Friday, October 11, 2013

GR MENYOKONG PENUH CALON KETUA PEMUDA UMNO BDR TUN RAZAK! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @rizalmanmokhtar @amirbtr #pemilihanumno #Amir4KP


Pemilihan UMNO peringkat sayap akan sampai kemuncaknya, tinggal beberapa jam saja lagi perwakilan sayap wanita, pemuda dan puteri akan menentukan siapakah pemimpin baru mereka untuk tahun 2013-2016.

GR rasa semua perwakilan dan orang-orang UMNO tahu UMNO Bdr Tun Razak antara bahagian yang panas. Dari dulu lagi bila pertandingan diadakan ada saja cerita panas yang kita dengar. Baik yang balik kerusi hinggalah yang kena santau ke apa...kira pemikiran diaorang ni masih kuno la gamaknya.

Jangan marah yer....kalau tak boleh terima teguran jangan jadi orang politik!!

Untuk pilihan sayap Pemuda kali ini pelbagai versi maklumat yang GR terima. Pada mulanya calon-calon ini setuju seorang wakil Pemuda ini jadi Ketua Pemuda menggantikan Datuk Rizalman Mokhtar yang dah sampai limit umurnya. Tapi disebabkan ada Melayu yang gilakan kuasa dan pangkat, mereka sanggup untuk tidak bersatu dan berlawan sesama mereka.

Sampai buat program sekarang pun berasingan. Kenapa dulu boleh bersatu dan kenapa sekarang tidak? Bermaki-makian di Facebook dan macam-macam lagi..adakah ini contoh yang terbaik ditunjukkan oleh Pemuda. Walaupun Pemuda bersifat yang cepat berontak, tapi bertindaklah menggunakan akal bukannya nafsu.

Untuk pemilihan kali ini GR menyokong penuh Calon Ketua Pemuda Bdr Tun Razak, Sdr Mohd Amir...calon No. 01. Setelah melihat gerak kerja yang dibuat oleh beliau sejak zaman menjadi Exco lagi, beliau sememangnya layak menyambung perjuangan Datuk Rizalman Mokhtar. Beliau juga merupakan pemimpin yang aktif dalam media sosial. Inilah satu cara yang boleh mendekati anak muda untuk berinteraksi dengan lebih dekat. Pembawakan cara Sdr Amir lebih dekat dihati rakyat.

Seorang yang berpendidikan tinggi dan berperwatakan yang sempoi dan mudah digauli  itulah yang seharusnya ada dalam diri seorang pemimpin. Ciri keperibadian yang tinggi ini bukanlah dibuat-buat tapi datangnya secara semulajadi dalam Sdr Amir.



Para pewakilan Pemuda BTR, pilihlah pemimpin yang baik dikalangan yang baik-baik. Perlukan pemimpin yang memberikan perkhidmatan yang baik pada masyarakat. Paling penting Pemuda perlulah berani mempertahankan agama, bangsa dan negara. 

Pemuda adalah hulubalang pada UMNO dan merupakan barisan hadapan. Jika Pemuda lembik macam mana nak berani rempuh barisan untuk berjuang dalam PRU-14 nanti. Perkara paling utama sekali, UMNO Bdr Tun Razak perlu berubah. Pemimpinnya perlu buka mata, jangan asyik nak kata diri tu bagus sangat...walhal habuk pun tak ada.

Pilihlah pemimpin yang buat kerja, jangan pilih pemimpin yang syok sendiri. Pilihlah pemimpin yang FRIENDLY jangan pilih pemimpin yang sombong. Pilihlah pemimpin yang berani berjuang untuk kepentingan parti jangan pilih pemimpin yang ada kepentingan sendiri.

Perubahan UMNO Bdr Tun Razak ke arah kemenangan PRU-14. Kembalikan semangat Melayu dan Islam demi kemenangan mutlak.


GR kata: Sokong Calon KP Amir, Exco Maizeed dan Ashrul Ashryzad. Diaorang semua pemimpin yang boleh buat kerja...bukan PEMALAS macam sorang tu yang suka mengarah jer kerja dia....SELAMAT MENGUNDI!!!!

Thursday, October 10, 2013

PANAS: KES PEMBUNUHAN ARTIS INI AKHIRNYA TERJAWAB!


