Monday, January 6, 2014
TAIKO DAP, TOKAN PELACUR DAN JUDI HARAM DITANGKAP POLIS! #opscantas
Pertama sekali GR nak ucapkan tahniah pada pihak Polis atas kejayaan Ops Cantas yang dijalankan sejak ianya dilancarkan.
Nampak kadar penurunan kes jenayah berat yang berlaku dan ia disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mahukan keselamatan mereka terjamin.
Makluman yang baru GR terima dari kawan-kawan DAP di Penang, mereka merungut Boss mereka telah ditangkap Polis atas kes pelacuran dan juga judi haram.
Kepada anda di luar sana kalangan ahli DAP memang ada kaitan dengan kongsi gelap. Malah ada kalangan pemimpin mereka sendiri terlibat secara langsung dalam aktiviti jenayah. Kongsi gelap dan gangsterism memang tak dapat dipisahkan dengan puak-puak DAP nie.
Barangkali penangkapan ketua DAP Seberang Perai Selatan ini ada kaitan dengan khabar angin di Nibong Tebal mengatakan Ketua DAP ini ditangkap Polis kerana aktiviti berniaga perempuan dari China dan judi mesin kuda.
Malah aktiviti ini ada kaitan dengan Ahli Majlis MPSP yang bernama 'J' yang tidak lama dahulu turut mempunyai rumah urut dan mempunyai ramai gadis dari Thailand dan China. Kedai tersebut sehingga sekarang masih beroperasi di Sungai Bakap.
Aktiviti persundalan dan perjudian ini memang sangat sinonim yang cukup kuat dikalangan pemimpinn-pemimpin DAP. Semua ahli DAP tahu, malah pemimpin tertinggi mereka juga tahu....ini salah satu cara mereka cari makan.
Jika korang masih ingat ketika pihak Polis mengadakan Ops Cantas Khas, DAP lah paling lantang mengkritik pihak polis begitu juga dengan kes kematian Teoh Beng Hock.
Kemudian tidak lama dahulu kita semua tahu pemimpin DAP Selangor seperti Ronnie Liew juga dikaitkan denga aktiviti persundalan. Begitu juga kes di Pusat khidmat DUN Sg Puyu apabila ADUN sendiri memukul dan menghalau rakyat keluar apabila mereka datang meminta bantuan.
GR kata: Patutlah Guan Eng sibuk nak tubuhkan "Polis Sendiri"..ada udang sebalik mee rupanya.
No comments:
Post a Comment