Monday, January 30, 2012
Alahai Tak Boleh Kritik ker?? Untuk Kebaikan Jugakan...
Jangan sesekali senarai hitamkan mana-mana ahli UMNO yang dilihat berani bersuara dan memberikan pendapat dalam sebarang isu melibatkan kepentingan parti.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Marshitah Ibrahim berkata, budaya berkenaan perlu dikikis dari parti jika mahu melihat parti lebih berdaya saing terutamanya menghadapi pilihan raya akan datang.
“Jangan takut kepada intelektual yang ada dalam Umno dan mendengar pandangan yang berbeza dari akar umbi, sedangkan pujian lebih menakutkan dan teguran amat baik dalam keadaan sekarang.
“Ini kerana intelektual dan profesional akan rasa lebih dihargai jika diberi tempat. Tidak perlu risau, tidak akan berebut dalam Umno kerana ada kekuatan, sebaliknya jika parti menafikan mereka kita bukan hanya akan kerugian, malahan lebih parah sekiranya diambil pihak lawan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Jumaat lalu, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa tatatertib bagi mengendalikan kes-kes disiplin termasuk sabotaj menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Sebelum itu, beliau yang mengadakan lawatan ke Karnival Karangkraf 2012 yang melahirkan rasa terkejut dengan sambutan masyarakat terhadap karnival dan melihat budaya membaca di negara ini masih segar.
Menurutnya, teguran kepada parti adalah juga seperti seorang doktor berjumpa pesakit, di mana doktor akan mengarahkan pesakit makan ubat, bukannya sahaja mengesahkan seseorang itu sakit.
“Itulah yang dilakukan, tetapi sering disalah anggap. Menegur dan memberikan pendapat berbeza adalah input berguna demi kemajuan parti, janganlah salah anggap dengan apa yang dilakukan untuk parti.
“Anggap mereka ini ikhlas dalam idea yang diberikan,” katanya.
Mengulas mengenai perkembangan Wanita Umno, beliau berkata, Wanita hendaklah berani tampil menyatakan pendirian berhubung apa jua isu yang dihadapi termasuklah kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Katanya, pemimpin datang dan pergi, jadi parti hendaklah diutamakan, bukannya individu yang menjadi pertaruhan.
“Apa yang saya lihat, Wanita lompang dengan pemimpin pelapis bagi menggantikan sesuatu kerusi yang dikosongkan.
“Saya percaya kita tidak bersedia ke arah itu, bukan bermakna menidakkan pemimpin sedia ada tetapi hakikatnya perlu disedari segera,” katanya.
Bagaimanapun katanya, pemimpin yang perlu diketengahkan Wanita hendaklah mempunyai ciri kewanitaan dan keibuan dalam kepimpinan, memahami kehendak parti dan berani menyatakan kebenaran dalam apa jua halangan. - SH
GR kata: Kritikan adalah perkara biasa bagi seorang ahli politik...Fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment