Tuesday, February 28, 2012

ISU LYNAS: INI ADALAH PERKARA YANG SEBENAR!! Bacalah.. #Lynas


Rakyat perlu tahu, kerja-kerja tanah untuk pembinaan kilang Lynas telah dibuat sebelum tahun 2009, begitu juga dengan sesi penerangan kepada kerajaan negeri dan wakil-wakil politik negeri Pahang.  Ketika itu tidak ada sebarang bantahan kedengaran daripada pihak-pihak terbabit, terutama dikalangan parti pembangkang.

Isu ini timbul semula pada Mac 2011 lanjutan daripada kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun sehingga menyebabkan kebocoran radiasi di Loji Nuklear Fukushima.  Kononnya kebocoran radiasi yang sama boleh juga timbul dari pelepasan sisa radioaktif oleh kilang Lynas Corporation.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kilang Lynas bukanlah sebuah kilang nuklear seperti yang ditohmahkan Pakatan Rakyat, kilang Lynas juga tidak sama dengan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak.

Semua ini adalah fakta yang tidak mampu dijawab oleh pihak pembangkang dan kumpulan penentang Lynas yang dinaungi mereka.

Ini adalah beberapa fakta yang diselewengkan oleh Pakatan Rakyat dan kumpulan penentang Lynas untuk pengetahuan semua pembaca agar tidak terkeliru dengan putar belit mereka.

1. Lynas menyebabkan hujan radioaktif

Hujan radioaktif hanya akan berlaku jika pelepasan radionuklid  yang berkepekatan tinggi di udara, sedangkan ini tidak akan berlaku dalam Operasi Lynas kerana Penafsiran Impak Radiasi untuk senario terburuk pun menganggarkan pelepasan sebanyak 0.002mSv/tahun iaitu 500 kali ganda lebih kurang daripada Had Dos Maksimum yang dibenarkan kepada orang awam oleh AELB.   Ini dalam scenario terburuk, dalam senario terburuk, dalam keadaan biasa ia jauh lebih rendah dari itu.

2. Lynas menghasilkan asid yang boleh mencemarkan tanah

Semua proses berkaitan dengan asid dilakukan di atas struktur konkrit yang boleh membendung tumpahan asid jauh dari tanah.

3. Tidak ada kajian radiasi dalaman dilakukan oleh Lynas

Fakta ini juga tidak betul kerana Penafsiran Impak Radiasi disediakan mengikut semua keperluan undang-undang Malaysia dan standard IAEA.  Penafsiran Impak Radiasi adalah satu penilaian risiko terhadap kumpulan sasaran (pekerja dan orang awam) yang telah mengambil kira semua kemungkinan tentang cara atau laluan pendedahan..

4. Operasi Lynas menyebabkan kanser dan kecacatan kepada bayi baru lahir

Pada penulis, dalam banyak-banyak pembohongan, yang ini adalah yang paling jahat sekali.  Unjuran Kementerian Kesihatan pada 2007 menunjukkan kes kanser adalah sebanyak 720 kes bagi setiap juta penduduk.  Walaupun tanpa Lynas, anggaran kanser dan radiasi latar belakang tapak Lynas dibina ialah sebanyak 35 kes per juta penduduk.  Manakala apabila kilang Lynas beroperasi, anggaran kanser kepada orang ramai disebabkan operasi Lynas hanyalah 0.1 kes perjuta orang (Penafsiran Impak Radiasi) {daripada 0.002 mSv/year}

5. Radon dan Thoron dari kilang Lynas boleh bertebaran sejauh beribu-ribu batu dan menyebabkan masalah kesihatan

Sekali lagi, satu pembohongan berniat jahat kerana hasil kajian menunjukkan kadar pendedahan di kawasan pagar Lynas  bagi kedua bahan tersebut adalah jauh lebih kurang dari standard yang ditetapkan AELB (rodon = 0.00002 mSv setahun, thoron = 0.002 mSv/setahun).  Lagipun rodon dan thoron punya jangka hayat yang pendek  dan tidak akan bergerak jauh.  Ini bermakna apabila radionuklid terbentuk ia akan segera berubah menjadi pepejal dan tidak akan tersebar jauh dari kilang.

6. Tiada Tahap radioaktif selamat

Dakwaan ini juga salah.  Radiasi ada dimana-mana (waima menonton television dan menggunakan telefon bimbit).  Beberapa kawasan di Malaysia mempunyai purata paras radiasi lebih tinggi daripada purata radiasi dihasilka oleh Lynas tapi tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan kepada penduduk.

7. Lynas tidak membawa sebarang menafaat kepada Malaysia dan Kuantan

Penulis ketawa membaca dakyah palsu yang ini.  Logiknya mana mungkin pelaburan berbilion ringgit tidak membawa menafaat kepada penduduk dan kawasan terlibat?  Untuk pembinaan saja, semua kontraktor yang digunakan adalah kontraktor tempatan dan bila siap, kilang ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada ribuan orang penduduk sekitar Kuantan.

8. Sisa Lynas disimpan secara kekal di tapak kilang

Sisa atau residue ini tidak akan disimpan di tapak kilang walaupun kemudahan simpanan sisa (RSF) telah direkabentuk untuk penyimpanan kekal.  Malaysia sudah mempunyai keupayaan untuk melupuskan sisa merbahaya industri ini sejak 1995 lagi melalui sebuah anak syarikat Kumpulan UEM di Negeri Sembilan.

9. Lynas menghasilkan 32,000 tan sisa setahun dengan kadar thorium sebanyak 0.165% setahun.

Fakta ini jelas mengelirukan seolahnya Lynas menghasilkan 50 tan thorium setahun.  Hakikatnya Lynas tidak sama sekali mengekstrak thorium mahupun memekatkannya. Walaupun jumlah residue adalah besar, kepekatan thorium tetap sama kerana Lynas tidak memekatkan bahan tersebut.

10. Standard China digunakan untuk mengisytiharkan sisa sebagai bahan radioaktif

Ini juga satu pembohongan kerana salah satu sebab produk nadir bumi China menghadapi kesukaran menembusi pasaran EU ialah kerana standard yang diguna pakai tidak memenuhi standard antarabangsa.  Kilang Lynas di Malaysia menggunakan standard Malaysia yang jauh lebih ketat daripada standard ditetapkan oleh badan antarabangsa seperti IAEA.

11. Mengikut undang-undang Australia, sisa perlu dikembalikan ke lombong

Undang-undang seperti ini tiada di Australia kerana undang-undang negara tersebut hanya menghendaki sisa disimpan di tempat simpanan selamat  yang dibina mengikut undang-undang Australia, bukan dikembalikan ke lombong seperti mana dakwaan pembangkang di Malaysia.

Isu yang dimainkan jelas tidak layak untuk dibicarakan oleh mereka yang bukan ahli dan ini diakui sendiri oleh pakar nuklear dari PAS, YB Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).


GR kata: Tinggi betul ilmu Si Fuziah ni yer sampai tak boleh bezakan rare earth dengan nuklear...

1 comment:

  1. semua yang diperkatakan dianggap salah dan menyeleweng, tetapi jika diteliti daripada fakta yang diberikan ternyata kesemuanya akan berlaku jika penyelenggaraannya tidak cekap atau kurang teliti. Dapatkah mereka yang bertanggungjawab dapat menentukan semua kerja-kerja yang dijalankan berjalan seperti yang ditulis atau dirancang?

    ReplyDelete