Sunday, November 4, 2012
PANAS: 'SUP LIDAH' JULIANA EVANS BUAT ZIZAN RAJA LAWAK FRUST MENONGGENG
Peminat kepada pelakon wanita muda, Juliana Evans sudah ketahui yang pelakon berdarah kacukan itu sedang berada di negara Amerika Syarikat (AS). Keberadaannya di sana adalah kerana menyambung pelajarannya dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Michigan.
Umum juga mengetahui yang Juliana atau mesra dipanggil dengan Jue mempunyai hubungan yang rapat dengan pelakon lelaki, Mohd Razizan Abdul Razak atau Zizan Raja Lawak. Mereka pernah dilihat berkelakuan mesra di khalayak ramai.
Malah, kemesraan antara mereka bersambung di laman sosial Twitter masing-masing. Kalau sudah nampak kemesraan antara mereka berdua, pastilah orang ramai khususnya peminat-peminat mereka berdua mengatakan mereka berdua sedang hangat bercinta.
Bukan itu sahaja, melihatkan kedua-dua ‘pasangan’ ini memakai cincin yang sama, itu mengukuhkan lagi dakwaan mereka sedang dilamun cinta. Namun, adat dalam dunia artis, Jue dan Zizan lebih mudah untuk membalas tanggapan umum mengenai mereka dengan mengatakan mereka hanyalah berkawan rapat sahaja.
Sewaktu Jue ingin berlepas ke AS, Zizan yang turut mengiringi pemergiaan Jue ke negara orang untuk mengejar cita-citanya mengakui berasa sedih dan menangis kerana terpaksa berpisah dengan ‘kekasih hatinya’. Jadi, apa lagi yang ingin disorokkkan.
Persoalannya sekarang, apakah hubungan antara Zizan dan Jue sekarang ini? Adakah mereka masih lagi bercinta atau ‘berkawan rapat’ lagi? Baru-baru ini, beberapa keping foto Jue yang berpacaran dengan seorang lelaki Mat Salleh telah tersebar.
Jue dilihat mesra bersama lelaki tersebut yang namanya ialah Nate Miller. Mereka seakan-akan gembira ketika bercuti bersama-sama. Adakah Jue sudah pun menemui pengganti atau ‘kawan rapat’ ketika berada di sana? Yang pasti, Zizan akan menitiskan air matanya sekali lagi… - mynewshub
GR kata: Dalam setiap hubungan perlukan kejujuran...betul tak??
No comments:
Post a Comment