Sedar atau tidak, sudah 12 tahun Sabi’ul Malik atau lebih popular dengan panggilan Along Spoon meninggalkan kita semua. Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan Spoon pastinya tidak dapat melupakan penyanyi yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dulu ini.

Semalam di dalam kereta ketika balik dari Alamanda, radio Hot fm telah memainkan lagu Memori sekuntum rindu dendangan kumpulan Spoon. Secara spontan mulut ini bersuara “Penyanyi lagu nie dah meninggal kan?”. Tanya saya kepada abang saya yang juga membesar dengan lagu-lagu Spoon. Pemergian arwah sebenarnya mengundang banyak persoalan dalam kepala saya yang masih kecil lagi ketika peristiwa ini berlaku. Abang saya pun tanpa berselindung bercerita dari A sampai Z mengikut pengalaman dan pengetahuan yang ada. Interesting! Cerita abang saya itu telah berjaya menarik minat saya untuk membuat research pembunuhan kejam itu dan akhirnya saya menemui jawapannya malam tadi.

Bercerita mengenai karier, kumpulan Spoon berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon – Spoon (1998), Spoon – Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan ini telah meletakkan mereka antara kumpulan slow rock terbaik pada zaman itu dan ketika itu jugalah tercatatnya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter’best’ dalam sejarah industri muzik Malaysia.

Namun pada 25 Disember 1999 , Dikala peminat yang setia dengan kumpulan spoon tidak sabar menanti album seterusnya, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini. akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu. Lihat kronologi di bawah..


Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh, Mohamed Ya’cob dihadapkan ke tali gantung pada tahun 2010. Pembunuhan ini dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu namun di sini saya tidak berani mengulas mengenai hal ini. Untuk lebih jelas lagi lihat pada link yang telah saya berikan. Ada beberapa komen yang begitu menyentuh yang sempat saya baca mengenai pemergian arwah Along.

Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi aura yang dimiliki arwah. Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam sehinggakan peminat masih tidak dapat menerima pengganti selepas pemergian arwah.

Kes tersebut menjadi bualan hangat bertahun lamanya , hingga kini ramai yang tidak dapat menerima pemergian tersebut termasuklah ibu arwah sendiri. Ternyata research yang saya buat semalam, akhirnya telah menjawab semua persoalan misteri yang bermain diminda ini mengenai pembunuhan arwah. Al-fatihah untuk arwah.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin....


GR kata: Dengar cerita ada pemimpin hadiahkan artis lelaki terkenal kereta mewah. Wahhhh...lain macam jerk nie??

HOT: PEMBONGKARAN CERITA SEBENAR DISEBALIK PROGRAM DS @Zahid_Hamidi DI MELAKA! @malaysiakini @NajibRazak #zahidVP01


Setelah GR melihat banyak versi yang keluar cerita pasal majlis DS Zahid Hamidi di Melaka, GR terpanggil untuk menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Takkan nak bagi Malaysiakini atau mana-mana puak dari UMNO sendiri nak putar belitkan cerita.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Betul tak?

Pada 5 Oktober 2013, GR bersama rakan-rakan UMNO yang lain ke MITC Melaka untuk bertemu DS Zahid Hamidi Calon Naib Presiden UMNO (VP01) buat kali ke 2 dalam satu perjumpaan tertutup.

Secara jujurnya, sambutan dari sahabat rangkaian politik DS Zahid Hamidi di Melaka amat dahsyat. Sebagai calon Naib Presiden UMNO, beliau telah berucap dengan santai, tenang dan sambil menyentuh isu semasa yang berlaku dalam negara untuk membangkitkan semangat orang Melayu.

GR tengok ramai rakan perwakilan yang hadir khusyuk mendengar ucapan penuh bersemangatnya. GR yakin beliau seorang pemimpin “Ultra Melayu” yang pasti mendapat sokongan akar umbi.

Dalam tengah khusyuk dengar Zahid bercakap, salah seorang sahabat perwakilan ternampak kelibat kaum lain berada dalam “Majlis Melayu” ini. GR lihat dengan pantas salah seorang dari mereka bangun membisikkan hal ini kepada urusetia penganjur kerana isu yang dibangkitkan agak berat dan sukar untuk difaham oleh persepsi masyarakat majmuk.

