarkan kepada orang awam oleh AELB.   Ini dalam scenario terburuk, dalam senario terburuk, dalam keadaan biasa ia jauh lebih rendah dari itu.

2. Lynas menghasilkan asid yang boleh mencemarkan tanah

Semua proses berkaitan dengan asid dilakukan di atas struktur konkrit yang boleh membendung tumpahan asid jauh dari tanah.

3. Tidak ada kajian radiasi dalaman dilakukan oleh Lynas

Fakta ini juga tidak betul kerana Penafsiran Impak Radiasi disediakan mengikut semua keperluan undang-undang Malaysia dan standard IAEA.  Penafsiran Impak Radiasi adalah satu penilaian risiko terhadap kumpulan sasaran (pekerja dan orang awam) yang telah mengambil kira semua kemungkinan tentang cara atau laluan pendedahan..

4. Operasi Lynas menyebabkan kanser dan kecacatan kepada bayi baru lahir

Pada penulis, dalam banyak-banyak pembohongan, yang ini adalah yang paling jahat sekali.  Unjuran Kementerian Kesihatan pada 2007 menunjukkan kes kanser adalah sebanyak 720 kes bagi setiap juta penduduk.  Walaupun tanpa Lynas, anggaran kanser dan radiasi latar belakang tapak Lynas dibina ialah sebanyak 35 kes per juta penduduk.  Manakala apabila kilang Lynas beroperasi, anggaran kanser kepada orang ramai disebabkan operasi Lynas hanyalah 0.1 kes perjuta orang (Penafsiran Impak Radiasi) {daripada 0.002 mSv/year}

5. Radon dan Thoron dari kilang Lynas boleh bertebaran sejauh beribu-ribu batu dan menyebabkan masalah kesihatan

Sekali lagi, satu pembohongan berniat jahat kerana hasil kajian menunjukkan kadar pendedahan di kawasan pagar Lynas  bagi kedua bahan tersebut adalah jauh lebih kurang dari standard yang ditetapkan AELB (rodon = 0.00002 mSv setahun, thoron = 0.002 mSv/setahun).  Lagipun rodon dan thoron punya jangka hayat yang pendek  dan tidak akan bergerak jauh.  Ini bermakna apabila radionuklid terbentuk ia akan segera berubah menjadi pepejal dan tidak akan tersebar jauh dari kilang.

6. Tiada Tahap radioaktif selamat

Dakwaan ini juga salah.  Radiasi ada dimana-mana (waima menonton television dan menggunakan telefon bimbit).  Beberapa kawasan di Malaysia mempunyai purata paras radiasi lebih tinggi daripada purata radiasi dihasilka oleh Lynas tapi tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan kepada penduduk.

7. Lynas tidak membawa sebarang menafaat kepada Malaysia dan Kuantan

Penulis ketawa membaca dakyah palsu yang ini.  Logiknya mana mungkin pelaburan berbilion ringgit tidak membawa menafaat kepada penduduk dan kawasan terlibat?  Untuk pembinaan saja, semua kontraktor yang digunakan adalah kontraktor tempatan dan bila siap, kilang ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada ribuan orang penduduk sekitar Kuantan.

8. Sisa Lynas disimpan secara kekal di tapak kilang

Sisa atau residue ini tidak akan disimpan di tapak kilang walaupun kemudahan simpanan sisa (RSF) telah direkabentuk untuk penyimpanan kekal.  Malaysia sudah mempunyai keupayaan untuk melupuskan sisa merbahaya industri ini sejak 1995 lagi melalui sebuah anak syarikat Kumpulan UEM di Negeri Sembilan.

9. Lynas menghasilkan 32,000 tan sisa setahun dengan kadar thorium sebanyak 0.165% setahun.

Fakta ini jelas mengelirukan seolahnya Lynas menghasilkan 50 tan thorium setahun.  Hakikatnya Lynas tidak sama sekali mengekstrak thorium mahupun memekatkannya. Walaupun jumlah residue adalah besar, kepekatan thorium tetap sama kerana Lynas tidak memekatkan bahan tersebut.

10. Standard China digunakan untuk mengisytiharkan sisa sebagai bahan radioaktif

Ini juga satu pembohongan kerana salah satu sebab produk nadir bumi China menghadapi kesukaran menembusi pasaran EU ialah kerana standard yang diguna pakai tidak memenuhi standard antarabangsa.  Kilang Lynas di Malaysia menggunakan standard Malaysia yang jauh lebih ketat daripada standard ditetapkan oleh badan antarabangsa seperti IAEA.

11. Mengikut undang-undang Australia, sisa perlu dikembalikan ke lombong

Undang-undang seperti ini tiada di Australia kerana undang-undang negara tersebut hanya menghendaki sisa disimpan di tempat simpanan selamat  yang dibina mengikut undang-undang Australia, bukan dikembalikan ke lombong seperti mana dakwaan pembangkang di Malaysia.

Isu yang dimainkan jelas tidak layak untuk dibicarakan oleh mereka yang bukan ahli dan ini diakui sendiri oleh pakar nuklear dari PAS, YB Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).


GR kata: Tinggi betul ilmu Si Fuziah ni yer sampai tak boleh bezakan rare earth dengan nuklear...