Thursday, October 10, 2013

HOT: PEMBONGKARAN CERITA SEBENAR DISEBALIK PROGRAM DS @Zahid_Hamidi DI MELAKA! @malaysiakini @NajibRazak #zahidVP01


Setelah GR melihat banyak versi yang keluar cerita pasal majlis DS Zahid Hamidi di Melaka, GR terpanggil untuk menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Takkan nak bagi Malaysiakini atau mana-mana puak dari UMNO sendiri nak putar belitkan cerita.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Betul tak?

Pada 5 Oktober 2013, GR bersama rakan-rakan UMNO yang lain ke MITC Melaka untuk bertemu DS Zahid Hamidi Calon Naib Presiden UMNO (VP01) buat kali ke 2 dalam satu perjumpaan tertutup.

Secara jujurnya, sambutan dari sahabat rangkaian politik DS Zahid Hamidi di Melaka amat dahsyat. Sebagai calon Naib Presiden UMNO, beliau telah berucap dengan santai, tenang dan sambil menyentuh isu semasa yang berlaku dalam negara untuk membangkitkan semangat orang Melayu.

GR tengok ramai rakan perwakilan yang hadir khusyuk mendengar ucapan penuh bersemangatnya. GR yakin beliau seorang pemimpin “Ultra Melayu” yang pasti mendapat sokongan akar umbi.

Dalam tengah khusyuk dengar Zahid bercakap, salah seorang sahabat perwakilan ternampak kelibat kaum lain berada dalam “Majlis Melayu” ini. GR lihat dengan pantas salah seorang dari mereka bangun membisikkan hal ini kepada urusetia penganjur kerana isu yang dibangkitkan agak berat dan sukar untuk difaham oleh persepsi masyarakat majmuk.

Maka, pihak urusetia meminta kerjasama rakan wartawan untuk beransur keluar dengan segera dari majlis. Namun kumpulan wartawan tersebut berdegil dan enggan untuk beredar dari majlis atas alasan mereka telah dijemput oleh penganjur.

Beberapa orang pegawai bertanggungjawab memujuk para wartawan namun ia memakan masa yang agak lama sehingga menyebabkan campur tangan daripada DS Zahid Hamidi sendiri yang pada ketika itu sedang berucap di majlis tersebut.

Lantas, beliau telah mengeluarkan arahan dengan nada yang tegas kepada semua wakil media meninggalkan majlis dan mengingatkan mereka agar tidak melaporkan kenyataan tersebut serta menghormati keputusannya.

Para perwakilan memberi tepukan dan sorakan padu kepada DS Zahid Hamidi atas ketegasan beliau. Sebenarnya para perwakilan berasa marah dengan kehadiran wartawan Bukan Melayu dalam majlis tertutup ini.

Persoalannya, bagaimanakah para wartawan lebih-lebih lagi bukan Melayu boleh berada di dalam perjumpaan politik seperti ini? Bukankah lebih elok wartawan dipanggil selepas itu atau ketika sidang media dibuat. Masa tu tanyalah apa soalan pun. Tak gitu???

Apa perasaan kita kalau majlis tertutup kita dihadiri oleh orang luar? Umpama dalam satu mesyuarat keluarga yang diadakan di rumah tiba-tiba ada pula kehadiran orang luar dalam perbincangan keluarga tersebut ! Ini tidak manis. Betul tak??

Namun GR tak nafikan, sebilangan kecil rakan media yang diminta keluar berasa kecil hati, sentap dan marah sehingga mengeruhkan suasana di luar dewan.

Apa pun GR puji usaha penganjur dan pegawai mengawal keadaan tersebut secara berhemah dan profesional. Akhirnya, media menerima baik pujukan tersebut namun kelihatan seorang wartawan yang GR rasa dari Oriental Daily masih tidak berpuas hati dengan tindakan DS Zahid Hamidi.

Jangkaan GR memang tepat bila isu ini Malaysiakini telah  memutar belit dan memanipulasi kejadian sebenar yang bersumberkan dari Oriental Daily.

Wartawan tersebut berniat jahat dan ingin membalas dendam dengan menyalurkan isu ini kepada Malaysiakini yang sedang berusaha mensabotaj DS Zahid Hamidi walaupun telah diberi amaran oleh beliau untuk tidak mengambil gambar dan membuat laporan ucapannya. Pihak wartawan telah melanggar etika kewartawanannya sebagai pengamal media.

Pandangan GR, orang Melayu akan bergading bahu dan menambah sokongan kepada DS Zahid Hamidi sebagai Calon VP01. Pakatan haprak cuba untuk menjatuhkan imejnya....GR yakin perwakilan UMNO semua tetap berikan sokongan penuh dan undian diberikan pada DS Zahid Hamidi.

UMNO memerlukan pemimpin yang tegas, berani dan lantang bersuara seperti DS Zahid Hamidi. #zahidVP01



GR kata: Jaga2 dengan duri dalam daging kerana ia boleh merosakkan parti keramat dan semangat orang Melayu.

2 comments:

  1. BILA NAK TUTUP MALAYSIAKINI WEIIIII.......POMPANG JE PANDAI, ACTION TAKDE.....

    ReplyDelete
  2. MalaysiaKini should be closed. A rasist portal that will destroy Malaysia.

    ReplyDelete