Saturday, June 7, 2014
WAJIB BACA: PUISI MELAYU YANG MENYENTUH JIWA!!
Melayu Mundur Kerana Melayu - (Dr Shukri Abdullah)
Memang mudah tuding jari kepada DAP
Memang senang tuduh MCA atau MIC
Betul ke Cina dan India yang menyebabkan Melayu mundur ?
Melayu alpa. Melayu merempit.
Melayu ambil dadah. Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.
Di dewan - konsert, di padang - konsert,
Di staudium - konset, di TV - konsert.
Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Bintang Tua !
Angkara Cina dan India kah semua tu ?
Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.
Dalam sektor swasta mereka kuasai.
Sukar anak Melayu nak naik pangkat.
Dunia perniagaan mereka control.
Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.
Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.
Tetapi Melayu juga ada diskriminasi Cina dan India !!
Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.
Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.
Hingga kini bukan saja remaja Melayu
Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan
Barangkali tok dan tok wan Melayu juga!
Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.
Pun bergencok. Pun berlenggang. Pun lupa diri.
Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.
Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.
Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,
Salah Cina dan India lagi ????
Siapa perintah negara setakat ini .... Cina dan India?
Siapa kesemua PM setakat ini .... Cina dan India?
Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini ... Cina dan India?
Siapa semua wakil rakyat yang ada..Cina dan India??
Siapa majoriti ketua-ketua jabatan setakat ini ... Cina dan India ?
Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini ... Cina dan India ?
SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.
Perbaiki bangsa kita. Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita. Perbaiki pelajar kita.
Dengan menoleh ke dalam diri kita,
Dengan muhasabah kesilapan kita,
Dengan ikhlas dengan kekurangan kita,
Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.
Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.
Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !
Lihat dalam Islam ...
Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.
Kan berkemundang "Haiyya Alal Falah"
Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah ... 5 kali sehari.
Mari berjaya. Come to success.
Tetapi "Haiyya Alal Falah" didahului dengan "Hayya Alal Solah"
Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.
Mari bersolat, mari berjaya.
Come to solat, come to success.
Rumusan:
Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan kealpaan bangsa sendiri.
Muhasabah bangsa sendiri.
Apabila kita asyik tuduh Cina dan India. Kita tambah dengan Kadazan dan Iban.
Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.
Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi.
Mari kita sama-sama cari jalan keluar.
Ayuh Melayu ... sama-sama fikir, sama-sama renung.
Sama-sama bertindak dengan bijaksana. Bukan emosi tak tentu hala!!
GR kata: Ada yang dah sedar diri ker??
Thursday, June 5, 2014
YTL FRANCIS YEOH BERAPA BANYAK LAGI DUIT KERAJAAN YANG KAU NAK SEBAT?
Kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corporation Bhd. (YTL), Tan Sri Dr. Francis Yeoh yang mahu Malaysia bebas daripada halangan kapitalisme kroni dan isu perkauman atau retorik agama disifatkan sebagai kenyataan orang yang bercakap besar.
Perkara itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang turut melihat desakan itu sebagai angkuh serta seolah-olah tiada kesungguhan kerajaan untuk memerangi amalan rasuah dan kronisme.
Malah ujar beliau, apa yang menjadi masalah adalah terdapat syarikat gergasi yang menjadi 'duri dalam daging' kerana penghalang besar kepada usaha murni kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan integriti.
Memang ada syarikat gergasi tidak perlu menemui Perdana Menteri untuk melobi sesuatu projek seperti yang beliau (Francis) dakwa. Tetapi apa yang berlaku ialah ada syarikat besar ini merasuah pegawai-pegawai bertanggungjawab membuat keputusan tender.
Mereka membina empayar di kementerian tertentu dan mewujudkan mafia di dalamnya. Sebab itu YTL tak perlu cakap besar," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Francis yang berkata syarikatnya tidak mengamalkan unsur-unsur negatif sejak dulu dan buktinya 85 peratus daripada perniagaan YTL adalah di luar negara.
Dalam majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia di sini semalam, Francis dilaporkan berkata, Malaysia perlu segera bebas daripada halangan-halangan seperti kapitalisme kroni dan isu perkauman atau retorik agama jika mahu terus bersaing dan masyhur di peringkat global.
Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Mohd. Puad berkata, YTL mesti bersedia mendedahkan bagaimana syarikat itu mendapat tender penjana tenaga bebas (IPP) sehingga mengaut keuntungan besar jika benar mereka memperoleh projek mega menerusi merit.
Katanya, Kumpulan YTL perlu telus untuk membenarkan kerajaan menyemak semula perjanjian IPP yang dikatakan berat sebelah dan merugikan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Katanya, syarikat itu juga didesak mengamalkan cakap serupa bikin terutama dalam isu kaum seperti dibangkitkan Francis.
Sejauh mana Kumpulan YTL bersikap adil memberi pekerjaan kepada graduan Melayu di syarikat mereka termasuk memberikan kerja-kerja kontrak kepada kontraktor Melayu," katanya.
Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap kenyataan yang dibuat oleh Francis berhubung isu kapitalisme kroni di negara ini.
Exco Pergerakan itu, Armand Azha Abu Hanifah berkata, kenyataan Francis adalah sesuatu yang serius membabitkan kredibiliti banyak pihak apabila membandingkan perniagaan Malaysia dengan beberapa luar negara yang disifatkannya tidak bertolak ansur terhadap rasuah.
Semua kontrak yang dianugerahkan kepada syarikat berkenaan perlu dikaji semula untuk memastikan tiada amalan kapitalisme kroni. Jika didapati amalan itu berlaku, maka kontrak yang dianugerahkan mesti ditamatkan serta-merta," katanya.
Armand Azha berkata, Kumpulan YTL seharusnya bersyukur kerana merupakan antara penerima konsesi IPP, kontrak dan projek utama daripada kerajaan. - Utusan
GR kata: Sudah tiba masanya Melayu jadi jutawan.
CADBURY PUNYA PASAL, BABI YANG JADI MELETOP DAPAT NAMA! @KKMPutrajaya @JakimOfficial @NajibRazak
Kemelut coklat Cadbury bermula apabila tersebar foto 2 dokumen makmal Kementerian Kesihatan yang mengesahkan 2 produk coklat Cadbury iaitu coklat kacang hazel batch pengeluaran 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat kacang almond batch pengeluaran 221013N01RI1 bertarikh luput 15 Jan 2015 di katakan mengandungi lemak porcine iaitu lemak babi.
Ianya kemudian disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut mengesahkan 3 sampel telah diuji KKM dan sampel ke 3 coklat cadbury tanpa kacang bebas dari porcine.
Persoalan yang timbul ialah :
Kalau betul Cadbury menggunakan lemak porcine dalam sebatian coklatnya sebagai pengawet kenapa sampel ke 3 iaitu coklat tanpa kacang dikesan tiada mengandungi porcine? Adakah porcine tersebut datang dari kacang hazel dan almond? Sudah tentu tidak, kerana porcine adalah salah satu sebatian dalam coklat.
Di sini dapatlah dilihat agenda tersirat disebalik kemelut coklat Cadbury ini.
Mungkinkah ada pihak-pihak tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut di hasilkan.
Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah syarikat milik Melayu di mana pemegang-pemegang saham terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Felda. Ianya juga diuruskan oleh pekerja-pekerja Melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah ke pengeluaran.
Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam menyerang produk keluaran bangsa mereka sendiri. Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap dalam permainan ini. Kedua-dua NGO ini yang sebelum in begitu lantang mengajak kita memboikot produk kaum Cina kini menyerang syarikat milik Bumiputra.
Setelah berjaya melaga-lagakan Melayu dipentas politik, fasa seterusnya ialah melaga-lagakan kita di pentas ekonomi pula.
Dan nampaknya seperti sebelum ini misi mereka berjaya. Kita terus bertelagah sesama kita saling menuding jari. Retak yang tiada siapa peduli kini menanti bila-bila masa sahaja akan terbelah.
Benarlah pesanan nenek moyang kita dahulu: "Menang sorak kampung tergadai"
GR kata: Ada otak letak kat mana ntah??
Wednesday, June 4, 2014
WAJIB BACA: ARTIKEL MANTAP DEMI PERJUANGAN ISLAM DAN MELAYU!
Melayu mudah lupa, Melayu kuat berdengki, Melayu sudah berpecah dan tidak bersatu..apa lagi yang boleh dikategorikan pasal Melayu nie?
