Thursday, June 5, 2014

CADBURY PUNYA PASAL, BABI YANG JADI MELETOP DAPAT NAMA! @KKMPutrajaya @JakimOfficial @NajibRazak


Kemelut coklat Cadbury bermula apabila tersebar foto 2 dokumen makmal Kementerian Kesihatan yang mengesahkan 2 produk coklat Cadbury iaitu coklat kacang hazel batch pengeluaran 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat kacang almond batch pengeluaran 221013N01RI1 bertarikh luput 15 Jan 2015 di katakan mengandungi lemak porcine iaitu lemak babi.

Ianya kemudian disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut mengesahkan 3 sampel telah diuji KKM dan sampel ke 3 coklat cadbury tanpa kacang bebas dari porcine.

Persoalan yang timbul ialah :

Kalau betul Cadbury menggunakan lemak porcine dalam sebatian coklatnya sebagai pengawet kenapa sampel ke 3 iaitu coklat tanpa kacang dikesan tiada mengandungi porcine? Adakah porcine tersebut datang dari kacang hazel dan almond? Sudah tentu tidak, kerana porcine adalah salah satu sebatian dalam coklat.

Di sini dapatlah dilihat agenda tersirat disebalik kemelut coklat Cadbury ini.

Mungkinkah ada pihak-pihak tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut di hasilkan.

Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah syarikat milik Melayu di mana pemegang-pemegang saham terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Felda. Ianya juga diuruskan oleh pekerja-pekerja Melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah ke pengeluaran.

Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam menyerang produk keluaran bangsa mereka sendiri. Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap dalam permainan ini. Kedua-dua NGO ini yang sebelum in begitu lantang mengajak kita memboikot produk kaum Cina kini menyerang syarikat milik Bumiputra.

Setelah berjaya melaga-lagakan Melayu dipentas politik, fasa seterusnya ialah melaga-lagakan kita di pentas ekonomi pula.

Dan nampaknya seperti sebelum ini misi mereka berjaya. Kita terus bertelagah sesama kita saling menuding jari. Retak yang tiada siapa peduli kini menanti bila-bila masa sahaja akan terbelah.

Benarlah pesanan nenek moyang kita dahulu: "Menang sorak kampung tergadai"


GR kata: Ada otak letak kat mana ntah??

3 comments:

  1. yang bestnye..kenapa 'CADBURY'..kenapa tak ambil semua jenama coklat kat luar sana utk KKM jalankan ujian..

    ReplyDelete
  2. Kenapa lah masih ada mentaliti kaum melayu yang rpoduk luar negara berjenama merupakan produk terbaik dan berkualiti.

    Apakah dengan memakan choklat berjenama spt Cadbury orang melayu tidak memepunyai zat makanan yang cukup atau adakah tidak makan coklat cadbury orang melayu akan mati.

    Fikrilah , jangan terlalau emosional hingga tak ada cadbury , seolah-olah sekeluarga manusia berjenama Melayu akan mati.

    banyak lagi produk perasa coklat dalam pasaran baik dibaut dari luar negara atau produk berjenama bumiputra

    Pilihan ditangan anda tiudak usah heboh dan kecoh malu lah sikit pada kaum kafir cina yang sedangn melihat dan mencari kelemahan melayu.

    ReplyDelete
  3. Siapalah si KEJADAH kat Kem. Kesihatan, yg. disyaki SABOTAJ Cadbury ni - dan kenapa Kem. Kesihatan tak dedahkan kedai mana kononnya, Kem. tu ambil sampel Cadbury tu - kenapa nak BERAHSIA pula kalau benar sampel tu dr. kedai?! Jadi aku syak, mungkin sampel tu di SABOTAJ oleh MUSUH ISLAM dr. DAPBANGKAI/PKRSODOM kat Kem. tu sendiri; utk. menjatuhkan Felda, sbg. sebahagian pemegang saham Cadbury dan juga JAKIM!
    Jadi TAK setuju dgn. cadangan KP Kem. Kesihatan ni - nak letakkan SEMUA makmal utk analisis HALAL dan perubatan Islam, di bawah SATU agensi; adakah ini bermakna agensi ini, akan di bawah Kem. Kesihatan, yg. Menterinya pun Bukan Islam - entah esok pula bawah "World Health Org" (WHO) kat PBB yg. memang dikuasai Barat-ZIONIS! Kalu ini betul, bermakna JAKIM akan dpt. diKUASAI Kem. Kesihatan; disyaki ini juga salah satu tujuan Cadbury in disyaki di SABOTAJ Kem. Kesihatan!
    Dan memang seluruh umat Islam global mahu diKURANGkan melalui pelbagai cara oleh si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS yg. berterusan di samping merompak kekayaan minyak-gas Dunia Islam - spt. yg. disyaki oleh Dr. Kevin Barrett, termasuk melalui wabak penyakit terbaru yg. sungguh GANJIL, yg. sedang melanda Dunia Arab, terutamanya mungkin juga mensasarkan JEMAAH HAJI yg. BERJUTA - disyaki didalangi ZIONIS-Israel dan sekutu mereka (lihat di http://www.presstv.ir/detail/2014/05/05/361346/bioweapons-could-lead-to-apocalypse/ , Bio-weapons could lead to ‘apocalypse’, By Dr. Kevin Barrett, May 5, 2014; dan di http://www.nst.com.my/latest/mers-cases-reach-more-than-400-more-than-100-dead-1.588584 , MERS cases reach more re than 400, more than 100 dead, 06 May 2014)! Tengok kes Mers yg. terbaru di UAE yg. anti-ZIONIS - di http://www.presstv.ir/detail/2014/06/04/365572/mers-death-toll-in-uae-hits-10/ , MERS death toll in UAE hits 10: Health Ministry!

    Sepatutnya JAKIM tubuhkan MAKMAL ISLAM sendiri - dan hanya pekerja/saintis ISLAM dr. Dunia Islam (yg. mesti disiasat dgn. teliti latarbelakang mereka supaya jgn. ada PENYAMAQ)!

    Lihat di - http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140605/dn_27/KP-Kesihatan-jelas-isu-coklat-Cadbury , KP Kesihatan jelas isu coklat Cadbury:

    Wujud juga desakan agar pihak kementerian menjelaskan bagaimana DNA babi boleh wujud dalam sampel yang diuji sedangkan ujian yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan tiada DNA babi dalam sampel coklat itu yang diambil dari kilang. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjawab segala persoalan itu dalam satu temubual dengan wartawan MUZDALIFAH MUSTAPHA semalam. Ikuti sedutan temubual itu....

    ....Tiga perkara perlu dilihat semula bagi melancarkan semua aktiviti dalam mana-mana kementerian dan agensi.

    Pertama, menyelaraskan semua makmal di bawah satu agensi yang sama dengan menggunakan satu sistem standard sahaja termasuk untuk jabatan kimia supaya mengikut satu piawaian sahaja. Kedua, kementerian akan meningkatkan kerjasama dengan Jakim yang bukan sahaja soal status halal dan haram bahkan vaksin, ubat-ubatan, organ transplan dan perkara berkaitan Islam. Dan ketiga, semua kenyataan yang berunsurkan perkara sensitif seperti ‘babi' perlu mempunyai sistem ‘coding' supaya mengelakkan berlakunya kebocoran maklumat....

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete