Thursday, October 25, 2012

#Aidiladha: ADAKAH TRAGEDI INI AKAN TERJADI LAGI??


InsyaAllah esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Sebut pasal ibadah Qurban, pembaca masih ingat lagi dengan gambar di atas. Apakah hukumnya seorang yang bukan Islam melakukan ibadah qurban. Tidak kiralah beliau menyembelih atau pun turut serta melapah binatang qurban tersebut. Adakah kesucian mereka terbukti bersih dari segi luaran dan dalaman semasa mereka syok potong-potong binatang qurban tersebut?

Di manakah peranan umat Islam yang di dalam pakatan pembangkang, hanya diam membisu dan melihat saja kerana takut kehilangan kerusi dan undi pada PRU 13 nanti ker?? Inilah perangai busuk pakatan pembangkang...apa yang mereka buat semuanya HALAL dan betul belaka. Tidak ada salah silapnya walaupun suatu perkara tersebut sudah terbukti kegelincir jauh dari landasan Islam.


Pada pembaca budiman, jika berlakunya sekali lagi tragedi di atas jangan takut tegur saja mereka. Pada Imam serta AJK surau/masjid janganlah terlampau taksub dengan politik. Jangan dicampur adukkan kisah politik dalam ibadah Hari Raya Qurban. Jika ianya terbukti salah buatlah yang terbaik demi menjaga nama baik Islam. Kalau korang parti yang membela Islam, tunjukkan...jangan pakai saja kopiah serban di kepala tapi akal letak kat BONTOT!!!


GR kata: Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada seluruh umat Islam di dunia. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

No comments:

Post a Comment