Bahang Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13) semakin hampir dan semakin dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Inilah penentu sama ada mengekalkan pucuk pimpinan Kerajaan yang sedia ada sekarang atau pun bertukar milik kepada Pakatan Pembangkang.
Kita juga lihat di seluruh negara jentera-jentera telah pun siap sedia untuk menghadapi peperangan yang akan menentukan nasib dan masa depan negara. Malam tadi, Pergerakan Pemuda Seputeh telah melancarkan Program Pelancaran Jentera Pemuda BN PRU13 Parlimen Seputeh. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda WP, Datuk Rizalman Dato' Mokhtar juga merangkap Ketua Pemuda Bdr Tun Razak.
Apa yang dapat dilihat sekarang semangat anak muda khususnya di Parlimen Seputeh begitu tinggi untuk membantu BN merampas pucuk pimpinan dari tangan YB Teresa Kok dari DAP. Mereka sudah mula segar sudah sekian lama mereka dipergunakan oleh DAP yang hanya pandai bermain kata-kata menjelang pilihanraya. Bila sudah lama menjadi wakil rakyat, tunjuk muka berjumpa dengan rakyat jauh sekali.
Walaupun Parlimen Seputeh majoritinya dari kaum Cina, mereka ini mula sedar kerana selama beberapa tahun ini mereka silap memilih wakil rakyat mereka. Yang hanya pandai dengan slogan 'No Complaint, No Help' telah menjadi mimpi ngeri pada rakyat di Parlimen Seputeh.
Semua juga sedia maklum bahawa selama ini di Seputeh siapa yang buat kerja. Walaupun mempunyai Ahli Parlimen tapi rakyat Seputeh lebih selesa dan bersyukur menerima bantuan dari Kerajaan yang disampaikan oleh UMNO/BN Seputeh. Inilah semangat yang GR lihat, tiada sebarang belas kasihan yang diberikan oleh UMNO/BN memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat khususnya di Seputeh.
Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) juga dibuka untuk rakyat di Seputeh malam tadi. Sambutan yang sangat baik diberikan oleh rakyat di Seputeh. Ada yang GR tanya mereka sungguh berasa gembira kerana dengan bantuan ini dapat meringankan beban mereka untuk memiliki lesen memandu. Ada yang umurnya mencecah hampir 40 tahun pun masih tidak mempunyai lesen memandu.
Tahniah kepada Pemuda Seputeh. Teruskan semangat juang yang tinggi ini sehinggalah PRU13 nanti yang sudah tidak berapa lama saja lagi. Tidak mustahil bumi Seputeh boleh jatuh ke tangan BN jika gerak kerja dibuat dengan baik. Perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat diteruskan tanpa rasa jemu. Inilah masanya memilih antara belian dan kaca.
GR kata: Teresa Kok kata letak selipar pun boleh menangkan....lepas ni selipar tu makan diri dia balik!! Asal Bukan Cina DAP!!!
Yg layak di halau keluar dr bumi Allah ni ada lh mereka2 menidak kn hukum Allah di muka bumi ini.
ReplyDeletePAS lah yg me permainan hukum ALLAH....Tidak istighomah dlm mempertahankan kalimah ALLAH...menyesal aku undi PR di PRU 12,,,
ReplyDelete