Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke tiga daerah di Kelantan.
Perdana Menteri tiba jam 9.25 pagi sebelum menaiki helikopter untuk menghadiri majlis ramah mesra bersama anggota tentera Rejimen Sempadan dan keluarga mereka di Batu Melintang, Jeli, selain menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.
Sambutan diberikan rakyat Kelantan sangat baik
Di Pasir Mas, beliau akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Hutan Chengal, dan menemui pengetua dan guru-guru di kawasan Parlimen berkenaan serta menghadiri jamuan rakyat di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas.
Seterusnya, Perdana Menteri akan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan ramah mesra bersama profesional Kelantan di Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu.
Pada sebelah malam, Najib dijadual menghadiri majlis bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional negeri sebelum pulang ke Kuala Lumpur. – Bernama
GR kata: Mohon pemimpin-pemimpin BN Kelantan bekerja keras memastikan kemenangan BN di Kelantan pada PRU-13 nanti. Selesaikan masalah yang dihadapi rakyat Kelantan selama ini...
No comments:
Post a Comment