Sudah hampir 3 minggu PRU14 berlalu yang mana telah melakar sejarah negara buat pertama kalinya Barisan Nasional tersungkur jatuh dari kuasanya menjadi Kerajaan Persekutuan sejak 1970an PRU diadakan selepas Parti Perikatan diharamkan. Apakah ini menjadi simbolik bahawa rakyat masih memerlukan Tun Mahathir sebagai 'penyelamat' mereka atau rakyat terpedaya dengan omong kosong yang masih bercelaru dari Kerajaan Pakatan Harapan?
Adakah kita semua suka dengan laporan media yang dikeluarkan oleh PH sekarang ini di TV, newspaper dan social media...kebanyakkannya dengan keburukan yang dilakukan oleh pemimpin dan Kerajaan dahulu (BN). Di manakah sikap gentleman mereka tidak kiralah peralihan kuasa jatuh pada siapa, pentadbiran negara harus dijalankan dengan penuh bijaksana. Mengotakan apa yang dijanjikan pada rakyat harus dilaksanakan.
Selaku kerajaan baru, sudah pasti mereka akan diperhatikan. Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, pemimpin mereka kata Esok harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun-turun.
Mereka juga isytihar GST akan dihapuskan tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST 0%. Ada 99 barangan yang telah naik harga. GR kongsikan pendapat dari ikon hartanah mengenai GST untuk penilaian kita, bukannya percaya bulat-bulat dari sebelah pihak. Otak kena berkembang sedikit yer:
KENAPA KITA DAN RAMAI PENIAGA CUKUP BENCI GST? SUKA PADA SST?
Salam semua, baru baru ni saya ditemuramah dan ditanya pandangan saya mengenai GST. Saya mulakan temuramah tersebut dgn ayat :
"Saya tak suka GST, tapi saya setuju yang GST kena ada.”
GST ni adalah sejenis consumption tax, yang mana kita akan kena bayar GST bila kita berbelanja di luar. Dan seperti yang semua maklum, kadar GST sebenar cuma 6%. Tapi kenapa kita rasa yang kenaikan harga barang dan makanan naik jauh lebih banyak dari kadar GST 6%? Sebab utama kenapa kenaikan harga barang dan makanan yang telah diproses naik lebih banyak dari 6% semenjak GST dilaksanakan adalah :
1. Compliance kos ( sistem dan tenaga kerja ) - Disebabkan pelaksanaan GST, majoriti bisnes kena berbelanja minima RM30,000 setahun untuk pastikan mereka boleh laksanakan GST, kalau tak kena bayar denda dgn kastam. So majoriti peniaga pilih untuk naikkan harga produk mereka dan mereka naikkan lebih dari 6% untuk cover kos ini.
2. Cukai - Sistem GST kita, hari ni ada link dgn sistem cukai kita di LHDN. So maksudnya, sangat susah untuk peniaga untuk tidak declare cukai atau cakap mereka tak buat untung untuk terus kelentong LHDN. Ada segelintiri peniaga yang dulunya lari dari bayar cukai, hari ni tak boleh lari dari bayar cukai. Peniaga begini boleh tukar kereta beratus ribu setiap 2-3 tahun, ambil BRIM lagi, dan declare rugi tiap tiap tahun. Hari ni, dah sgt susah untuk mereka buat begitu sebab kastam akan kongsi dgn LHDN berapa sebenarnya sales mereka. So mereka yang dulunya untung beratus ribu dan berjuta tiap tiap tahun, tapi adjust cukai mereka atau tak bayar langsung, tetiba kena bayar cukai berlambak. Jadi mereka naikkan harga jualan mereka, sebab mereka sekarang dah tak boleh lari dari cukai. Dan bila tanya mereka, mereka akan jawab, ini semua salah GST. Ini bagi saya, adalah punca utama kenapa kenaikan harga lebih dari 10%.
3. Kejatuhan ringgit (2015-2017) - Semenjak tahun 2015, RM pernah jatuh +- 30% berbanding USD dan SGD. So majoriti barang import yang dijual di Malaysia, dinaikkan harga sebab nak tampung kos import yang dah naik 20%-30%. Tapi hari ni, RM dah naik 10%-15% berbanding USD dan SGD. Ada tak harga barang jatuh bila RM dah naik balik ni? Takde kan? Sebab peniaga pilih untuk kekalkan harga dan mereka boleh untung 10%-15% atas angin. Dan siapa yang mereka salahkan? Yes, sekali lagi GST.
