Sunday, June 1, 2014

TERIMA KASIH PENYOKONG PAS, HADIAH BERMAKNA BUAT TELUK INTAN! #PRKTelukIntan #BattleOfTelukIntan @dyanasmd @NajibRazak @DPPMalaysia @PASPusat


Semalam adalah merupakan hari yang cukup bermakna, bulan Mei 2014 juga cukup bermakna buat UMNO/BN kerana berjaya merampas kembali parlimen Teluk Intan. Terima kasih pada pengundi Teluk Intan kerana memberi kepercayaan kembali pada BN. Tahniah Datuk Mah Siew Keong!!

Jelas di sini signal yang diberikan pengundi mereka mahukan pemimpin yang boleh buat kerja dan kotakan janji mereka. Mereka tidak mahu lagi pemimpin yang datang dan pergi tanpa membuat sebarang pembaharuan di kawasan mereka.

Slogan 'Ubah' dipukul canang oleh pakatan pembangkang nampaknya kena pada batang hidung mereka sendiri. Pengundi sendiri yang menghukum mereka dengan mahukan perubahan yang mendadak dalam PRK Teluk Intan kali ini.

Tidak kiralah jumlah majoriti yang sedikit tapi itu lah adat dalam setiap pertandingan, ada kalah dan menang. Yang kalah usahlah berikan alasan dan janji mahu lakukan yang terbaik demi rakyat. Kenapa baru sekarang nak bersama rakyat? Kenapa tidak dari awal lagi buat kerja? Kenapa baru sekarang nak berkenalan dengan rakyat Teluk Intan dan tahu selok belok hati rakyat serta kawasan setempat?

Kepada calon yang menang, teruskan beri perkhidmatan yang terbaik pada pengundi. Merekalah raja untuk suatu kawasan kerana berikan mandat untuk anda berkhidmat pada mereka. Jangan hanya pandai lontarkan janji, bekerjalah dengan kuat demi kemajuan parlimen Teluk Intan.

Jangan memilih ketika berkhidmat, berilah bantuan yang sama rata pada semua kaum dan bangsa yang ada di Teluk Intan. GR yakin inilah masanya Daerah Hilir Perak akan meningkat maju kerana ketiga-tiga Parlimen ini kini milik BN.


GR ingin ucapkan terima kasih pada orang-orang PAS kerana telah memberikan 'tunjuk ajar' yang terbaik pada DAP dalam PRK kali nie. Dikhabarkan ada setengah mereka telah memberikan undi pada calon BN dan ada setengahnya pula tak keluar mengundi. Sepatutnya keluarlah mengundi kerana itu adalah tanggungjawab kita demi memastikan kemajuan untuk agama, bangsa dan negara kita.

Perjuangan PAS dalam untuk melaksanakan Hudud GR yakin tidak terbantut di sini saja. Teruskanlah berjuang kerana UMNO menyokong pelaksanaan Hudud ini dijalankan jika tidak ada udang sebalik mee dalam perjuangan politik mereka. Islam itu adalah suci dan Islam adalah yang terbaik serta membawa kita kejayaan dunia dan akhirat.

Marilah kita sama-sama doakan semoga Ustaz Hadi Awang sembuh seperti sedia kala dan kembali perjuangkan Islam yang sejati dengan sempurnanya.Sesungguhnya Allah S.W.T yang memberikan penyakit dan menyembuhkan penyakit.

Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan Dyana kalah di Teluk Intan:

1) Faktor Superman - DAP Teluk Intan mahukan calon lain iaitu Superman untuk bertanding disitu. Khabarnya, mendiang Seah Leong Peng ketika sakit pernah berpesan agar kerusi itu diberikan kepada Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman. Dyana terpaksa mengambil gambar dengan Superman di saat saat akhir untuk memujuk hati pengundi DAP untuk mengundinya, namun masih lagi gagal.

