Wednesday, April 11, 2012

PAKATAN HAPRAK ROSAKKAN PEMIKIRAN GENERASI MUDA - #mejabulatptptn



Parti pembangkang mempolitikkan isu memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semata-mata untuk meraih sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang itu mengakibatkan golongan muda khususnya mahasiswa yang terpedaya dengan dakyah pihak terbabit memandang serong kepada kerajaan.

Menurutnya, pembangkang sengaja mahu mempolitikkan isu tersebut kerana menyedari ia satu perkara yang mudah mendapat perhatian umum.

''Kita tidak mampu menghalang mana-mana pihak terutama pembangkang membesar-besarkan isu ini, sebenarnya rakyat sendiri harus memahami dengan jelas isu yang ditimbulkan sekarang'', katanya selepas merasmikan Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Pemuda UMNO di sini hari ini. - Utusan


GR kata: Pakatan Haprak hanya pandaikan janji manis bulan dan bintang...Fikir-fikirkanlah...


Sent from Samsung tablet

No comments:

Post a Comment