Tuesday, June 10, 2014

DEMI MELAYU, DUN JOHOR LULUS ENAKMEN LPJH! UTUSAN DAN MALAYSIAKINI TOLONG GUNA OTAK!


KENYATAAN MB JOHOR:

Alhamdulillah Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah meluluskan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 petang semalam.

Lembaga ini sangat penting supaya dapat bertindak menjayakan fokus utama kerajaan negeri terhadap isu perumahan selaras Pelan Suara Hati Johor dan Kerajaan Negeri dapat bergerak menjayakan matlamatnya dan sasarannya , membuat perancangan dan menyelesaikan cabaran perumahan di negeri Johor

Terima Kasih buat semua yang membuat liputan samada yang positif dan negatif. Saya menghargai semua maklum balas dan tetap bersangka baik

Saya teruskan juga pembentangan ini kerana bedasarkan komen - komen mereka tidak tahu apa yang mereka cakap dan keliru hasil fakta yang mengelirukan bertujuan untuk melewat lewatkan usaha kerajaan untuk segera bertindak menyelesaikan masalah rakyat.

Tidak perlu mana mana pihak meragui keikhlasan kita untuk memperjuangkan dan melindungi hak rakyat.

Jika Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor ini dilihat bercanggah dengan sistem Raja Berpelembagaan, maka Enakmen Perbadanan Johor serta beberapa akta di peringkat Persekutuan seperti Akta Suruhanjaya Koperasi, Bank Negara dan beberapa lagi yang memberi kuasa lantikan kepada YDPA juga seharusnya dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah tidak melanggar konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor dan kuasa eksekutif itu adalah seseorang yang mendapat mandat dari rakyat

Bagi elak kekeliruan dan tohmahan dan bagi memelihara prinsip raja berpelembagaan di Negeri Johor, dan beberapa pindaan peranan raja hanya untuk melantik atas nasihat Menteri Besar. Itu sahaja yg menyentuh berkenaan raja walaupun enakmen sebegini pernah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini dan akta-akta di peringkat persekutuan.

Ini semua kita buat untuk rakyat demi rakyat bagi rakyat. Ingin saya tegaskan bahawa belum pernah dalam sejarah anak Johor tunduk dan mengalah hadapi cabaran. Muafakat membawa berkat. Kepada Allah Berserah.

Pandangan GR mengenai isu yang melibatkan kesultanan Johor:
1. GR amat tidak bersetuju dengan semua media di negara kita memainkan isu Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014. Perlu atau tidak memainkan isu ini sehingga berhari - hari dan banyak juga timbul di hadapan muka surat utama kesemua akbar di negara kita ?

2. Terdapat juga pandangan yang tidak bernas dalam isu ini. Ada juga suara seolah-olah Rang Undang-undang ini menandakan seseorang Sultan itu berkuasa Mutlkak? Sekirannya berkuasa Mutlak maka mengapa perlu lagi melalui proses demokrasi untuk perbentangan di DUN? Rang undang-undang perumahan tidak menandakan kuasa yang mutlak.

3. Adakah kita masih ingat lagi Rukun Negara yang 2 ? Kesetiaan kepada Raja dan Negara ?
  • Sekirannya seseorang Raja itu melakukan sebarang kezaliman atau jenayah maka cara bagaimana ahli politik dan media kedua-dua pihak memainkan isu ini masih ada lagi kewajarannya.
4. Namun begitu , dalam isu Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 adalah sesuatu yang berlandaskan kepada perlembagaan dan demokrasi. Raja Berperlembagaan ialah raja yang berfungsi mengikut peruntukan dan semangat perlembagaan.

5. Jika tidak wajar sekalipun maka adakah media-media dan ahli politik kita selama beberapa hari menyerang Baginda Sultan Johor adalah sesuatu tindakan yang wajar?
6. Zaman ini mungkin zaman moden dan liberalisme tetapi keterbukaan kita mesti ada had dan batasannya. Budaya dan adat lama perlu kita patuhi.

GR kata: Raja adil raja disembah. Raja Zalim Raja Disanggah. DAULAT TUANKU!

