Pada PRU 12 yang lepas, Pakatan Rakyat berjaya menawan 5 negeri tetapi dalam masa yang sama Pakatan Rakyat masih belum menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat. Itu pun masih nak tabur bermacam-macam janji palsu kepada rakyat untuk PRU 13 nanti.
Antara janji-janji PRU 12 di bawah ini:
Urustadbir Berwibawa
- Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah (dalam proses)
- Menyiasat penyelewengan pentadibiran tanah dan sumber negeri (dalam proses )
- Menghentikan projek-projek pembaziran dan rugi (menghentikan ditukar kepada menyambung)
- Memastikan ketelusan pentadbiran negeri (dalam proses - agaknya )
- Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (menghentikan ditukar kepada menyambung)
- Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan (dalam proses)
Sosial dan Kebajikan Rakyat
- Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor (belum laksana)
- Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yg dihantar ke nurseri (belum laksana)
- Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah (belum laksana)
- Membri hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yg mendapat tawaran ke Universiti (belum laksana)
- Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor (diteruskan)
- Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga (belum laksana)
- Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana- buat ladang babi dulu)
- Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim (belum laksana)
- Memberi elaun ibu tunggal yang layak (belum laksana)
- Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga (belum laksana) sepenuh masa anak-anak kecil mereka (belum laksana)
- Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri ( belum laksana- buat ladang babi dulu)
- Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam (belum laksana)
Kesihatan Rakyat
- Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana)
- Memberi 14 hari cuti kepada suami yg isterinya bersalin (belum laksana)
- Memberi sebulan cuti kepada wanita yg kematian suami (belum laksana)
- Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas (belum laksana )
Ekonomi Rakyat
- Menyediakan premis perniagaan yg cukup ( belum laksana RM100juta untuk ladang babi dulu )
- Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda (belum laksana)
- Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama (belum laksana)
- Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana)
- Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bg 20 meter padu pertama setiap bulan (dilaksana bulan jun)
- Menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi di atas garis kemiskinan (belum laksana)
Keselamatan Rakyat
- Menguatkusakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bg mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir (belum laksana)
- Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan (belum laksana )
- Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita ( belum laksana - mula dengan projek Rm100 juta kandang babi dulu)
GR kata: Pembaca nilailah sendiri janji-janji Pakatan Rakyat PRU 12. Dan sekarang ni sibuk janji lagi untuk bagi macam-macam pada PRU 13 nanti. Semua janji KOSONG!!!! APXB!!!
No comments:
Post a Comment