Maka, pihak urusetia meminta kerjasama rakan wartawan untuk beransur keluar dengan segera dari majlis. Namun kumpulan wartawan tersebut berdegil dan enggan untuk beredar dari majlis atas alasan mereka telah dijemput oleh penganjur.

Beberapa orang pegawai bertanggungjawab memujuk para wartawan namun ia memakan masa yang agak lama sehingga menyebabkan campur tangan daripada DS Zahid Hamidi sendiri yang pada ketika itu sedang berucap di majlis tersebut.

Lantas, beliau telah mengeluarkan arahan dengan nada yang tegas kepada semua wakil media meninggalkan majlis dan mengingatkan mereka agar tidak melaporkan kenyataan tersebut serta menghormati keputusannya.

Para perwakilan memberi tepukan dan sorakan padu kepada DS Zahid Hamidi atas ketegasan beliau. Sebenarnya para perwakilan berasa marah dengan kehadiran wartawan Bukan Melayu dalam majlis tertutup ini.

Persoalannya, bagaimanakah para wartawan lebih-lebih lagi bukan Melayu boleh berada di dalam perjumpaan politik seperti ini? Bukankah lebih elok wartawan dipanggil selepas itu atau ketika sidang media dibuat. Masa tu tanyalah apa soalan pun. Tak gitu???

Apa perasaan kita kalau majlis tertutup kita dihadiri oleh orang luar? Umpama dalam satu mesyuarat keluarga yang diadakan di rumah tiba-tiba ada pula kehadiran orang luar dalam perbincangan keluarga tersebut ! Ini tidak manis. Betul tak??

Namun GR tak nafikan, sebilangan kecil rakan media yang diminta keluar berasa kecil hati, sentap dan marah sehingga mengeruhkan suasana di luar dewan.

Apa pun GR puji usaha penganjur dan pegawai mengawal keadaan tersebut secara berhemah dan profesional. Akhirnya, media menerima baik pujukan tersebut namun kelihatan seorang wartawan yang GR rasa dari Oriental Daily masih tidak berpuas hati dengan tindakan DS Zahid Hamidi.

Jangkaan GR memang tepat bila isu ini Malaysiakini telah  memutar belit dan memanipulasi kejadian sebenar yang bersumberkan dari Oriental Daily.

Wartawan tersebut berniat jahat dan ingin membalas dendam dengan menyalurkan isu ini kepada Malaysiakini yang sedang berusaha mensabotaj DS Zahid Hamidi walaupun telah diberi amaran oleh beliau untuk tidak mengambil gambar dan membuat laporan ucapannya. Pihak wartawan telah melanggar etika kewartawanannya sebagai pengamal media.

Pandangan GR, orang Melayu akan bergading bahu dan menambah sokongan kepada DS Zahid Hamidi sebagai Calon VP01. Pakatan haprak cuba untuk menjatuhkan imejnya....GR yakin perwakilan UMNO semua tetap berikan sokongan penuh dan undian diberikan pada DS Zahid Hamidi.

UMNO memerlukan pemimpin yang tegas, berani dan lantang bersuara seperti DS Zahid Hamidi. #zahidVP01



GR kata: Jaga2 dengan duri dalam daging kerana ia boleh merosakkan parti keramat dan semangat orang Melayu.

Wednesday, October 9, 2013

LATEST NEWS: ENEMY DOWN! ENEMY DOWN! THANK YOU @PDRMsia @Zahid_Hamidi

Maklumat terbaru GR terima, 3 penjenayah Indon SHOOT DEAD selepas merompak bank kat Klang pagi tadi.

Mereka mati petang tadi di highway Duke susur keluar Taman Dato Senu selepas berbalas tembakan dengan pihak Polis.

Nak tanya korang, salah ker Polis defend diri mereka kalau dah perompak macam ni bila suruh menyerah diri tak nak dan lepaskan tembakan. 

Takkan nak tadah body ke kepala pada penjenayah suruh tembak diri diaorang sendiri. Akal duk letak tang mana puak pakatan ni kan?

Tahniah pada pihak Polis kerana berjaya hapuskan penjenayah dengan cepat. Masyarakat lebih rasa selamat sekarang.


