Monday, December 3, 2012

EKSKLUSIF: KONSPIRASI ANWAR IBRAHIM AKAN BERLAKON ANGKAT SUMPAH DAN SANGGUP DITEMBAK!?


Permainan Anwar Ibrahim semakin hari semakin mengarut. Beliau sanggup lakukan apa saja demi mencapai matlamat beliau untuk duduk di kerusi Perdana Menteri yang baru jika Pakatan Pembangkang menang pada PRU 13 nanti. Lakonan bodoh yang beliau lakukan sudah lama rakyat ketahui tapi kenapa masih yang buat bodoh tak tau. GR yakin rakyat sedar sudah lama DITIPU oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya ini jelas dengan rating beliau yang sekarang sudah jatuh menjunam.

Ini jelas terbukti dengan rakyat sudah menyampah dengan pentadbiran di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang. Rating Anwar baik dari segi janji manis beliau, media sosial dan pelbagai lagi nak dibandingkan dengan rating PM DS Najib Razak bagaikan langit dengan bumi. Kita tidak boleh ambil ukuran dengan kehadiran masyarakat yang kadang ramai dan tak ramai dalam ceramah Anwar.

GR juga lihat sejak Pakatan Pembangkang memeritah Kedah, Selangor dan P.Pinang tidak ada sebarang program kebajikan untuk rakyat. Malah rakyat merana teruk, janji manis yang diberikan pada PRU 12 tidak satu dikotakan. Bayangkan jika Pakatan Haprak ini memerintah negara, nasib rakyat ketika itu bagaimana? Inikah yang kita mahukan demi pembangunan dan kebaikan untuk agama, bangsa dan negara?

Sekarang terlalu banyak sintemen buruk yang mereka cuba tanamkan dalam hati dan pemikiran rakyat. Apa yang UMNO/BN buat untuk rakyat semuanya tak betul. Buat demo sana sini untuk memupuk kebencian dalam hati rakyat pada Kerajaan. Kesalahan yang mereka buat terlalu banyak tak nak pula mereka mengaku malah disalahkannya balik pada UMNO/BN. Inikah contoh yang terbaik jika sesebuah parti itu mahu mendapat mandat dari rakyat? Bukan cakap guna mulut saja yang hebat tapi perlaksanaan itu lebih penting.

Terbaru, pendedahan yang dibuat oleh sahabat blogger GR iaitu Pisau.Net Anwar Ibrahim akan ANGKAT SUMPAH dengan menyatakan beliau "Tidak" melakukan apa yang rakyat lihat sebelum ini. Persoalannya BERANIKAH BELIAU UNTUK BERMAIN DENGAN HUKUM HAKAM ALLAH S.W.T?

Pelbagai bukti yang sudah dijelaskan kepada rakyat untuk menilai siapakah Anwar Ibrahim. Jika beliau bukan seorang PENIPU BESAR, kenapa setiap "Janji Manis" yang keluar dari mulut beliau tidak dikotakan. Kenapa terlalu banyak helah pusing auta beliau demi meraih undi dari rakyat. GR juga difahamkan Anwar Ibrahim akan buat beliau diri sanggup DITEMBAK demi mendapat simpati dari rakyat. Dan akan menyalahkan UMNO/BN punya angkara. Rakyat harus pandai menilai jangan terpengaruh dengan lakonan "Hebat" Anwar ni. Jaga-jaga yer....

Baca juga DI SINI


GR kata: Jangan main sumpah, nanti termakan sumpah. Allah S.W.T Maha Berkuasa atas segala-galanya!!

1 comment:

  1. Sedangkan kerajaan fokus untuk mempertahankan maruah negara, pembangkang juga sibuk. Anuar dgn ceramah lahad datunya. Semua tak kena. Lambat bertindak kena. Hantar polis pun jena. Buat serangan pun kena....lim kit siang pula dengan desakan pembubalan parliment..
    Tuan tuan lihatlah...jadilah hakim yang baik.

    ReplyDelete