Thursday, October 24, 2013

KEMATIAN PEGAWAI BANK MACAI PAKATAN SALAHKAN UMNO? BACA LUAHAN SI SUAMI! @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi


Lanjutan peristiwa rompakan di Ambank USJ depan Giant/Maidin petang semalam yang melibatkan kematian pegawainya, suami arwah memohon  agar sesiapa yang ada gambar arwah kena tembak di kepala  tu tidak memanjangkan gambar tersebut seterusnya. Kasihanilah kepada  keluarga arwah yang mempunyai anak yang berusia berusia 8thn dan 12thn itu. Pesanan disampaikan melalui kenalan arwah.....Sekadar menyampaikan.

Sejak petang tadi tersebar luas gambar seorang pegawai bank wanita, Noazita bt Abu Talib yang ditembak di bahagian muka dan mati ditempat kejadian.Tindakan menyebarkan gambar mangsa kejadian jenayah membabitkan seorang pegawai bank wanita ditembak di muka sejak petang tadi merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Jika ia dilakukan oleh pegawai polis, maka tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang tdak beretika. Ini bukan kali pertama gambar-gambar yang mengerikan membabitkan mangsa jenayah diedarkan melalui telefon dan ruang siber.

Jika ia dilakukan oleh rakan-rakan arwah di Ambank tersebut, ini adalah satu perangai yang tidak bermoral. Ada juga yang sanggup mengaibkan rakannya sendiri demi untuk mencari populariti. Kita tidak pasti apakah tujuan yang melakukan melakukan tindakan ini. Mereka mungkin berniat baik mahu mendapat simpati masyarakat. Tapi sebahagian besar GR percaya mereka bertujuan mencari perhatian dan sekadar membuang masa tanpa memikirkan implikasi perkara ini kepada pelbagai pihak.

Memang benar dunia dan teknologi semakin canggih. Tapi gunakanlah dengan sebaik-baiknya kecanggihan yang Allah SWT berikan pada kita. Untuk menyalurkan maklumat perlulah dengan lebih berhemah bukan dengan mengaibkan sesiapa.

Ada pihak yang hanya pandai menunding jari pada pihak Polis jika penyebaran maklumat seperti ini berlaku. Tapi adakah kita sedar kadang-kadang ianya berpunca dari diri kita sendiri kerana mahu jadi yang terawal menyebarkan maklumat. Dengan tidak selidik dengan teliti situasi sebenar suatu kejadian itu berlaku. Bukankah ada lagi saksi yang berada di tempat kejadian tersebut, GR rasa ramai sudah melihat rakaman CCTV di Ambank tersebut. Fikirlah dengan bijak sebelum menghentam seseorang.

Ada satu pihak lain yang tak bertanggungjawab sanggup mempolitikkan perkara sebegini. Mereka ini seolah-olah tak ada otak dengan tanpa berfikir panjang dengan menyalahkan mana-mana parti politik. Pada mereka jika parti yang mereka sokong itu memerintah, negara pasti tak akan jadi kacau bilau atau pun kes tembak menembak. SIAPA YANG BODOH????

GR ada keluarkan artikel sebelum ini dan komen yang diberikan oleh puak-puak bangang ni korang boleh baca DI SINI.

GR mohon maaf artikel sebelum ini menyatakan perompak dan pembunuh tersebut telah ditangkap tapi masih bebas diluar sana. Marilah kita sama-sama bantu  pihak Polis sehingga tertangkapnya manusia binatang ini.

Rasulullah S.A.W bersabda:

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).

Apa pun GR harap kita semua harus ambil iktibar dalam insiden seperti ini. GR yakin Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk mengurangkan kadar jenayah di negara kita. GR tak mahu menyalahkan mana-mana pihak tapi kita semua harus ambil kira jangan sibuk nak aibkan sesiapa. Fikirkan kalau perkara sebegini jadi pada ahli keluarga sendiri, apa perasaan kita?

GR fikir sudah tiba masanya, Ketua Polis Negara wajar memberi peringatan serius dan juga mengambil tindakan kepada anggota Polis yang tidak beretika ini. Pihak Kerajaan juga harus pantau untuk tidak lagi berlaku sebarang penyebaran gambar seperti ini, apatah lagi maklumat palsu yang senang kita dapati di dunia maya sekarang ini.


GR kata: Al Fatihah kepada keluarga arwah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin

No comments:

Post a Comment