Wednesday, April 11, 2012

PANAS: PTPTN DISERANG MAHASISWA?? #mejabulatptptn



PTPTN diserang dengan pelbagai resolusi yang bernas oleh wakil-wakil mahasiswa yang hadir di Program Meja Bulat PTPTN. Resulosi ini diberikan untuk menambahbaikkan perkhidmatan PTPTN yang sedia ada.

Rata-rata mahasiswa di Malaysia TIDAK menyokong jika PTPTN ini dimansuhkan kerana boleh memberi impak yang buruk kepada mereka dan negara. Rata-rata peminjam PTPTN adalah dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah.

Sambutan yang sangat menggalakkan diberikan oleh mahasiswa dari seluruh Malaysia. Antara idea yang GR minat ialah adakan satu sistem pembayaran balik pinjaman melalui potongan gaji dengan bayaran yang mampu dan wujudkan syarat pada peminjam untuk pelajar yang blacklist supaya mereka boleh ke luar negara untuk tujuan sambung belajar atau pun kerja.


GR kata: PTPTN bukan datang dari pinjaman bank ker? Mana datangnya dari Kerajaan??


Sent from Samsung tablet

No comments:

Post a Comment