GR kata: Terima kasih Polis...Terima kasih Menteri Dalam Negeri.


Sent from Samsung Galaxy Note

HOT: Anwar Malu Dengan Zahid, Mengaku Dirinya Banyak Salah! @Zahid_Hamidi #zahidVP01

Sekarang ini GR lihat puak pakatan haprak sibuk sangat hentam Menteri Dalam Negeri. Kononnya DS Zahid Hamidi tak berhati perut..suka suki nak tembak penjenayah.

Ramai juga GR baca dari blog pakatan haprak ni suka sangat hentam Zahid tembak penjenayah tanpa usul periksa. Lepas tu kata lagi Zahid tak tau undang-undang. Ada lagi yang kata Zahid pun gangster baik dengan budak 3 Line.

GR apa pun nak ucap terima kasih pada Anwar dan macai pakatan haprak sebab apa korang cakap ni bagi mailage pada DS Zahid Hamidi. Korang nak balun ke ape lantak koranglah yer. Orang-orang UMNO sendiri sokong penjuangan DS Zahid Hamidi banteras gangster kongsi gelap ni. 

Korang nak spin tapi kena batang hidup sendiri...kah kah kah....padan muka korang. Portal Meloyakini konon ugut Zahid tak der sape nak layan korang sebab rakyat Malaysia dah tau media korang kaki pusing. He he he

Pada Bang Non baguslah dah berubah tapi jangan hangat-hangat taik ayam dah la yer. Mengaku juga diri tu tak tau undang-undang jadi jangan nak suruh orang lain belajar. 

Korang baca statement bodoh Anwar yang pada hakikatnya cakap untuk dirinya sendiri:

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya mengikuti kursus asas undang-undang terlebih dahulu sebelum memberi kenyataannya yang didakwa bahawa suspek penjenayah perlu ditembak dahulu tanpa sebarang amaran.

Anwar berkata, jika penjenayah itu bersenjata api, berbahaya dan mengancam keselamatan pasukan anggota polis maka polis berhak untuk mempertahankan diri mereka dan mengambil tindakan awal.

"Tetapi kenyataan daripada Datuk Seri Zahid Hamidi adalah kenyataan 'kosong'. Kenyataannya secara umum memberi ruang (kepada polis untuk tembak suspek penjenayah terlebih dahulu). Itu kenyataan yang salah.


GR nak tanya koranglah kan...Polis kat Malaysia ni bodoh sangat ke? Anwar tu pandai sangat ke? 

Dah dapat bukti itu memang penjenayah yang dikehendaki...dalam operasi nak tangkap ade ke yang caranya macam bagi anak makan. "Meh sini sayang, saya nak tangkap sayang.." Kalau penjenayah tu ada senjata dan ada yang jenis bangang terus tembak, Polis pulak nak bagi 'pistol air' ke?? 

Fikir-fikirlah yer..jangan jadi bodoh melantun-lantun!!


GR kata: Ada pemimpin UMNO perangai macam Bang Non, kata diri sendiri 'Hero Lahad Datu'...siapakah itu?? Jeng jeng jeng...


Sent from Samsung Galaxy Note

Monday, October 7, 2013

WARTAWAN SAJA ADA PERASAAN? ORANG LAIN TAK DER KER? BANGANGNYA MALAYSIAKINI! @Zahid_Hamidi @malaysiakini #zahidVP01


Kalau Zahid cakap "saya tak percaya Malaysiakini...", GR 10x lebih tak percaya langsung pada Malaysiakini. Kenapa boss Malaysiakini perlu meroyan macam orang hilang anak?

Puak pakatan GR tengok pun sikit punya galak membalun Menteri Dalam Negeri ini, sedangkan tindakan yang beliau buat disanjung oleh majoriti rakyat Malaysia. Salah ker beliau bertanya begitu pada wartawan Malaysiakini? Ada yang GR dapat maklumat, Zahid tak layan sama rata pada wartawan yang hadir...ada yang kecik hati ker?

GR berada semasa sidang media di PNMB, soalan yang ditanyakan oleh wartawan Malaysiakini tak masuk akal. Ianya lumrah dalam setiap sidang media ada soalan-soalan panas atau provokasi dari wartawan. Sudah berapa kali GR lihat, soalan yang diajukan pada Menteri Dalam Negeri dijawab dengan penuh dengan fakta tapi bila laporan disiarkan pada portal menipu ini jauh bezanya...beberapa fakta yang betul diputarbelitkan.

