Apa akan jadi pada rakyat dan negara jika tiada undang-undang yang menitik beratkan tentang keselamatan rakyat dan negara. Adakah rakyat akan hidup dalam keadaan aman dan selamat seperti yang kita kecapi sejak zaman selepas Merdeka?
Untuk mengubal sesebuah undang-undang GR tahu bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya perlu dikaji dengan penuh teliti. Apa yang penting kehendak rakyat yang mahu kehidupan mereka lebih selamat dan terjamin menjadi keutamaan. Apa gunanya hidup serba serbi cukup tapi negara tidak dalam keadaan aman. Betul tak?
Sejak selepas zaman era pemerintahan Tun Mahathir, GR lihat pelbagai Akta digubal dan dimansuhkan. Apakah ini menunjukkan Kerajaan sedia ada takut dengan suara-suara asing yang mempunyai agenda mereka tersendiri? Adakah ini Transformasi yang dilakukan oleh Kerajaan menuju ke arah kebaikan? Atau negara akan jadi huru hara seperti yang terjadi di Mesir, Syria dan negara-negara lain.
Kerajaan harus ada pendirian yang KUAT untuk membentuk sebuah undang-undang baik yang baru atau lama. Jangan asyik 'Omong Kosong' saja, tapi hasilnya terbang ke laut entah ke mana. Mansuhkan ISA lah, ubah undang-undang itu dan ini...tengok hasilnya sekarang ramai pihak tak bertanggungjawab berani untuk menghina kedudukan agama Islam, hina perkauman, hina Sistem DiRaja dan macam-macam lagi. Buat undang-undang bukannya macam buat kuih karipap atau pun cekodok...main campak-campak jer yer!!
GR setuju dengan kenyataan Tun M nie:
Undang-undang atau akta yang telah digubal dan dilaksanakan dengan baik tidak perlu diubah sewenang-wenangnya kerana boleh mencetuskan masalah kepada negara.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, undang-undang yang telah dilaksanakan tidak sepatutnya ditukar sesuka hati ekoran desakan mana-mana pihak kerana hanya akan mendatangkan keburukan.
Beliau berkata, rakyat negara ini hidup secara aman dan harmoni serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain sebelum ini kerana adanya undang-undang dan akta tertentu yang dijadikan panduan.
"Namun, kini semuanya berubah apabila undang-undang tertentu termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan sehinggakan ada pihak yang berani menghina Islam.
"Mereka sekarang berani kata macam-macam kepada agama kita, dulu perkara ini tidak pernah terjadi, bila tiada undang-undang sedemikian inilah yang terjadi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau mengulas tentang hasrat kerajaan untuk mewujudkan undang-undang baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Hasutan 1948.
Selain itu, katanya, kerajaan perlu fikir secara mendalam sekarang untuk melaksanakan Akta Keharmonian Nasional.
"Dulu ada macam-macam undang-undang dan akta, itu yang membuatkan kita harmoni, sekarang bila undang-undang tiada, rakyat bebas," katanya. - Utusan
Pada DS Najib Razak, walau apa pun Akta yang ingin digubal atau diubah...fikirkan dulu kehendak sebenar rakyat. Jangan asyik fikir dan dengar cakap sebelah pihak. Perlukan ketegasan yang kuat dalam mentadbir negara. Jangan diulang perkara yang lepas seperti Pak Menteri sebelum ini yang hanya pandai cakap tapi hasil kerjanya entah ke mana. Tak berani ambil risiko dan tindakan, hanya 'Amaran' saja diberi....kalau macam tu baik tak payah jadi Pak Menteri.
Jika keputusan Kabinet mahu mansuhkan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan Akta Harmoni, HARUSLAH KEKALKAN iaitu 4 perkara utama yang termaktub dalam Perlembagaan harus DIPERTAHANKAN seperti yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan:
1. Kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
2. Kedudukan Raja-Raja Melayu
3. Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu
4. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangasaan
GR kata: Dengarlah isi hati rakyat yang mahukan keselamatan mereka terjamin. Malaysia negara yang aman bukannya ke arah jadi huru hara!
SAY NO TO NAJIB, HISHAM, NAZRI, KJ, PEGUAM NEGARA .....
ReplyDeleteKalo Najib sayangkan negara lepaskan jwtn pm tuh secara sukarela sblm negara hancur...
setuju 100% bro.. agak tepat analisa ko tu mengenai musuh2 dlm selimut kpd umat islam melayu dan raja melayu..
DeleteSalam.benda dah baik nape nak bubar.najib dah sengal sangat skarang ni....tsmy wajib bertanding presiden UMNO...smalam dia baca je kenyataan punasihat dia kot pasal pasanagn porno n kenyataan pasal undang undang gantian ordinan darurat...muka dah bersalah sangat...nampakmtakut n blur pun ada...cakap pun tergagap gagap....hahah...najib must go!
ReplyDeleteBudakteranung
najib bule bt apa..rosmah kontrol..lain la tun..
ReplyDeleteSaya setuju sangat TSMY tanding jawatan Presiden Parti keramat UMNO.
ReplyDeleteNampak gayanya Najib hanyalah salinan Pak Lah. Hidup UMNO....
"Nampak gayanya Najib hanyalah salinan Pak Lah."..
ReplyDeleteHmm.. Betul.. Cuma kualiti salinannya yang lagi gelap dan tak berkualiti..
ajib syok dgnNKRA dan KPI yg menunjukkan Angka..hhakikatnya..Najib kena kencinngg..hakikatnya rakyat tak rasa apa apa..rakyat rasa takut, dn lemahhnya dn sistem pendakwaan yg terpilih, lewat, Rasuah kecil masih berlambak d tepi jalan, tengah jalan dalam pejabat, rumah sundal bersepah, judi berlambak, tembak sana si i selalu berlaku, rompak, pecah rumah byk..hanya ramai yg mahu lapurkan sebab tak ada tdakan atau atau atau ..Najib Gagal.. Lagi gagal dari Pak Lah..Najib berkiblatkan Cinabeng hingga sanggup menukar nama Ah Jib Gor..
ReplyDeleteKalau begitu baguslah apa yang ditegur oleh Tun M kepada Najib. Itu satu teguran yang baik agar Najib jangan terikut-ikut sangat rentak pemimpin pembangkang. Masalahnya kenapa pasal ini nak minta Najib letak jawatan pulak. Awat tak suruh Anwar letak jawatan seperti yang dia canang sebelum PRU yang lepas. Apasal masih lagi jadi pemimpin pembangkang. Kata nak jadi guru kalau PR tak membentuk kerajaan. Inilah aku boleh katakan CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
ReplyDelete