Monday, May 21, 2018

PROJEK ECRL JUAL MARUAH NEGARA, BERKENAAN GST? #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih


Pasca PRU14 telah pun berlalu. Ada yang mengatakan ianya melakar sejarah hitam buat negara. Apakah rakyat memberikan mandat baru untuk melihat sesuatu yang baru buat negara mendatangkan hasil atau sebaliknya?

Kenapa Projek ECRL Tidak dikenakan GST?

1. Tawaran pinjaman yg dikenakan syarikat China adalah paling rendah di dunia berbanding tawaran syarikat lain. Bagi pinjaman 85% dr nilai projek & tempoh bayar balik lepas 7 tahun (faedah dikenakan paling rendah di dunia).

2. Logiknya projek mega ini usaha sama China-Msia. Tawaran kemudah faedah pinjaman terendah. CCCC dibuat selepas Kastam ambil kira faktor faedah pinjaman yg ditawarkan adalah lebih baik dr kos GST. Jadi syarikat tersebut tidak dibenarkan menuntut refund GST.

3. Projek ECRL ni, customer sebenar adalah Kerajaan Malaysia. Kalau kutip GST, maknanya Kerajaan adalah pembayarnya & byr balik pd Kerajaan. Sebabnya prinsip GST/VAT adalah pengguna terakhir atau pengguna yang memerlukan untuk membayar sepenuhnya GST/VAT. Pihak ketiga dlm sistem perbekalan tersebut boleh menuntut kembali cukai dikenakan terhadap mereka daripada Kastam, namun sebaliknya pengguna terakhir pula tidak boleh menuntut kembali GST/VAT.



4. Tak macam projek kerajaan lain, projek ini dibiayai menerusi pinjaman mudah dari luar negara. Maka usaha memasukkan GST akan menyebabkan jumlah keseluruhan pinjaman & faedah boleh meningkat. Jika kos projek termasuk GST ialah RM55 bilion akan meningkat kpd RM58.3 bilion. Yang perlu dipinjam pun naik RM3.3 bilion, akhirnya RM3.3 bilion ini akan dikutip balik kerajaan dalam bentuk GST selepas projek tamat.

5. Soalan saya: Kenapa Tun M nak teruskan projek ni dgn China? Sbb keuntungan baik pd rakyat & negara. Simple things.

Tapi jgnlah pusing fakta..kos keseluruhan projek RM55 bilion...bukannya RM66 bilion siap ada fasa 1 fasa 2. Makna keseluruhannya tu fahamkan??

GR kata: Nasi dah jadi bubur..terima jerk apa dah jadi. Sepatutnya Kerajaan terangkan bagi rakyat faham...bukannya ikut rentak orang lain, maki sana sini.

2 comments:

  1. Tun Daim ni tak boleh dipercayai

    Kenapa dia dilantik dalam majlis penasihat

    Cara dia bercakap hanyalah mengelirukan rakyat..

    Dia kata rating antarabangsa tak penting....apa yg dia mengarut ni!!!

    Dulu dia kata GST bagus...sekarang membisu dan kata SST pulak yg bagus..

    Manusia macam ni ni ke yg Tun M ambil sebagai penasihat????

    Tunggulah kehancuran dan carca marba pentadbiran PH yg akan mendatang..

    ReplyDelete
  2. Selama 12 hari Tun M memerintah seorang diri
    Semua keputusan dia buat sendiri...tak ada kabinet
    Keputusan tak dibincang diperingkat kabinet
    Ketua pengarah SPRM pun dia yg lantik....dulu kata ketua SPRM perlu dilantik melalui parlimen
    Panel penyiasat 1MDB pun di pilih oleh Tun M sendiri selepas dia interview dan bersemuka dengan semua org2 tersebut...di mana ketelusannya???
    3 orang (Zety, Ketua SPRM dan Gani patail) yg dikatakan bersubahat dengan Tun M dulu untuk menjatuhkan Najb , sekarang dipilih pula untuk menyiasat 1MDB....dimana ketelusannya???

    Apa nak jadi dengan bidang kehakiman dan perundangan..semuanya seperti macam telah dirancang dan keputusan pun macam telah ada...





    ReplyDelete