Thursday, October 25, 2012

OH, @n_izzah MANA JANJI MANIS MU SAYANG!?


Mana mungkin siapa tidak kenal dengan awek cun gambar di atas, seorang ahli parlimen dan anak segala kaki temberang, betul tak? YB Nurul Izzah  yang kita lihat tak sampai setahun jagung dalam arena politik tanahair tiba-tiba melonjak naik menjadi seorang ahli parlimen. Jika dilihat adakah faktor Nurul Izzah ini layak menjadi ahli parlimen, atau pun rakyat di Lembah Pantai buta mata dan hati silap menilai ketika menabur undi pada PRU 12 yang lepas.

Apa yang sebenarnya terjadi selama beliau menjadi ahli parlimen di Lembah Pantai? Kenapa rakyat di Lembah Pantai mengeluh? Kalau sikit tak perla jugak, ini mengeluh panjang tuuuuee. Wahai YB sayanggg, masih ingatkah dikau pernah berjanji dengan warga emas dan surirumah di Lembah Pantai pada PRU 12 yang lepas. Kenapa sampai la nie buat makcik-makcik ni menanti bagaikan pungguk rindukan bulan? Mana elaun saraan yang YB janjikan nak berikan pada makcik-makcik ni? Tak kesian ker tengok makcik-makcik ni mengharapkan sangat dengan YB. Aduyaiiii.....

Janji tersebut diberikan oleh kerana ianya menjadi punca pengundi ‘terpaksa’ beralih arah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai ketika itu tidak mampu untuk menjanjikan perkara sama. So YB...dalam hal ni nak salahkan siapa? UMNO/BN juga yang salah ker??

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, wanita surirumah dan warga emas di Lembah Pantai memberitahu mereka dijanjikan pemberian elaun sara diri sebanyak RM600 hingga RM1,500 mengikut kawasan oleh YB Nurul Izzah. Tapi sehingga sekarang jangan kata elaun, RM 1 pun tak nampak bayang.

Sehingga kini tak ada khabar berita baik pun untuk warga emas dan surirumah, kesian tengok mereka. Kita lihat rata-rata kebanyakkan dari mereka dari kalangan kurang bernasib baik dan mereka perlu dibantu. Ahli Parlimen sekarang GR lihat hanya makan gaji buta. Yang dia tahu ceramah sana sini dan tanamkan pemikiran busuk kepada rakyat tentang kebaikan yang dibuat oleh pihak Kerajaan BN.

Apa yang kita lihat pembangunan dan bantuan yang diberikan sepanjang tempoh 4 ke 5 tahun ini semuanya hasil usaha YB Dato' Raja Nong Chik. Tahniah GR ucapkan pada Dato' Raja Nong Chik dan barisan kepimpinan UMNO/BN Lembah Pantai yang sentiasa memberikan bantuan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Lembah Pantai. Teruskan berkhidmat dan nyahkan ahli parlimen yang tak nak buat kerja dari kawasan anda.


GR kata: Nurul Izzah sayang tengah tunggu video dengan pensyarah yer? Sabar yer sayang....

No comments:

Post a Comment