Tiga sebab diatas, adalah punca kenapa harga barang naik melebihi 6% bila GST dilaksanakan. GST yang saya dan syarikat-syarikat saya bayar, tahun ni patut RM800,000 hingga ke RM1juta. Memang la saya tak suka GST, dan bohong la kalau saya cakap saya enjoy bayar GST hampir sejuta, terutamanya sebab nak kena caj student dan klien. Tapi kami fokus kepada apa extra yang kami boleh berikan kepada pelanggan. Tahun lepas MEB harganya RM499 untuk SEHARI, sekarang kita naikkan harga ke RM599 tapi dapat SETAHUN coaching. Dulu tiada product murah bawah seratus, hari ni orang boleh belajar dari saya 4 kali sebulan serendah RM30 sebulan saja. GST, kami telan/abosrb sendiri. Saya fokus untuk tambah nilai kepada pelanggan dari bebankan mereka. Boleh je kalau betul nak buat. Alhamdulillah, hari ini bisnes-bisnes saya masih okay, boleh gajikan lebih 80 orang Malaysia pelbagai kaum.
Kenapa saya buat post ini? Sebab saya 99.99% pasti yang GST akan KEKAL tak kira la siapa yang memerintah. Semua kerajaan ( tak kira pembangkang atau bukan) nak tahu mana peniaga-peniaga yang tak/kurang bayar cukai mereka, dan sistem GST ini adalah cara paling senang untuk mereka tahu peniaga mana yang tak bayar cukai. Dan orang berada dan berduit eventually akan bayar GST paling banyak, so GST adalah sistem cukai yang adil. Orang yang beli Lambo atau Ferrari akan bayar lebih banyak GST berbanding orang yang beli Toyota atau Perodua. So tak kira siapa yang menang 9 May nanti, GST akan kekal, akan jadi lebih efisen, dan kita semua akan masih kena bayar GST.
Ada orang berpendapat yang sistem GST ni dibuat untuk support korupsi dan digunakan untuk songlap duit. Tapi, kalau betul GST ni sistem percukain yang teruk dan korup, kenapa lebih 150 negara gunakan sistem GST ni? Singapura ada GST 7%, UK ada VAT sampai 20%, adakah ini bermakna pemimpin mereka lebih korup dari pemimpin kita?
Kepada rakan rakan saya yang berniaga, GST is here to stay. Kita kena usaha tambah nilai kaw-kaw kalau kita nak kekal relevan dalam bisnes. Otherwise, we are gone. Dan tak guna lari cukai, sebab GST akan buat semua sales kita transparent. Baik declare betul betul, bayar apa yang patut bayar, dan guna cukai kita untuk mula beli aset pelaburan ( kedai, tanah , hartanah etc)
Untuk pembeli atau konsumer, anda saya sarankan anda boikot sahaja perniagaan yang menaikkan harga melampau dengan menggunakan GST sebagai alasan. Kalau mereka cakap kejatuhan ringgit merupakan punca kenaikan harga, suruh mereka turunkan harga hari ni sebab RM dah naik 10%-15% berbanding banyak matawang lain. Kalau mereka tak buat, kuasa membeli ditangan anda. Jangan kena tipu lagi bila mereka cakap GST merupakan sebab kenapa harga “terpaksa” dinaikkan. Hari ni banyak pemaju telan kos GST, sebab pasaran hartanah tgh sendu. Dulu cakap mustahil mereka boleh absorb, hari ni boleh je pulak? So kalau anda nak berikan mesej kepada peniaga-peniaga tamak ni, berhenti je membeli dari mereka dan kita sokong mereka yang tak ambil kesempatan naikkan harga sebab GST.
Begitu juga kalau kita lihat PTPTN, apabila mereka kata berpendapatan RM4 ribu ke bawah tidak perlu bayar maka situasi untuk pembiayaan semula melalui PTPTN tidak dapat dilaksanakan. Adakah penangguhan bayaran PTPTN sehingga gaji RM4,000 tiada sebarang penalti/interest dikenakan kepada peminjam? Lari jauh sangat dengan Manifesto PH yang mahu berikan pendidikan percuma pada golongan anak muda - seperti yang Syed Saddiq nyatakan ini ⇨⇨ KLIK SINI
Tun M juga mengatakan hutang negara mencecah RM1 trilion (sebelum PRU14 - dalam siri kempen pun sama), tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion selepas diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng minggu lepas. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya domestic debt iaitu pinjaman dalam negara…ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara.
