Wednesday, February 27, 2013

'WELCOME BACK MY TOY BOY BALA'! BALIK KASI TABUR FITNAH YA - ANWAR IBRAHIM


Dunia akhir zaman, bila perkara yang dilarang dalam Islam disanjung tinggi oleh masyarakat sekarang. Masih ingat dengan SI PENABUR FITNAH pada DS Najib Razak yang kononnya terbabit dalam siri pembunuhan Altantuya??

Tahun 2008 negara kita dikejutkan dengan akuan sumpah Bala yang menyatakan Perdana Menteri DS Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Ramai rakyat Malaysia termasuk GR sendiri pada ketika itu maki hamun PM dan ada juga menyatakan ini semua kerja Datin Sri Rosmah yang cemburu sangat. 'Game plan' Pakatan Pembangkang pada ketika itu berjaya menaburi mata rakyat dengan penipuan yang tak berasas ini.

Kelmarin, dalam tulisannya, Raja Petra telah ‘pecah lubang’.

Menurut beliau, seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.

Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.

Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.

Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.

“Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR,” dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.

Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.

Inilah 'rekaan permainan kotor' pakatan pembangkang untuk menipu rakyat dan menanamkan kebencian pada DS Najib Razak. Jika kes pembunuhan ini benar terjadi, kenapa Bala perlu 'HILANG' secara tetiba sampai ke luar negara....betul tak? Dan kepulangan si penipu ini disanjungkan bagaikan menyambut seorang artis yang berstatus popular.

Taktik kotor yang Anwar lakukan kali ini adalah jalan terakhir beliau menjelang PRU13. Kenapa sekarang Bala balik...pelikkan?? Anwar akan terus terkubur sibuk fitnah sana sini, pada hal kisah peribadinya sendiri sampai sekarang tak berani nak mengaku mahupun ANGKAT SUMPAH LAKNAT!


GR kata: Ada berani ker Bang Non??

No comments:

Post a Comment