Sunday, February 3, 2013
#BR1M2.0 BUKTI KERAJAAN BANTU RAKYAT! ANWAR MACAM BIASA CAKAP BUIH MULUT!!
Kegagalan pembangkang menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum 2008 serta ketidakmampuan melaksanakan amanah rakyat jelas memperlihatkan ciri munafik dalam pakatan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang bukan sahaja gagal menunaikan setiap janji yang dibuat walaupun memerintah empat negeri, tetapi paling memalukan menganggap manifesto bukan janji.
Menurutnya dalam Islam, ciri-ciri orang munafik adalah tidak menunaikan janji yang dibuat dan hakikat tersebut sedang dilakukan pakatan pembangkang sama ada di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan juga Kelantan.
Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), Najib berkata, sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kerajaan bukan sahaja berjaya melakukan transformasi tetapi juga menunaikan setiap janji yang dibuat.
Terbaharu kata beliau, sebagaimana dijanjikan, sebanyak 7.3 juta rakyat yang layak akan mula menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 berjumlah RM500 setiap seorang mulai hari ini selepas diumumkan dalam pembentangan Bajet 2013 lalu.
"Tanya golongan ibu tunggal di Selangor, mana elaun untuk mereka (pakatan pembangkang) yang dijanjikan? Mana janji nak turunkan cukai pintu? Tanya penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang? Apa sudah jadi? Yang tinggal sekarang cuma buah pala.
"Manifesto pilihan raya adalah janji kepada rakyat tetapi Menteri Besar Selangor, (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) boleh kata itu bukan janji. Dalam Islam tidak tepati janji dan tidak amanah adalah ciri-ciri munafik," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan kira-kira 15,000 penduduk Ampang dan Pandan sempena pelancaran BR1M 2.0 peringkat nasional di Ampang, dekat sini hari ini.
Sempena majlis tersebut, Perdana Menteri menyampaikan BR1M kepada 30 penerima daripada 10,000 orang yang melibatkan Parlimen Ampang dan Pandan sebagai simbolik pelancarannya.
Yang turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo.
Dalam pada itu, Najib berkata, pemberian BR1M mampu diteruskan kerajaan kerana sistem urus tadbir ekonomi yang baik dan bukan melalui kutipan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti didakwa pembangkang.
Beliau yang menyelar dakwaan itu sebagai tidak berasas dan tiada fakta berkata, negara mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak lima peratus pada tahun lalu iaitu jauh lebih baik berbanding prestasi ekonomi di negara-negara maju lain.
"AES hanya saman orang yang memandu melebihi had laju. Orang yang ikut peraturan tidak disaman, malah kita sedang tangguh pelaksanaan tetapi pembangkang tuduh pemberian BR1M adalah hasil AES. Ini tidak berasas sama sekali.
"Kita mampu bagi kerana ekonomi mantap, tahun lalu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengutip hasil hampir RM125 bilion iaitu rekod tertinggi dan kita salur sebahagian kepada rakyat melalui BR1M," katanya. - Utusan
GR kata: Tahniah kepada 7.3 juta rakyat Malaysia yang terima BR1M2.0. Terima kasih Kerajaan dan YAB PM!!
No comments:
Post a Comment