Monday, December 3, 2012

UMNO/BN SUDAH TIDAK RELEVAN ATAU PAKATAN PEMBANGKANG? #PAU2012

Perhimpunan Agung UMNO 2012 telah pun menutup tirainya pada hari Sabtu yang lepas. Suatu perhimpunan yang amat bermakna pada seluruh orang UMNO dan rakyat Malaysia. Mandat dan amanat yang diberikan oleh YAB Presiden UMNO membolehkan setiap orang UMNO perlu membuat kerja yang diamanahkan perlu dilakukan yang terbaik untuk rakyat.

UMNO/BN sudah lama bersedia menerima perubahan yang diberikan oleh rakyat terutama sekali dari golongan anak muda kerana pandangan dan isi hati mereka yang baik harus diberikan peluang pada mereka untuk sama-sama membantu pembangunan negara ke arah lebih baik.

UMNO/BN sudah tidak relevan? Betul ker? GR ingin berikan sedikit gambaran jika benar apa yang pembangkang katakan bahawa rakyat sudah menyampah pada UMNO/BN kenapa rakyat masih ingin pelbagai bentuk kebajikan dari Kerajaan termasuklah pembangunan negara demi masa depan yang lebih baik. Nampaknya ada yang cakap-cakap puak pembangkang ni kena pada batang hidung mereka sendiri.

Ingin dibandingkan pembangkang dengan UMNO/BN jauh sekali, lihat sajalah di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka kenapa rakyat masih merungut kesedihan dengan nasib yang menimpa mereka. Rakyat yang bijak saja boleh menilai mana yang baik dan buruk. Bukannya dengan membuta tuli maki hamun dan mudah terhasut dengan kata-kata dari mereka yang 'Mulut Manis'.





GR kata: UMNO doakan kesejahteraan untuk semua rakyat tak kira bangsa. Doa PAS macam mana pula??

No comments:

Post a Comment