Apakah fungsi media pada rakyat? Sudah tentulah memberikan maklumat yang tepat lagi bernas dengan apa jua isu semasa. Editor Malaysiakini juga kuat menipu, mana bukti dalam program Malaysiakini tidak dijemput, semua wakil media tak kira dari mana pihak sekali pun.

Anwar Ibrahim ada membuat jemputan terbuka, alasan yang diberikan kononnya TV3, Utusan dan lain ini semua tentera UMNO. Berani kerana benar, takut kerana salah...betul tak? Anwar takut masyarakat dapat laporan benar mengenai diri beliau atas apa yang telah dilakukan?

Dalam geng-geng UMNO pula tak kurang hebatnya. Maksud GR dari segi pemikiran mereka lebih kurang macam cacai pakatan haprak. Biasalah musim pemilihan sekarang ni kan, cubaan untuk mengaibkan seseorang itu lumrah dalam masyarakat Melayu. Macam mana Melayu nak maju??

Ada yang bisik-bisik pada GR, DS Zahid Hamidi masih 'orang Anwar' ini adalah cara perwatakan beliau hampir sama. Huraian tersebut sama ada benar atau tidak akan GR keluarkan dalam artikel akan datang. Korang semua tengok sendiri, dalam sidang media adakah Anwar menjawab persoalan yang diajukan atau tidak? Ketegasan DS Zahid Hamidi pun menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan CINABENG Malaysiakini tu. So....siapa yang berani dan siapa yang goyang?

Lihat video di bawah:



Berikut GR senaraikan penipuan yang dibuat oleh Malaysiakini, korang tengok dan fikirkanlah sendiri. Ada juga beberapa pihak media yang kononnya ingin berlaku adil antara dua pihak, tapi hakikatnya mereka ini semua AUTA saja.

1. Pembohongan besar Malaysiakini mengenai pengundi baru - Baca DI SINI

2. Penipuan Malaysikini isu status Mismah - Baca DI SINI

3. Penipuan Malaysiakini kononnya Safwa Anang dibelasah - Baca DI SINI

Banyak lagi penipuan yang dibuat oleh Malaysiakini, kenyataan yang melibatkan DS Zahid Hamidi juga diputarbelitkan oleh mereka. Jadi salahkah mereka ini ditegur, dan teguran yang dibuat harus diterima untuk menjadi lebih baik. 

Apa jadi dengan pembohongan Rafizi, Karpal Singh pada DS Zahid, kenapa semuanya beliau menang dalam kes mahkamah. So..siapa yang betul dan salah yer? Inilah dia pihak media yang menerima dana dari Yahudi, Malaysiakini tugasnya untuk menabur fitnah dan penipuan pada rakyat untuk membenci Kerajaan.

Malaysiakini memang elok jangan dibagi muka lagi. Bila pemimpin pakatan buat boleh, pihak Kerajaan tegas sikit tak boleh...kononnya tak menghargai hak asasi manusia. Manusia yang tertindas dek perangai pemimpin pakatan tu macam mana pulak? 

Pi mamposlah Malaysiakini...korang nie kembar pakatan haprak!


GR kata: Majalah Ujang lagi best dari Malaysiakini tau....

TENGOK! ZAHID BUKAN JENIS CAKAP KOSONG TAPI TERUS BUAT KERJA! @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA #zahidVP01


Tahniah GR ucapkan kepada DS Zahid Hamidi yang ternyata mempunyai kebertanggungjawaban dalam merealisasikan misi YAB Perdana Menteri dan harapan seluruh rakyat Malaysia, ciri-ciri transformasi jelas ada bersama beliau.

Kita sebagai rakyat sudah jemu dengan alasan atau kenyataan Menteri yang  pada kebiasaannya dilihat masih menggunakan skrip lama yaitu "Kita akan menyiasat mengenai perkara ini" sebelum perkara itu senyap terus tanpa sebarang tindakan malah perkara yang sama jugalah sentiasa berulang.

Namun agak berbeza dengan Menteri yang bernama Ahmad Zahid, dimana kurang seminggu laporan audit dibentangkan, siasatan mengenai laporan itu sudah siap dijalankan serta yang paling penting ialah kaedah bagi mengatasi perkara itu juga sudah mula diberi penekanan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Saya mahu selepas ini apabila laporan audit negara dikeluarkan tiada lagi kehilangan aset PDRM dilaporkan".

Hasil siasatan
Bagaimanapun beliau menegaskan tiada unsur penyelewengan atau rasuah dalam kes kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk senjata api.

Punca sebenar
Sebaliknya kata beliau, kes berpunca daripada kecuaian dan kelemahan segelintir pegawai serta anggota ketika menjalankan tugas selain kelemahan prosedur operasi standard (SOP).

Tindakan serta kaedah penyelesaian untuk masa hadapan
"Saya telah maklum kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar), kita hendak perkemas semula SOP terhadap penjagaan senjata api untuk elak sebarang kecuaian selepas ini. Saya mahu selepas ini apabila laporan audit negara dikeluarkan tiada lagi kehilangan aset PDRM dilaporkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang antara lain menyatakan PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012. Aset terbabit termasuk 44 senjata api, gari (156 unit) dan kenderaan (29 unit).

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata tindakan tatatertib dan surcaj akan dikenakan kepada pegawai dan anggota yang didapati bersalah terhadap kehilangan senjata api di bawah selian mereka.

Kehilangan senjata api ketika menjalankan tugas sama sekali tidak boleh diterima kerana PDRM badan yang berintegriti dan disanjung tinggi oleh masyarakat, katanya.

Beliau sebelum itu melancarkan al-Quran Tafsir Ar-Rahman di ibu pejabat Percetakan Nasional Malaysia Berhad di sini. Turut hadir ialah Timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Abd Rahim Mohd Radzi.


GR kata: Perlu lebih ramai pemimpin macam DS Zahid Hamidi. #zahidVP01

Sunday, October 6, 2013

#pemilihanUMNO: DARI PINK KE RED COLOR, @Rosnah_ARS BAWA SUARA WANITA MUDA! #voteRosnah4MT @NajibRazak


Puteri dan Wanita memang tak dapat dipisahkan. Sumbangan mereka dalam pembentukan negara banyak baiknya tak kira dalam bidang yang mereka ceburi. Pandangan dari kalangan mereka juga banyak baiknya dalam pembentukan negara ke arah negara maju.

Inilah sumbangan yang telah diberikan oleh YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dalam memimpin Puteri UMNO Malaysia. Berpewatakan yang sangat sporting dan mudah bergaul dengan mana-mana lapisan masyarakat ia menunjukkan beliau seorang pemimpin yang harus dicontohi oleh lapisan wanita muda.

Secara peribadi GR mengenali beliau, Datuk Rosnah mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dalam karier politik beliau. Perkhidmatan yang beliau berikan pada rakyat dan juga negara sangat GR kagumi. Ini kita boleh lihat dalam program-program Puteri UMNO yang dianjurkan mendapat sambutan dikalangan wanita muda.

"Saya menawarkan diri kerana ingin menjadi barisan kepimpinan Wanita untuk meneruskan perjuangan saya dalam parti kerana saya orang muda, saya bukan lahir dari kalangan politik tetapi saya diperkenalkan dengan Umno... dan saya akan berjuang bersama-sama Umno dan Barisan Nasional untuk rakyat dan kesejahteraan negara kita..." - Rosnah Shirlin

Transisi Puteri ke Wanita adalah manifestasi kepada kelansungan perjungannya. Ianya adalah satu signal yang jelas kepada pengundi-pengundi dan ahli UMNO bahawa perjuangan tidak boleh terhenti. Perjuangan yang berpaksikan kepada agama, bangsa dan negara ini perlu diteruskan demi kelansungan Parti UMNO.

Justeru, adalah tidak rugi jika perwakilan dan ahli-ahli UMNO untuk mengundi YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin sebagai EXCO Wanita UMNO Malaysia dan Ahli majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Suara wanita muda juga perlu diangkat dan didengar pihak atasan demi kemajuan dan kestabilan agama, bangsa dan negara.


GR kata: Menyokong penuh kepimpinan Datuk Rosnah demi suara wanita muda.