Adakah benar takkan hilang Melayu di dunia??
GR sarankan bacalah artikel menarik ini. KLIK DI SINI
GR kata: Islam agama yang suci
Monday, June 2, 2014
KALAU SAYANG, KENAPA AIBKAN SUAMI SENDIRI WAHAI OSTAJAH ABBY??
Inilah manusia habis madu sepah dibuang...siapa yang buang siapa ek?? Dah lama kita tak dengar cerita ostajah PAS yang kononnya hot nie kan. Akhirnya keluarlah al kisah peribadinya yang boleh menaikkan populariti dirinya. Korang fikir sama tak dengan yang GR fikirkan??
Mungkin ramai yang bersependapat dengan GR, kenapa baru sekarang ostajah nie mempertikaikan alam perkahwinannya. Bukankah dulu masa tujuan mereka berkahwin untuk mengelakkan maksiat, memang betul langkah yang diambil. Tak kiralah majlisnya diadakan di mana sekali pun yang penting urusannya betul. Kalau betul lahkan ostajah oii...
Macam-macam versi yang GR dengar dan baca pasal ostajah yang dah tak laku nie. Kenapa alasan suami muda dan tak matang tu dijadikan punca anda mahu bercerai wahai ostajah pencen? Kalau tak matang takkan si suami setuju dan sedia untuk melangsungkan perkahwinan dengan ostajah nie kan.
Pada ostajah Abby, usahlah cuba untuk membuka keaiban si suami tue. Kalau rasa diri tu matang apa kata berbincanglah dengan cara yang terbaik kerana itu yang digalakkan dalam Islam. Kalau rasa diri sendiri betul kenapa perkahwinan tak pernahnya kekal. Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W dan perintah Allah S.W.T pasti kita berjaya dunia akhirat.
GR doakan semoga ikatan perkahwinan ostajah pencen nie dengan suaminya terus terjalin dan hindar dari perkara yang tidak baik. Kukuhkanlah masjid yang telah mereka bina hingga ke Syurga. Jangan asyik nak politik jer, rumahtangga pun kena jaga jugakkan.
KUALA LUMPUR: Rentetan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dilakukan pelakon Abby Abadi terhadap suaminya Muhammad Noor Farhan pada Khamis, pelakon tersebut akui masih menyayanginya suaminya itu.
Menurut Abby dia tidak mahu hubungan mereka berakhir dan menyerahkan semuanya pada kuasa Allah. Dia turut menyifatkan hubungan mereka di tahap yang sukar kerana tiada usaha dari Farhan. Malah dia juga sedar, kemungkinan bercinta selepas berkahwin adalah juga salah satu punca keretakan rumahtangga mereka.
“Saya sayang sangat dengan dia, tapi saya tak nampak jalannya. Jadi pada siapa-siapa di luar sana yang sudah berkahwin dan kalau bergaduh janganlah berpisah.
“Saya tidak tahu pendirian dia. Kami kenal pun selepas kahwinkan? Jadi dalam masa 10 bulan perkahwinan itu, masih banyak lagi yang saya tidak tahu tentang dia. Begitu juga dia yang tak faham dengan saya. Kalaulah ditakdirkan tidak ada jodoh lagi…saya pun saya pun tidak mahu bebankan hidup dia.
"Kalau boleh jika perkara ini berlaku pada orang lain, janganlah tinggal begitu sahaja. Sebab saya rasa sedikit teraniaya. Saya akan terus berusaha semampunya. Saya pun tidak pasti apa yang saya boleh buat selepas ini. Kalau nampak dia dah terlalu tidak mahu, saya pun tidak mahu memaksa.
“Saya cuba untuk betulkan keadaan apa lah daya saya kalau dah takdir berakhir begini. Saya mengharapkan doa dari orang lain sebab saya tahu bukan saya seorang sahaja yang sayangkan hubungan ini,” kata Abby kepada wartawan ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Kata Abby lagi, jarak umur yang jauh dan respon kurang matang oleh Farhan antara sebab keruntuhan rumahtangga mereka.
Selain itu Farhan juga tidak pulang ke rumah selama 3 minggu selepas berselisih faham dan tidak berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka.
