Thursday, December 20, 2012

KELAKAR: FUZIAH TORRON BUAT LAWAK KER DER VERSI PUSING KEPALA!! #PRmenipu


Sudah lama kita tak dengar Ahli Parlimen Kuantan puak Pakatan ni melalakkan. Ingatkan dah 'terkubur' di Kuantan dan sekarang mencari tempat baru untuk dia menampung. Bukannya apa, tempat baru tersebut yang beliau ingin tawarkan diri untuk bertanding pada PRU 13 nanti. Lepas tu rakyat di kawasan baru tu pun menerima nasib yang sama seperti rakyat di Kuantan...hari-hari kena "KENCING". Kesian...kesian....kesian!!

Rata-rata kalangan ahli parlimen dari Pakatan Haprak, apa yang mereka buat untuk kawasan mereka. Pembaca yang mungkin dari kawasan mereka yang memimpin lebih arifkan. Pembangunan yang lebih baik ada tak dilakukan di kawasan mereka sebagai pemimpin? Rakyat dibantu sehabis baik tak di kawasan tersebut? Korang rasa macam mana? Pendapat GR lagi senang, diaorang ni lebih suka melalak melolong sana sini sebar fitnah dan penipuan pada rakyat. Jangan libatkan rakyat, mereka tak bersalah dalam ini cerita. Ada faham ka!!!

GR nak gelak guling-guling pun ada ni pasal YB Fuziah Torron ni. Bukannya apa, pasal isu LYNAS ni. Al kisah sebenar pun sudah rakyat Malaysia ketahui bahawa LYNAS tidak membawa sebarang kesan negatif pada rakyat Malaysia. Kononnya kadar radioaktif yang sangat tinggi di kawasan kilang LYNAS dibina, sampai semua hidupan mati muntah hijau macam video low class yang MP Kuantan muat turun di Youtube.

Pada pertengahan Jun 2012, GR sendiri turun ke Himpunan Hijau di Kuantan dan melihat sendiri demo yang Pakatan Haprak ini lakukan. Ternyata tiada sebarang impak dan sokongan yang diberikan oleh rakyat khususnya dari Kuantan sendiri. Malah mereka yang datang dari negeri-negeri sekitarnya dan ada yang dari Kuala Lumpur juga. Mereka dibayar untuk membuat provokasi murahan agar PENIPUAN mereka ini didengar tapi itu semua hanyalah mimpi disiang hari.

Fuziah Torron kata pihak Kerajaan patut berterima kasih kepada beliau? Apakah kerajaan selama ini bodoh dalam membuat sesuatu perkara untuk rakyat dan negara? Dalam isu LYNAS ini, sudah semestinya kajian dibuat bertahun-tahun untuk memastikan tiada sebarang perkara yang boleh memudaratkan negara terutama sekali rakyat. Takkan lah buat sesuatu yang besar keberhasilannya pada negara pihak kerajaan akan buat keputusan sambil lewa. SAH!! Ahli Parlimen Kuantan ni yang tak guna otak!! Cakap main hentam keromo fakta tak ada.

Seharusnya Fuziah Torron yang patut MOHON MAAF pada pihak Kerajaan dan terutama sekali kepada rakyat Malaysia sebab banyak sangat tabur fitnah dan penipuan pada rakyat. Dah buat salah tu mengaku sajalah...betul tak? Apa yang susah sangatkan....

Setiap manusia ini Allah S.W.T jadikan tidak sempurna dan tak lari dari membuat kesilapan. So fikir-fikirkanlah yer wahai Ahli Parlimen Fuziah Torron. Nak tau pasal mSv dan radioaktif KLIK SINI


GR kata: Nak buat video Fuziah Torron jadi Gaban lah...Ok tak??

No comments:

Post a Comment