Monday, January 6, 2014

'BIRTHDAY PARTY' @Zahid_Hamidi, MANUSIA DENGKI MEMANG PERANGAI MACAM TU!!


Siapa tahu apa itu PHD? Ramai yang tahu ianya adalah satu proses menuntut ilmu diperingkat yang lebih tinggi. Tapi ada satu lagi PHD yang mungkin sudah sebati dalam diri manusia yang tidak boleh melihat kesenangan orang lain. PERASAAN HASAD DENGKI!!

Sikap PHD sememang tak dapat dibendung kerana ianya lumrah hidup yang Allah S.W.T telah jadikan dalam diri manusia. Pokoknya bagaimana kita menangani sikap tersebut yang sememangnya adalah hasutan syaitan dan juga hawa nafsu yang tinggi. Jika iman seorang umat Islam itu nipis, sudah semestinya mereka terpesong dengan sikap PHD ini.

Rasanya masih belum terlambat untuk GR ucapakan setinggi-tinggi tahniah pada DS Zahid Hamidi atas kemenangan besar beliau MEMPERTAHANKAN jawatan Naib Presiden UMNO No.1. Tahniah juga GR ucapakan pada seluruh perwakilan UMNO yang layak mengundi memberikan mandat kepada Menteri Dalam Negeri ini. Jelas menunjukkan orang-orang UMNO mahukan pemimpin yang benar-benar berani, tegas serta menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada mereka.

Atas kemenangan besar ini, nampaknya ada 'pihak' yang panas PUNGGONG kerana takutnya mereka mungkin akan kehilangan sokongan. Maka timbullah pelbagai versi menabur fitnah pada DS Zahid Hamidi mengenai majlis yang diadakan semalam. Salah ker kita mengadakan majlis untuk meraikan sahabat-sahabat baik kita yang tanpa rasa jemu membantu kita...paling best sekali bantuan yang diberikan adalah ikhlas dari sahabat kita.

Istilah KAWAN dan SAHABAT adalah suatu istilah yang tak dapat dihuraikan dengan kata-kata. Kawan ketika senang bersepah untuk dicari, malah kadang-kadang 'mereka' ini datang tanpa diundang. Kawan ketika susah kalau dari 1000 orang nak cari satu pun susah. Seorang rakan ketika senang dan susah bersama-sama dengan kita itulah dia seorang SAHABAT SEJATI.

GR yakin atas semangat setiakawan yang tinggi dalam diri DS Zahid Hamidi, majlis yang diadakan semalam adalah untuk menghargai sahabat-sahabat yang bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah membantu beliau ketika musim pemilihan UMNO baru-baru ini. Semangat setiakawan inilah yang seharusnya ada dalam diri orang-orang UMNO, barulah parti keramat ini akan mendapat sentuhan hakiki demi kemenangan yang lebih baik pada masa akan datang.




GR juga dimaklumkan sambutan yang begitu menggalakkan diberikan oleh orang-orang yang hadir. Jadi tak salah rasanya majlis yang diadakan semalam di hotel bertaraf 5 bintang tidak perlu dipersoalkan. Makanan yang dihidangkan juga bukannya dalam kategori yang membazir, menu sempoi yang diberikan para jemputan dapat makan dengan penuh senang hati.

Pada yang banyak COMPLAINT tue, GR rase diaorang nie tak pandai bersyukur. Mereka yang hadir juga bukannya mengharap apa-apa dari DS Zahid Hamidi. Tak macam sesetengah orang buat sesuatu majlis ada pemberian 'chokie-chokie'. He he he...

Kehadiran jemputan yang teramat ramai bukti jelas sokongan padu terhadap DS Zahid Hamidi sebagai Naib Presiden UMNO No.1.

Mungkin ada sesetengah 'individu' yang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Mungkin ada yang kena 'heart attack'...jadi diarahkan bala tentera mereka untuk 'menyerang' DS Zahid Hamidi. Niat mereka kononnya ingin menunjukkan pada rakyat bahawa DS Zahid Hamidi seorang yang tak cerdik serta peka dengan isu yang hangat diperkatakan sekarang.

Inilah contoh terbaik DS Zahid Hamidi yang harus dicontohi, perasaan kasih sayang dan ambil peduli beliau pada orang-orang UMNO....beliau ambil peluang untuk berjumpa dan bertanya khabar serta berkongsi masalah dalam program sedemikian. Begitu juga dengan rakyat, beliau seorang yang tiada protokol bila berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat.

Nak tanyalah, kalau sahabat-sahabat kita nak SPONSOR suatu majlis pada kita....apa perasaan kita dan adakah kita akan menolak? Sebabnya bukannya kita keluar poket sendiri atas penghargaan yang diberikan pada kita oleh sahabat-sahabat kita?? Jawapannya korang boleh pikir sendiri kan.....


GR kata: Datang majlis orang tanpa diundang apa hukumnya dalam Islam yer???

2 comments:

  1. Salam pada semau pembaca...Ini saya katakana disini. Niat yang telus dan tidak berhastrat dengki, fitnah dan irihati amat di sukai oleh allah. KDN Zahid tidak perlu gentar kerana keihlasan dan tidak pernah mengenal bulu untuk memperbaiki kesejahteraan raayat amat di sanjung tinggi. Insyallah Allah akan rahmati tujuan suci dan kerja Zahid sebagai Mentri yang bertanggung jawap dan berdisplin. Saya srbagai raayat menyajungi Menteri KDN ini.

    ReplyDelete
  2. teruskan perjuangan. yg benar tetap benar yg salah tetap salah. iri hati dan dengki sering mengiringi perjuangan suci. harap lebih ramai pemimpin yg berani dan bertanggungjawab di Malaysia.

    ReplyDelete