2) Faktor PERKASA - penipuan Dyana tentang penglibatan dia dan emaknya dalam PERKASA amat memberi kesan kepada pengundi tegar DAP. Dyana beri kenyataan yang berlainan pada 21 Mei dan 26 Mei yang akhirnya memerangkap dirinya sendiri bila ada bukti bergambar Dyana terlibat dalam PERKASA.

Emaknya juga hanya isytihar diri keluar PERKASA setelah didesak soalan bertalu talu dalam satu sidang media. Hanya keluar PERKASA tetapi tidak keluar UMNO menjadikan pengundi DAP lebih curiga dengan emak Dyana.

3) Perpecahan Dalam DAP - Dua faktor di atas telah menyebabkan berlakunya perpecahan dalaman yang serius dalam DAP. Mereka terpecah kepada tiga kem iaitu Kem Nga Kor Ming / Ngeh Koo Ham, Kem Sivakumar dan Kem Dyana (disokong oleh Kit Siang, Tony Pua, Guan Eng dan Ketua Wanita DAP).

Kem Nga/Ngeh ada calon sendiri begitu juga Siva yang mahukan Superman menjadi calon di Teluk Intan. Disebabkan perpecahan teruk ini, Kit Siang terpaksa berkampung 24 jam di Teluk Intan bagi memastikan calon proksinya iaitu Dyana menang. Namun calon yang dicadangkan oleh Tony Pua kepada Kit Siang itu akhirnya gagal juga.

4) Kelemahan Jentera DAP - Disebabkan faktor ketiga maka jentera DAP menjadi begitu lemah kecuali jentera penerbitan poster yang diketuai oleh orang luar.

Tiada jentera DAP tempatan, Dyana terpaksa membuat tawaran kepada umum untuk menjadi jenteranya. Seawal hari penamaan calon lagi tiada kelihatan jentera tempatan bersama dengan Dyana.

Biarpun ramai jentera dari PRK Bukit Gelugor datang membantu tetapi masih lagi gagal pengaruhi pengundi tempatan.
Jentera luar yang diharap membawa 20 buah bas pengundi luar hanya mampu bawa 3 buah bas sahaja.

Lebih memburukkan keadaan, jentera luar DAP balik seawal jam 1 tengahari selepas mengetahui Dyana akan kalah di Teluk Intan.

5) Mah Masuk Kabinet - Ini adalah satu tawaran yang membawa kerugian jika ditolak oleh rakyat Teluk Intan. Tawaran yang dibuat oleh PM pada 30 Mei 2014 ini telah menjadi laporan utama di akhbar akhbar Cina.

Guan Eng sendiri akui dalam Malaysiakini pada 30 Mei bahawa jika DAP gagal menangkis tawaran PM itu dengan baik dalam masa 24 jam maka DAP boleh kalah dalam PRK. Pada waktu itu, bacaan peluang kemenangan DAP hanya tinggal 51% dan BN meningkat 49% daripada 40% sahaja.

6) Kekuatan Jentera BN - Sasaran BN untuk cari 9,210 pengundi kategori putih yang gagal keluar dalam PRU13 menampakkan hasil. BN mensasar untuk meningkatkan sokongan Melayu dari 72% kepada 80%, sokongan kaum India dari 45% kepada 60% dan kaum Cina dari 22% kepada 40%. Ini berjaya dilakukan.

Jentera IPF, Gerakan, MIC, Puteri, Wanita & Pemuda UMNO yang berkampung menggunakan strategi yang pelbagai untuk menarik sokongan pengundi. Cara kempen Mah sendiri adalah lebih baik berbanding cara kempennya pada PRU13.

7) Penipuan Dyana - beberapa kenyataan Dyana yang nampak berbelit tentang status guamannya, keahlian ibunya dalam Perkasa dan statusnya sebagai PA bukannya Setiausaha Politik Kit Siang adalah titik besar kelemahan Dyana.