“Dia terlalu muda untuk diletakkan bersama saya, itu yang saya rasa. Pada saya ketika saya berusia semuda dia, banyak perkara lagi yang saya tak faham. Saya juga nampak lelaki ni lambat matang kan?”,ujarnya.
Bagaimanapun Farhan tidak memberi sebarang komen kepada wartawan. Abby dan Farhan berkahwin pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand yang kemudian disahkan di Kelantan.
Abby juga pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim sebelum bercerai pada tahun 2008. Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak sepanjang tempoh perkahwinan mereka iaitu Mohamed Danish Hakim, 14 tahun, Marissa Dania Hakim,12 tahun, dan Maria Danisha Hakim, 9 tahun.
Mereka disahkan bercerai talak satu di dewan perbicaraan yang sama di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada tahun yang sama. -- Astro Gempak
GR kata: Macam Bob Lokman jugak, cari gosip sensasi sebab nak glamor balik! Kih kih kih
Sunday, June 1, 2014
TERIMA KASIH PENYOKONG PAS, HADIAH BERMAKNA BUAT TELUK INTAN! #PRKTelukIntan #BattleOfTelukIntan @dyanasmd @NajibRazak @DPPMalaysia @PASPusat
Semalam adalah merupakan hari yang cukup bermakna, bulan Mei 2014 juga cukup bermakna buat UMNO/BN kerana berjaya merampas kembali parlimen Teluk Intan. Terima kasih pada pengundi Teluk Intan kerana memberi kepercayaan kembali pada BN. Tahniah Datuk Mah Siew Keong!!
Jelas di sini signal yang diberikan pengundi mereka mahukan pemimpin yang boleh buat kerja dan kotakan janji mereka. Mereka tidak mahu lagi pemimpin yang datang dan pergi tanpa membuat sebarang pembaharuan di kawasan mereka.
Slogan 'Ubah' dipukul canang oleh pakatan pembangkang nampaknya kena pada batang hidung mereka sendiri. Pengundi sendiri yang menghukum mereka dengan mahukan perubahan yang mendadak dalam PRK Teluk Intan kali ini.
Tidak kiralah jumlah majoriti yang sedikit tapi itu lah adat dalam setiap pertandingan, ada kalah dan menang. Yang kalah usahlah berikan alasan dan janji mahu lakukan yang terbaik demi rakyat. Kenapa baru sekarang nak bersama rakyat? Kenapa tidak dari awal lagi buat kerja? Kenapa baru sekarang nak berkenalan dengan rakyat Teluk Intan dan tahu selok belok hati rakyat serta kawasan setempat?
Kepada calon yang menang, teruskan beri perkhidmatan yang terbaik pada pengundi. Merekalah raja untuk suatu kawasan kerana berikan mandat untuk anda berkhidmat pada mereka. Jangan hanya pandai lontarkan janji, bekerjalah dengan kuat demi kemajuan parlimen Teluk Intan.
Jangan memilih ketika berkhidmat, berilah bantuan yang sama rata pada semua kaum dan bangsa yang ada di Teluk Intan. GR yakin inilah masanya Daerah Hilir Perak akan meningkat maju kerana ketiga-tiga Parlimen ini kini milik BN.
GR ingin ucapkan terima kasih pada orang-orang PAS kerana telah memberikan 'tunjuk ajar' yang terbaik pada DAP dalam PRK kali nie. Dikhabarkan ada setengah mereka telah memberikan undi pada calon BN dan ada setengahnya pula tak keluar mengundi. Sepatutnya keluarlah mengundi kerana itu adalah tanggungjawab kita demi memastikan kemajuan untuk agama, bangsa dan negara kita.
Perjuangan PAS dalam untuk melaksanakan Hudud GR yakin tidak terbantut di sini saja. Teruskanlah berjuang kerana UMNO menyokong pelaksanaan Hudud ini dijalankan jika tidak ada udang sebalik mee dalam perjuangan politik mereka. Islam itu adalah suci dan Islam adalah yang terbaik serta membawa kita kejayaan dunia dan akhirat.
Marilah kita sama-sama doakan semoga Ustaz Hadi Awang sembuh seperti sedia kala dan kembali perjuangkan Islam yang sejati dengan sempurnanya.Sesungguhnya Allah S.W.T yang memberikan penyakit dan menyembuhkan penyakit.
Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan Dyana kalah di Teluk Intan:
1) Faktor Superman - DAP Teluk Intan mahukan calon lain iaitu Superman untuk bertanding disitu. Khabarnya, mendiang Seah Leong Peng ketika sakit pernah berpesan agar kerusi itu diberikan kepada Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman. Dyana terpaksa mengambil gambar dengan Superman di saat saat akhir untuk memujuk hati pengundi DAP untuk mengundinya, namun masih lagi gagal.
2) Faktor PERKASA - penipuan Dyana tentang penglibatan dia dan emaknya dalam PERKASA amat memberi kesan kepada pengundi tegar DAP. Dyana beri kenyataan yang berlainan pada 21 Mei dan 26 Mei yang akhirnya memerangkap dirinya sendiri bila ada bukti bergambar Dyana terlibat dalam PERKASA.
Emaknya juga hanya isytihar diri keluar PERKASA setelah didesak soalan bertalu talu dalam satu sidang media. Hanya keluar PERKASA tetapi tidak keluar UMNO menjadikan pengundi DAP lebih curiga dengan emak Dyana.
3) Perpecahan Dalam DAP - Dua faktor di atas telah menyebabkan berlakunya perpecahan dalaman yang serius dalam DAP. Mereka terpecah kepada tiga kem iaitu Kem Nga Kor Ming / Ngeh Koo Ham, Kem Sivakumar dan Kem Dyana (disokong oleh Kit Siang, Tony Pua, Guan Eng dan Ketua Wanita DAP).
Kem Nga/Ngeh ada calon sendiri begitu juga Siva yang mahukan Superman menjadi calon di Teluk Intan. Disebabkan perpecahan teruk ini, Kit Siang terpaksa berkampung 24 jam di Teluk Intan bagi memastikan calon proksinya iaitu Dyana menang. Namun calon yang dicadangkan oleh Tony Pua kepada Kit Siang itu akhirnya gagal juga.
4) Kelemahan Jentera DAP - Disebabkan faktor ketiga maka jentera DAP menjadi begitu lemah kecuali jentera penerbitan poster yang diketuai oleh orang luar.
Tiada jentera DAP tempatan, Dyana terpaksa membuat tawaran kepada umum untuk menjadi jenteranya. Seawal hari penamaan calon lagi tiada kelihatan jentera tempatan bersama dengan Dyana.
Biarpun ramai jentera dari PRK Bukit Gelugor datang membantu tetapi masih lagi gagal pengaruhi pengundi tempatan.
Jentera luar yang diharap membawa 20 buah bas pengundi luar hanya mampu bawa 3 buah bas sahaja.
Lebih memburukkan keadaan, jentera luar DAP balik seawal jam 1 tengahari selepas mengetahui Dyana akan kalah di Teluk Intan.
5) Mah Masuk Kabinet - Ini adalah satu tawaran yang membawa kerugian jika ditolak oleh rakyat Teluk Intan. Tawaran yang dibuat oleh PM pada 30 Mei 2014 ini telah menjadi laporan utama di akhbar akhbar Cina.
Guan Eng sendiri akui dalam Malaysiakini pada 30 Mei bahawa jika DAP gagal menangkis tawaran PM itu dengan baik dalam masa 24 jam maka DAP boleh kalah dalam PRK. Pada waktu itu, bacaan peluang kemenangan DAP hanya tinggal 51% dan BN meningkat 49% daripada 40% sahaja.
6) Kekuatan Jentera BN - Sasaran BN untuk cari 9,210 pengundi kategori putih yang gagal keluar dalam PRU13 menampakkan hasil. BN mensasar untuk meningkatkan sokongan Melayu dari 72% kepada 80%, sokongan kaum India dari 45% kepada 60% dan kaum Cina dari 22% kepada 40%. Ini berjaya dilakukan.
Jentera IPF, Gerakan, MIC, Puteri, Wanita & Pemuda UMNO yang berkampung menggunakan strategi yang pelbagai untuk menarik sokongan pengundi. Cara kempen Mah sendiri adalah lebih baik berbanding cara kempennya pada PRU13.
