Friday, July 19, 2013

HOT: KARPAL JATUH SAKIT, GOBIND TERSUNGKUR DI MAHKAMAH! AMIR BAZLI JADI MELAYU HAPRAK! @Zahid_Hamidi @GobindSinghDeo


Berani kerana benar, takut kerana salah....akhirnya cerita lapuk yang diadakan oleh Amir Bazli sudah sampai penghujungnya. Mengharapkan belas kasihan pada Pakatan Haprak tiada hasilnya. Apa yang beliau dapat? Malu...kononya nak bela maruah sendiri tapi apakan daya, Allah S.W.T bersama hamba-Nya yang benar dan taat pada perintah-NYA.

Sudah GR katakan sebelum ini, jika kita ada buat kesalahan jelas dengan bukti yang sah kenapa masih cuba untuk berdolak dalih lagi. Barulah GR tahu, kenapa Amir Bazli ini secara tiba-tiba muncul kembali nak jadi 'Hero Malaya'. Dia fikirkan jadi KELDAI pakatan membuahkan hasil...memang buahkan hasil, hasilnya 'upahan' yang diterima kerana puak Pakatan Haprak sudah mula goyang bila DS Zahid Hamidi menjadi Menteri KDN yang baru.

Jadi sekarang korang semua dah tau siapa yang betul dan salahkan. GR nak katakan di sini, Amir Bazli Abdullah ini seorang Melayu yang lupa diri dan bodoh. Tak kenal erti kasih sayang dalam kekeluargaan. Lain kali guna otak jangan guna pungkok....

Kes saman sivil seorang ahli perniagaan terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selesai hari ini selepas kedua-dua pihak bersetuju menarik balik tuntutan yang difailkan masing-masing di mahkamah.

Keputusan itu dicapai selepas Ahmad Zahid selaku defendan dan plaintif Amir Bazli Abdullah, hadir pada mediasi di dalam kamar di hadapan Ketua Pusat Mediasi Selangor Hakim Rohani Ismail, di Mahkamah Sesyen Sivil Shah Alam.

Peguam Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid dan Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli, memberitahu wartawan mereka tidak dibenarkan Rohani untuk bersama anak guam masing-masing semasa proses mediasi itu.

Dalam pada itu, Amir Bazli berkata kes antara beliau dan Ahmad Zahid selesai dan beliau bersetuju untuk menarik tuntutan ke atas defendan dan defendan akan menarik balik tuntutan balas ke atas plaintif.

Beliau juga berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan hal mengenai relif dan ganti rugi menerusi rundingan antara mereka berdua tanpa kehadiran peguam.

Dalam saman yang difailkan pada 4 Julai 2007 untuk menuntut ganti rugi, Amir Bazli, 42, mendakwa pada 16 Jan 2006, Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang hingga menyebabkan tulang hidungnya patah dan matanya bengkak.

Pada 29 Ogos 2007, Ahmad Zahid memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya mengetepikan saman itu atas alasan ia perkara remeh.

Permohonan beliau ditolak Mahkamah Tinggi pada 21 April 2010. Pada 15 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan beliau itu.

Ahmad Zahid memfailkan tuntutan balas terhadap Amir Bazli pada 24 Ogos 2010 untuk menuntut ganti rugi bagi distres teruk, malu dan keresahan yang dialaminya, di samping ganti rugi fitnah berhubung penyiaran kejadian yang didakwa berlaku itu selepas Amir Bazli menemui media.

Dalam penyata bela dirinya, Ahmad Zahid, yang ketika itu adalah Timbalan Menteri Penerangan, menafikan beliau pernah menumbuk Amir Bazli hingga mencederakan mukanya dan mendakwa perkara itu sengaja direka Amir Bazli.


GR kata: Orang Melayu jual maruah atas sebab peribadi adalah Melayu yang dayus!

No comments:

Post a Comment