Sunday, October 6, 2013

#pemilihanUMNO: DARI PINK KE RED COLOR, @Rosnah_ARS BAWA SUARA WANITA MUDA! #voteRosnah4MT @NajibRazak


Puteri dan Wanita memang tak dapat dipisahkan. Sumbangan mereka dalam pembentukan negara banyak baiknya tak kira dalam bidang yang mereka ceburi. Pandangan dari kalangan mereka juga banyak baiknya dalam pembentukan negara ke arah negara maju.

Inilah sumbangan yang telah diberikan oleh YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dalam memimpin Puteri UMNO Malaysia. Berpewatakan yang sangat sporting dan mudah bergaul dengan mana-mana lapisan masyarakat ia menunjukkan beliau seorang pemimpin yang harus dicontohi oleh lapisan wanita muda.

Secara peribadi GR mengenali beliau, Datuk Rosnah mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dalam karier politik beliau. Perkhidmatan yang beliau berikan pada rakyat dan juga negara sangat GR kagumi. Ini kita boleh lihat dalam program-program Puteri UMNO yang dianjurkan mendapat sambutan dikalangan wanita muda.

"Saya menawarkan diri kerana ingin menjadi barisan kepimpinan Wanita untuk meneruskan perjuangan saya dalam parti kerana saya orang muda, saya bukan lahir dari kalangan politik tetapi saya diperkenalkan dengan Umno... dan saya akan berjuang bersama-sama Umno dan Barisan Nasional untuk rakyat dan kesejahteraan negara kita..." - Rosnah Shirlin

Transisi Puteri ke Wanita adalah manifestasi kepada kelansungan perjungannya. Ianya adalah satu signal yang jelas kepada pengundi-pengundi dan ahli UMNO bahawa perjuangan tidak boleh terhenti. Perjuangan yang berpaksikan kepada agama, bangsa dan negara ini perlu diteruskan demi kelansungan Parti UMNO.

Justeru, adalah tidak rugi jika perwakilan dan ahli-ahli UMNO untuk mengundi YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin sebagai EXCO Wanita UMNO Malaysia dan Ahli majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Suara wanita muda juga perlu diangkat dan didengar pihak atasan demi kemajuan dan kestabilan agama, bangsa dan negara.


GR kata: Menyokong penuh kepimpinan Datuk Rosnah demi suara wanita muda.

No comments:

Post a Comment