7) Penipuan Dyana - beberapa kenyataan Dyana yang nampak berbelit tentang status guamannya, keahlian ibunya dalam Perkasa dan statusnya sebagai PA bukannya Setiausaha Politik Kit Siang adalah titik besar kelemahan Dyana.
Lebih buruk lagi bila mikrofon Dyana dirampas dua kali oleh Kit Siang dan Tony Pua dalam sidang akhbar secara terbuka. Faktor ini menjadikan kedudukan calon DAP itu makin teruk ditambah faktor satu hingga empat tadi. Poster dan perlakuan sebenar tidak seiring.
Tindakan Dyana membuat poster bertudung dan tidak bertudung memberi kesan kepada pengundi dan menampakkan Dyana seorang yang hipokrit dan penipu.
8) Kempen Propaganda DAP Yang Keterlaluan - Tindakan Red Bean Army (RBA) menyebarkan gambar bikini model Filipina dan menyamakan dengan Dyana telah memakan diri.
Tindakan itu membuatkan lebih ramai orang percaya Dyana lebih berfikiran liberal, bebas dan terlalu terbuka bila pada hari pertama kempen, Dyana sudah menghentam UiTM sebagai bukan milik UMNO tetapi milik rakyat. Bikini dan hentam UiTM adalah kempen yang keterlaluan.
Lebih memburukkan keadaan bila RBA cuba membuat superimpose gambar Dyana minum arak untuk menuduh perbuatan itu dibuat oleh jentera BN pada malam malam akhir. Gambar itu juga memakan diri.
9) Dyana Tolak Hudud - Mengapa wartawan Malaysiakini perlu bertanya kepastian tentang hudud daripada Dyana sehari sebelum penamaan calon? Dyana pula menjawab beliau akan bersama dengan pendirian parti DAP iaitu tolak hudud. Ramai orang PAS terluka dengan kenyataan Dyana.
Manakala Hadi Awang pula membalas dalam Sinar Harian, sehari sebelum kehadirannya di Teluk Intan bahawa jika tidak faham tentang hudud maka jangan bercakap soal hudud. Bila tiba di Teluk Intan, Hadi Awang langsung tidak mahu ditemubual untuk mengulas lebih lanjut tentang hudud.
Ini memberikan signal kepada orang PAS bahawa dalam hati kecil Hadi Awang, beliau kecewa dengan kenyataan Dyana menolak hudud. Lebih meninggalkan kesan bila Hadi Awang diberitakan sakit di Istanbul pada malam akhir sebelum pengundian dan menimbulkan lebih banyak serba salah dalam diri orang PAS. Ramai menyangka yang tidak turun mengundi adalah masyarakat Cina tetapi ramai juga ahli ahli PAS yang tidak turun mengundi Dyana.
10) Manifesto DAP Longgar - apa yang dikempen oleh Mah lebih dekat dan realistik dengan pengundi. Lebih-lebih lagi ayah Mah sendiri memang dikenali sebagai seorang yang dermawan di Teluk Intan.
Berbanding manifesto yang DAP bawa terlalu longgar dan berada di awang awangan. Lebih membuatkan rakyat Teluk Intan tidak yakin adalah kerana Dyana adalah orang luar, tiada rumah dan saudara di Teluk Intan. Kebarangkalian untuk Dyana lari ke kawasan lain pada PRU14 dan tidak menunaikan janji membuatkan ramai pengundi DAP protes dan tidak turun undi.
Statistik di bawah ini membuktikan DAP hilang banyak undi dari pengundi Cina dan ahli PAS yang protes dengan Dyana. Undi BN tidak banyak berubah, tambah 71 undi . DAP hilang undi sejumlah 7,480 undi berbanding PRU13.
Pada orang muda yang galak nak kejar kuasa memerintah, fikir-fikirkanlah. Jika tak cukup ilmu di dada janganlah cakap yang kita nie 'Jaguh' dalam semua bidang. Tepuk dada tanyalah hati, adakah kita ini dilahirkan sebagai pemimpin. Adakah kita ini sedia untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan pada kita? Bukankah itu semua akan disoal di akhirat nanti....Fikir-fikirkanlah!!
GR kata: Nak jadi ketua kelas pun pening kepala inikan nak jadi pemimpin pada masyarakat!!!