Lebih buruk lagi bila mikrofon Dyana dirampas dua kali oleh Kit Siang dan Tony Pua dalam sidang akhbar secara terbuka. Faktor ini menjadikan kedudukan calon DAP itu makin teruk ditambah faktor satu hingga empat tadi. Poster dan perlakuan sebenar tidak seiring.

Tindakan Dyana membuat poster bertudung dan tidak bertudung memberi kesan kepada pengundi dan menampakkan Dyana seorang yang hipokrit dan penipu.

8) Kempen Propaganda DAP Yang Keterlaluan - Tindakan Red Bean Army (RBA) menyebarkan gambar bikini model Filipina dan menyamakan dengan Dyana telah memakan diri.

Tindakan itu membuatkan lebih ramai orang percaya Dyana lebih berfikiran liberal, bebas dan terlalu terbuka bila pada hari pertama kempen, Dyana sudah menghentam UiTM sebagai bukan milik UMNO tetapi milik rakyat. Bikini dan hentam UiTM adalah kempen yang keterlaluan.

Lebih memburukkan keadaan bila RBA cuba membuat superimpose gambar Dyana minum arak untuk menuduh perbuatan itu dibuat oleh jentera BN pada malam malam akhir. Gambar itu juga memakan diri.

9) Dyana Tolak Hudud - Mengapa wartawan Malaysiakini perlu bertanya kepastian tentang hudud daripada Dyana sehari sebelum penamaan calon? Dyana pula menjawab beliau akan bersama dengan pendirian parti DAP iaitu tolak hudud. Ramai orang PAS terluka dengan kenyataan Dyana.

Manakala Hadi Awang pula membalas dalam Sinar Harian, sehari sebelum kehadirannya di Teluk Intan bahawa jika tidak faham tentang hudud maka jangan bercakap soal hudud. Bila tiba di Teluk Intan, Hadi Awang langsung tidak mahu ditemubual untuk mengulas lebih lanjut tentang hudud.

Ini memberikan signal kepada orang PAS bahawa dalam hati kecil Hadi Awang, beliau kecewa dengan kenyataan Dyana menolak hudud. Lebih meninggalkan kesan bila Hadi Awang diberitakan sakit di Istanbul pada malam akhir sebelum pengundian dan menimbulkan lebih banyak serba salah dalam diri orang PAS. Ramai menyangka yang tidak turun mengundi adalah masyarakat Cina tetapi ramai juga ahli ahli PAS yang tidak turun mengundi Dyana.

10) Manifesto DAP Longgar - apa yang dikempen oleh Mah lebih dekat dan realistik dengan pengundi. Lebih-lebih lagi ayah Mah sendiri memang dikenali sebagai seorang yang dermawan di Teluk Intan.

Berbanding manifesto yang DAP bawa terlalu longgar dan berada di awang awangan. Lebih membuatkan rakyat Teluk Intan tidak yakin adalah kerana Dyana adalah orang luar, tiada rumah dan saudara di Teluk Intan. Kebarangkalian untuk Dyana lari ke kawasan lain pada PRU14 dan tidak menunaikan janji membuatkan ramai pengundi DAP protes dan tidak turun undi.

Statistik di bawah ini membuktikan DAP hilang banyak undi dari pengundi Cina dan ahli PAS yang protes dengan Dyana. Undi BN tidak banyak berubah, tambah 71 undi . DAP hilang undi sejumlah 7,480 undi berbanding PRU13.

Pada orang muda yang galak nak kejar kuasa memerintah, fikir-fikirkanlah. Jika tak cukup ilmu di dada janganlah cakap yang kita nie 'Jaguh' dalam semua bidang. Tepuk dada tanyalah hati, adakah kita ini dilahirkan sebagai pemimpin. Adakah kita ini sedia untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan pada kita? Bukankah itu semua akan disoal di akhirat nanti....Fikir-fikirkanlah!!


GR kata: Nak jadi ketua kelas pun pening kepala inikan nak jadi pemimpin pada masyarakat!!!

No comments:

Post a Comment