Saturday, March 3, 2012

APA NAK JADI DENGAN PEMIMPIN SEKARANG??


Pepatah Melayu mengatakan "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua"...

GR nyatakan di sini kepada semua pemimpin baik dalam BN mahu pun PR jadikanlah ini sebagai pengajaran kerana sebagai pemimpin kita perlu tunjukkan contoh yang terbaik kepada rakyat. Tiada berat sebelah dalam sistem kehakiman negara kita seperti yang dicanang satu Malaya oleh sorang pemimpin yang 'syok sendiri' tu, tak perlulah GR sebutkan siapa..pembaca sekalian semua dah tau kan...

Cuma GR kesal dengan apa yang terjadi sejak kebelakangan ini, beberapa pemimpin UMNO/BN yang terlibat dengan kes rasuah atau pun salah gunakuasa. Kenapakah perkara sebegini boleh terjadi?? Adakah ingin mengejar kekayaan yang cepat perlu buat sesuatu untuk dapatkan sesuatu?? Janganlah begitu kerana anda adalah tempat rakyat mengadu nasib dan masalah...Anda jugalah yang akan menyelesaikan masalah.

Dalam kes sebegini, GR tahu bahawa MP Sabak Bernam ini seorang yang kuat bekerja, tak kira masa dan ketika sentiasa turun padang demi mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat khususnya masyarakat di Sabak Bernam. Pelbagai pembangunan dinaikkan dan masalah rakyat diselesaikan sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Sabak Bernam. Rakyat Sabak Bernam juga berasa selesa apabila berkomunikasi dengan beliau yang sentiasa merendah diri dan tidak sombong. Mungkin disebabkan kesilapan beliau yang lalu inilah dugaan yang beliau perlu hadapi.

Jawatan yang beliau sandang juga akan hilang dalam sekelip mata. Baca kenyataan di bawah:
Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan rasuah empat tahun lepas akan hilang jawatan yang disandangnya dalam Umno.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Abdul Rahman bagaimanapun masih belum hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana kes itu masih dalam proses rayuan.

"Seperti mana kita tahu ada kes yang mana Mahkamah Rayuan telah membebaskan (tertuduh)...jadi kita tak boleh andaikan apa yang akan berlaku nanti.

"Jadi setakat ini (Abdul Rahman) masih kekal sebagai Ahli Parlimen sampai pilihan raya, selepas itu kita lihatlah bagaimana," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Najib ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama profesional Kelantan sempena lawatan seharinya ke Kelantan hari ini. Abdul Rahman merupakan Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam.

Semalam, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 setelah memutuskan Abdul Rahman didapati bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu melibatkan RM80,000 ketika menjadi Anggota Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lepas.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM50,000 atau penjara setahun jika Abdul Rahman gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997
dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Hakim bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu ditangguhkan sehingga rayuan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. - Bernama

GR kata: Bila puak-puak Pakatan Rakyat 'kaut sana sini' naik mahkamah yer???

No comments:

Post a Comment