6 comments:


  1. Bah. Pertama:

    DYMM YDPA dan seluruh Kesultanan Islam/Melayu memang pun patut masuk campur – untuk menyelamatkan BUMIPUTERA Islam/Melayu dari terus diJAJAH si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan sekutu warga ASINGnya! Dan mengambil balik tanah-tanah PUSAKA nenek moyang kita yg. telah diROMPAK oleh PENCEROBOH-PENCEROBOH ini!

    Sebenaqnya sistem Raja Berpelembagaan (Constitutional Monarchy) dibahagi dua iaitu “Executive Monarchy” (Raja mempunyai kuasa sosial-politik) dan “Ceremonial Monarchy” (Raja hanya sbg. SIMBOL Adat) – dan di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang kita ni, Kesultanan Melayu BUKAN hanya sbg. “Ceremonial Monarchy” (palsu dilapurkan si Wikipedia tu– di http://en.wikipedia.org/wiki/Constitutional_monarchy , Executive monarchy versus Ceremonial monarchy), tetapi Kesultanan Melayu kita juga mempunyai kuasa besar “Executive Monarchy” (walau tidak mutlak), mengikut Perlembagaan Persekutuan - Perkara-Perkara 3 [3(1), 37 (1), 39, 40, 41, 42, 44, 153 dan banyak lagi ; yg. ada di antara kuasa ini sebenaqnya berlansungan dr. sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS laknat lagi! KEBENARAN ini sebenaqnya mahu diSEMBUNYIkan oleh loyar-loyar-LONGKANG si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM – seolah Perlembagaan Persekutuan hanya berasaskan undg-undg si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS secara mutlak, terutamanya dari Parlimen British-ZIONIS (Westminster system)!

    Lihat di - http://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/artikel-153-perlembagaan-malaysia/ :

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia:

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
    Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
    Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
    (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini……

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Bah. Kedua:

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg. membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “hiasan Adat“ – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) !

    Lihat artikel BERNAS ini di - https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ :

    Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

    Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

    7 April, 2012

    Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

    Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

    Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara…..(TERUSkan MEMBACA)

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. nasib baik ada utusan tolong highlight...terpaksa buat pindaan. kalau benar kenapa perlu ada pindaan ?

    orang marah sebab ada campur tangan raja dalam pentadbiran. sepatutnya raja tak perlu buat kerja yang sepatutnya rakyat buat. raja tak perlu merendahkan martabatnya. daulat kena jaga.

    LPHJ tu bagus yang tak bagus bila suruh raja buat kerja rakyat saja.

    ReplyDelete
  4. gua sokong ini johor punya cala.lu tgk itu KL sama PENANG apa sulah jadi.Lu ingat suka2 lu tatak tau lu punya suka lu tempat luluk sendiri sudah gadai..manyak boloh punya olg..talak pikir sejarah .itu satu pulau sulah angkat lama .lama2 gua ingat itu melayu talak tau mana mau luluk dlm negala meleka sendiri...

    ReplyDelete
  5. OI 9.24pm, lu jgn. nak MENYAMAQlah! lu punya ekoq ni si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL PENGGANAS SODOM Red BeanBANGKAI-CELAKA aaahh?! Lu JGN. nak hina/kutuk KESULTANAN ISLAM/Melayu serta umat ISLAM/Melayu kami paham?!

    PI MAMPOS lu punya ekoq kat KANDANG DAPBANGKAI-CELAKA-si-RASIS-no-1!

    ReplyDelete
  6. PEMBETULAN:

    OI anon 9.24pm (yg. HINA Kesultanan ISLAM/Melayu kami tu), lu jgn. nak MENYAMAQlah! lu punya ekoq ni si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL PENGGANAS SODOM Red BeanBANGKAI-CELAKA aaahh?! Lu JGN. nak hina/kutuk KESULTANAN ISLAM/Melayu serta umat ISLAM/Melayu kami paham?!

    PI MAMPOS lu punya ekoq kat KANDANG DAPBANGKAI-CELAKA-si-RASIS-no-1!

    ReplyDelete