Thursday, October 24, 2013

TERKINI: TAHNIAH @PDRMsia PEMBUNUH PEGAWAI BANK DITANGKAP! @Zahid_Hamidi


Sekalung tahniah diucapkan pada pihak Polis dengan kecekapan mereka menangkap segera perompak dan pembunuh pegawai bank yang melakukan rompakan semalam. Ini jelas menunjukkan PDRM cekap membuat tugas mereka.

Menurut maklumat dari rakan yang bekerja dengan MAB (yang belum dapat dipasti kesahihannya)  suspek sudah berjaya ditahan ketika membeli tiket di LCCT.

Jika benar maka jutaan tahniah kepada pihak POLIS yang berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan penangkapan lelaki berasal dari Sabah tersebut.

Diharapkan keluarga mangsa akan bersabar dan tabah menerima ujian Allah SWT ini.


Seorang pegawai operasi AmBank maut akibat ditembak dari jarak dekat di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank sendiri dalam rompakan di premis tersebut di Jalan USJ Sentral 2 di sini petang ini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan sejurus pintunya dibuka.

Tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun itu tepat mengenai muka Norazita mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek dikenali sebagai Ardi Hamza dan berasal dari Sabah itu kemudian mengambil sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam sebuah beg berwarna hitam yang dibawanya.

"Dia kemudian keluar menerusi pintu hadapan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Abdul Rahim seterusnya memberitahu, polis kini memburu suspek yang dianggap kejam dan berbahaya itu kerana turut melarikan senjata api berkenaan.

"Kita telah mengenal pasti identiti suspek tetapi apabila diperiksa kad pengenalannya, dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Abdul Rahim memberitahu, pihaknya menyiasat sekiranya suspek berkemungkinan warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu.

"Sebenarnya suspek berkhidmat di Bank Muamalat yang terletak bersebelahan AmBank dan merupakan pengawal gantian di bank itu hari ini.

"Kami telah mendapatkan maklumat dari syarikat keselamatan dan mereka memberitahu, suspek telah bekerja sebagai pengawal selama setahun dan telah bertugas di pelbagai bank," katanya.

Sementara itu, mangsa difahamkan telah 16 tahun bekerja di bank berkenaan dan mempunyai sepasang cahaya mata.
- Utusan


GR kata: Gunakan PCA baru depa tau suka ke tidak lakukan jenayah ni.

12 comments:

  1. Al-Fatihah utk. Pn. Norazita.

    KEJAMNYA PENJENAYAH mcm. ni - patut DIPANCUNG kepala bawah Hukum Hudud!! Baru penjenayah gerun!

    Dan siapa-siapa Bukan Islam buat aniaya kat umat Islam juga, mesti kena bawah Hukum Hudud spt. di Arab Saudi - bukan hanya yg. Islam dihukum!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. Macam mana dengan penyamun UMNO , berbillion billion lesap , lagi cover up pembunuhan melibatkan menteri 2 UMNO.Yang mana lebih teruk.

    ReplyDelete
  3. Sykt keselanatan ini patut disaman....krn cuai memilih pekerja dan tindakan pekerja mnyebabkan kehilangan nyawa...mrk ada insuran tu...saman...saman jgn tak saman..

    ReplyDelete
  4. Anon 2.59 pm. Hormatlah sikit arwah ni. Tak ada kena mengenanya dgn UMNO lah. Kalau kau mengungkit perkara sebegitu, mcm mana pula al juburi kau yang dah lesapkan duit rakyat dan mempunyai akaun berjuta2 didalam dan luar negeri tu. Mcm mana nak jadi PM kalau profile diri pun tak tentu hala. Al-fatihah buat Allahyarhamah dan takzian kepadaa keluarganya. Semoga rohnya dicucuri Allah dan dimasukan kesyurga. Allahyarhamah telah berbakti kepada Majikan dan Rakyat semua diatas tugasnya yang membahaya itu. Amin

    ReplyDelete
  5. Anon October 24, 2013 at 2:59 PM.
    Aku tak tau hang ni makhluk jenis apa. Dalam keadaan ni pun nak kait dgn politik. Moga Allah SWT bagi hidayah kt hang.

    ReplyDelete
  6. Anon tu bodo bertingket2...dia lahir pon sbb salah umno...kan semua salah umno...kita ptt bersatu ati..ni mmg duri dlm daging..si kitol punya keturunan..x bole tgk bangsa sendiri senang...bodo 7 keturunan

    ReplyDelete
  7. semua benda nk dipolitikkan...manusia yg tak der otak!

    ReplyDelete
  8. Jangan asyik nak tuduh orang UMNO ajer yang kaki songlap duit. Hang pi lah tengok pemimpin DAP, PAS dan jugak PKR. Hang memang buta mata dan buta hati tak Nampak kaum hang kaki songlap, korupsi dan penyeleweng. Sebab depa besar punya kaki songlap, depa korner tuduhan kepada kaum UMNO. Aku ni bukan ahli tegar UMNO, tapi aku celek politik, kerana aku campur dengan depa dan dapat intelligent pasal depa.

    ReplyDelete
  9. Celakalah anon 2.59PM dn aku mntk biar ahli keluarga ko pulak kena mcm ni, dn org komen bls mcm mo! Mnusia pencacai PR PAS PKR ngok, bodoh munafik! PAS rompak wang balu anak yatim, tabung MEMALI tu, ostad PAS bunuh murid xberdosa tu mnatang pe brok oii??

    ReplyDelete
  10. kepada babi2 yg cuba kaitkan hal politik dlm hal ni, aku nasihatkan pergi mampus dgn ahli politik pujaan korang tu.. nak hudud konon.. apa hukuman utk bunuh org bukan hukuman mati ke?

    ReplyDelete
  11. Bende mcm ni pon nk kaitkan ngn politik..ape ke bebal sgt la manusia mcm ni..patotnye ko yg kene tembak..semoge arwah ditempatkan dikalangan org yg terpuji...

    ReplyDelete
  12. Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata yang ada. Oleh itu, sebelum berkata, berfikirlah dulu akan akibatnya

    ReplyDelete