Sunday, November 4, 2012
HUDUD PAS BUAT RAKYAT BENCI PAKATAN PEMBANGKANG! @Rosnah_ARS
Penerimaan masyarakat cina yang positif terhadap hukum hudud menunjukkan bahawa masyarakat cina mulai memahami hukum hudud yang sebenar. Hal ini kerana selama ini terdapat segelintir masyarakat bukan Islam yang salah faham terhadap hukum hudud yang digembar gemburkan oleh PAS. Enakmen hukum hudud yang dirangka oleh PAS adalah tidak lengkap sehingga menyebabkan masyarakat bukan Islam memandang hukum hudud ini sebagai hukum yang zalim.
Sebagai umat Islam, Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia. Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dan lain-lain yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar.
Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya. Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami.
Sesuatu yang wajar diakui adalah bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan. Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu.
Oleh itu, untuk kita melaksanakan hukum ini di Malaysia terdapat banyak perkara yang perlu kita ambil kira. Hal ini kerana pelaksanaan hukum hudud itu harus bersedua ke arah kesempurnaan pelaksanaannya. Hal ini kerana, kita perlu melaksanakan usaha memberi kefahaman masyarakat mengenai hukum ini. Hukum Hudud ini besar dan banyak cabangnya. Perlu diperhalusi teori dan perlaksanaannya. Kita tidak mahu pelaksanaannya tidak sempurna kerana ini soal hukum Allah. Kita juga tidak mahu pelaksanaan hukum ini di Negara kita mendapat tentangan dari kaum lain, sedangkan hukum ini merupakan hukum yang memberi keadilan untuk semua.
GR kata:
No comments:
Post a Comment