Yang paling menakjubkan seseorang yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun pun boleh terkeliru antara dua hutang tersebut. Sudahlah sendiri keliru, lepas tu mengelirukan orang lain pula. Adakah beliau sudah ada simtem2 nyanyok? Setiap kali dalam ucapan beliau sering kali menyatakan umur beliau. Hehehe ;)
Tun M sering kali menyatakan dan menyerang Najib dan Kerajaan BN tentang kewangan negara seperti bajet 2017, kerajaan dah tiada duit, hospital tak ada ubat, sekolah tak ada peruntukan, cukai GST membebankan rakyat dan tidak menguntungkan kerajaan dan macam-macam tuduhan yang dikitar semula daripada pengikut-pengikut beliau seperti Syed Saddiq, Kadir Jasin, Rafizi Ramli, Tony Pua dan lain-lain secara konsisten.
GR tidak pasti sama ada Tun M tahu atau betul-betul tak tahu beza antara hutang kerajaan yang sebenarnya berjumlah RM686.8 billion dengan hutang luar yang berjumlah keseluruhan RM848.24 billion - RM1 Trilion atau beliau memang sengaja memilih angka yang lebih besar untuk membangkitkan kemarahan masyarakat terhadap Kerajaan?
Disebabkan ketelanjuran beliaulah ramai pelabur-pelabur telah menarik diri akibat takut dengan jumlah angka yang Perdana Menteri nyatakan. Sudah pasti mereka mempercayai laporan yang dinyatakan kerana ianya keluar dari mulut seorang pemimpin nombor satu negara. Pelabur-pelabur sudah pasti kurang keyakinan kepada negara dengan pentadbiran baru jika melabur adakah mereka akan mendapat pulangan dan juga kebaikkan untuk negara. Kerana mulut badan binasa!!
Besar bezanya antara hutang kerajaan dan hutang luar negara dan untuk kebanyakan masyarakat mungkin mereka tak boleh membezakan antara keduanya tetapi untuk seseorang yang sudah berdekad-dekad menjadi anggota pentadbiran kerajaan, beliau sepatutnya lebih arif dan tahu daripada orang lain.
Secara ringkas hutang kerajaan adalah hutang yang diterbitkan oleh kerajaan dalam bentuk bon dan sukuk untuk membiayai perbelanjaan pembangunan kerajaan setiap tahun.
Hutang luar pula merangkumi hutang kerajaan yang dimiliki oleh pelabur luar Malaysia, hutang swasta kepada bank-bank di luar negara, deposit oleh orang luar negara di dalam Malaysia, nota-nota perdagangan oleh pihak luar dan macam macam lagi.
Jika pelabur dari luar negara melabur di dalam bon kerajaan, ia akan dikira sebagai hutang luar negara, jika ada syarikat-syarikat tempatan yang meminjam daripada bank-bank luar negara, ia akan dikira sebagai hutang luar negara, jika ada orang luar negara yang menyimpan/mendeposit wang di dalam bank-bank tempatan di dalam Malaysia, ia juga akan dikira sebagai sebahagian daripada hutang luar negara.
Sebelum pendefinisian semula hutang luar negara, hanya hutang-hutang di dalam matawang asing sahaja yang dikira sebagai hutang luar negara tetapi selepas Bank Negara mendefinisikan semula mengikut syor IMF, hutang di dalam Ringgit Malaysia yang dimiliki pelabur asing juga dikira sebagai hutang luar negara dan termasuklah deposit-deposit oleh orang asing yang menyimpan wang di dalam bank-bank di Malaysia.
Perkara ini telah pun dijelaskan oleh Bank Negara di dalam Laporan Suku Tahunan Pertama 2014 seperti berikut: ⇨⇨ KLIK SINI LAPORAN PENUH
Selaku bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sudah pasti mempunyai akses kepada pegawai-pegawai di dalam Bank Negara dan boleh meminta mereka menjelaskan berkenaan kenaikan jumlah hutang luar negara yang mendadak dua tahun yang lepas. Malang bagi rakyat Malaysia apabila ada bekas PM yang menyebarkan berita dan fakta palsu seperti ini dan lebih malang apabila ramai yang mempercayai beliau. Sehingga sekarang pun pentadbiran Kerajaan masih tidak kukuh dan banyak bergantung kepada 'Council Of Elders'. Kita doakanlah yang terbaik supaya Malaysia terus dipersada dunia dan tidak tergadai.
Apa pun ianya telah berlalu, kita sebagai rakyat sekarang seharusnya bijak menilai antara satu sama lain. Jika sebelum ini kita lahir dan hidup dalam pemerintahan Kerajaan BN, kenikmatan yang Allah berikan pada kita adakah kita mensyukuri nikmat yang diberikan atau sebaliknya.
Kepada Barisan Nasional bertindak sebagai pembangkang yang efektif. Sememangnya pahit kerana BN tidak bersedia menjadi Pembangkang dan Pakatan Harapan juga tidak bersedia menjadi Kerajaan. Bertindak dengan mengikut akal fikiran bukannya nafsu seperti mereka yang di dalam Kerajaan (masih terbawa-bawa sebagai pembangkang). Perbaiki segala salah silap dari semua aspek yang sebelum ini menjadi buah muluh rakyat di bawah ini. Mereka bukannya menghukum BN atas sebab parti telah lama memerintah, tetapi sikap pemimpin-pemimpin dan orang sekeliling pemimpin yang mengamalkan Protokol Tak Bertempat. Rakyat memilih pemimpin untuk berkhidmat pada mereka, bukannya rakyat berkhidmat pada pemimpin.
Pada pihak berkuasa PDRM dan SPRM, laksanakan tugas dengan penuh telus dan adil. Jika benar badan ini bertindak atas undang-undang dan tiada campur tangan ghaib dalam menjalankan tugas..BUKTIKAN LAH!!
GR tak nak rakyat terperangkap sekali lagi dlm keghairahan skandal politik pemimpin. Bimbang jadi mcm kes yang lepas-lepas. Heboh negara pasal salahlaku sek dan liwat. Setiap malam berita tersebut disogokkan kepada rakyat di akhbar dan TV. Siap usung tilam ke Mahkamah. Rakyat terpaksa mendengar taklimat pakar DNA, walaupun rakyat tak faham istilah dan kod-kod DNA ygang disyarahkan. Tiba-tiba kes tersebut hilang dengan sebuah jampi kesucian, mereka berbaik semula bagaikan seperti sebuah perkenalan yang baharu.
Di satu pihak pula rakyat diajak bersama mempertahankan sebuah keadilan dan menentang kezaliman. Lalu berdemonstrsilah rakyat membela mangsa mata lebam. Merah mata rakyat bermandikan semburan water Canon di Masjid Jamek, Jalan Tunku Abd Rahman dan Dataran Merdeka. Tiba-tiba datang kalimat "itu hanyalah luka kecil". Rakyat terpaku. Lalu mereka diminta pula menjulang org yg dahulunya dikatakan zalim itu kepersada kuasa.
Rakyat sudah letih,penat dan bosan. Kalau filem Hindustan, bila ketua penjahat dah berjaya dikalahkan dan jatuh dari kereta api, maka tamatlah ceritanya. Tapi filem melayu ini lebih hebat. Yang jatuh jambatan dan kena lenyek dengan lori balak pun boleh hidup balik dan mendakwa 'Hero' ke mahkamah.
GR yakin rakyat sedang bersemangat ingin tahu pendedahan penyelewengan harta negara yang masih belum selesai. Antaranya isu Marminco (1980 an) melibatkan kerugian RM1.5 bilion. BMF RM 2.5 bilion. Perwaja Steel RM10 bilion. Pertukaran Mata Wang asing (1990 an) kerugian RM30 bilion. MAS RM9.4 bilion. PKFZ (tahun 2000) terlebih kos RM12.5 bilion. Kes rasuah pemimpin DAP yang masih dalam prosiding mahkamah - semua ini mesti diteruskan. Barulah nampak tidak ada berat sebelah antara dua pihak.
Adios!!
GR kata: Waktu solat Subuh di masjid, Imam terkentut ketika sedang mengimamkan Solat. Semua jemaah secara majoriti menggesa semua kepimpinan masjid mahu Imam semua AJK letak jawatan. So masjid akan dapat kepimpinan baru. Persoalannya, manusia mana yang tak terkentut dan boleh tahan kentut? Janganlah terburu-buru membuat keputusan hanya kerana seorang Imam terkentut...
No comments:
Post a Comment