Dengan S6 Samsung menegahkan tiga ciri utama iaitu rekaan, kuasa memproses dan kemampuan kamera. Kita mulakan dengan rekaan. Rekaan S6 unik berbanding rekaan peranti Samsung sebelum ini kerana mempunyai panel belakang dan hadapan yang diperbuat daripada kaca. Bahagian sisi pula dihasilkan dari aluminium bergred industri penerbangan. Sebelum ini kami ada memuji rekaan Galaxy A5 yang kami sangkakan sudah cukup premium tetapi dengan S6 mereka menunjukkan mereka mampu menghasilkan peranti yang lebih cantik. Terdapat empat pilihan warna iaitu hitam, putih, biru dan emas.
Keseluruhan permukaan kaca adalah sangat selesa dipegang manakala sisi tepi yang bulat pula tida menyakitkan telapak tangan seperti pada Galaxy Alpha. Dari segi rekabentuk ini mengingatkan kami kepada estetik peranti Sony Xperia Z3. Pada bahagian kanan terdapat butang kuasa dan slot kad SIM. Pada sebelah kiri terdapat butang suara. Pada bahagian atas terdapat pemancar infra merah dan akhir sekali pembesar suara, slot mini USB dan jack fon kepala diletakkan pada bahagian bawah.
Tidak seperti beberapa ura-ura yang didengari S6 tidak mempunyai pembesar suara stereo pada bahagian hadapan ataupun kemampuan kalis air. Apa yang disertakan ialah sokongan pengecasan tanpa wayar terbina.
Skrin SAMOLED yang digunakan mengekalkan saiz 5.1″ seperti yang ada pada S5 tetapi kali ini ia mempunyai resolusi QHD. Kepadatan pixel juga meningkat kepada 577 pixel setiap inci berbanding 432 pixel setiap inci sebelum ini,
Pemproses Exynos lapan teras terkini digunakan dengan empat teras pada kelajuan 2.1 GHz dan empat lagi teras pada kelajuan 1.5 GHz. Kami difahamkan kesemua S6 di dunia akan menggunakan pemproses 64 Bit ini. Tiada variasi peranti akan menggunakan pemproses dari keluarga Snapdragon. RAM sebesar 3 Gigabyte LPDDDR4 dan pilihan muatan dalaman 32, 64 dan 128 Gigabyte. Tiada sokongan kad MikroSD kali ini tetapi Samsung bekerjasama dengan Microsoft untuk memberikan storan awanan One Drive 100 Gigabyte secara percuma selama 2 tahun.
Kamera utama masih lagi 16 Megapixel tetapi kali ini dilengkapi lensa F 1.9. Kamera hadapan dipertingkat ke 5 Megapixel lensa lebar F 1.9. Kamera utama kini mampu melakukan focus tracking secara aktif. Objek yang diambil akan sentiasa difokus dengan betul ketika kamera digunakan. Kemampuan video 4K masih lagi disokong.
Touchwiz Dikemaskini
Galaxy-S6-3Apakah perubahan yang dilakukan pada antaramuka? Sekilas pandang tiada perbezaan boleh dilihat. Rekaan ikon dan elemen antaramuka masih kelihatan serupa. Tetapi perbezaan hanya boleh disedari apabila memasuki aplikasi tertentu. Sebagai contoh apabila membuka aplikasi telefon terdapat animasi seperti yang dilihat pada Android Lollipop stock. Animasi yang sama juga dilihat apabila membuka talam aplikasi, talam notifikasi dan skrin tetapan. Sepanjang tempoh penggunaan kami sedari animasi berjalan dengan cukup lancar sekali dan masalah sela masa yang sangat sinonim dengan TouchWiz tidak lagi kelihatan. Samsung menepati janji mereka untuk memperbaiki TouchWiz yang memang cukup bermasalah.
Terdapat juga fungsi kustomasi tema yang lebih mantap kali ini. Pada A5 kami ada merungut hanya dibenarkan memilih empat tema sahaja. Pada S6 kini terdapat pilihan memuat turun tema baru dari theme store.
Kamera Dengan Focus Tracking
Kamera kini boleh dilancarkan secara automatik dengan menekan butang home sebanyak dua kali. Bercakap tentang kamera, S6 mempunyai kamera 16 Megapixel (F 1.9) dengan kemampuan focus tracking. I boleh mengesan objek yang ingin diambil dan kemudian melakukan pemfokusan aktif pada subjek sepanjang masa. Fungsi kamera lain yang diperlihatkan ialah Virtual Shot yang membolehkan anda mengambil gambar 360 darjah sesebuah objek secara berpusing. Selepas gambar diambil ia boleh diputarkan ke depan dan ke belakang dengan memiringkan peranti. Fungsi Selective Shot, Panorama, gerak perlahan dan Pro turut disertakan. Dengan fungsi Pro anda boleh mengawal parameter kamera secara manual. Beberapa fungsi tambaSebelum ini anda harus mengkatifkan HDR terlebih dahulu sebelum gambar diambil. Disini ada beberapa penambah baikan dan beberapa pengurangan dilakukan Samsung.
Kesimpulan
Galaxy S6 M2330028
Samsung Galaxy S6 ialah sebuah peranti yang bukan sahaja kelihatan cantik tetapi pada waktu yang sama mempunyai bahan binaan yang berkualiti tinggi. Dua konsep ini adalah sangat asing bagi sebuah peranti Samsung sebelum ini. Sisi logamnya yang bulat memastikan peranti turut selesa digenggam di dalam tangan. Perubahan paling menarik bagi kami ialah TouchWiz yang dikurangkan jumlah aplikasi terpasang. Memang terasa perbezaan kepantasan S6 berbading A5 dan Note Edge yang baru sahaja kami ulas. Kemampuan kamera melakukan focus tracking adalah mengujakan kerana setahu kami S6 ialah peranti pertama yang mempunyai fungsi ini.
Pada masa yang sama kami yakin ada yang akan merungut perbezaan pada rupa TouchWiz tidak ketara. Jangan risau kerana kali ini fungsi mengubah tema memberikan pilihan yang lebih besar. Anda kini boleh memuat turun tema baru dari themes store.
Sungguhpun begitu ketiadaan pembesar suara yang terletak pada bahagian hadapan adalah sedikit mengecewakan. Pasaran sekarang semakin dipenuhi peranti dengan pembesar suara stereo pada bahagian hadapan. Mengapa Samsung tidak mengikut langkah HTC, Motorola dan Sony tidak kami ketahui. Ketiadaan sokongan kalis air adalah dijangkakan kerana ianya bukan fungsi yang dimahukan majoriti pengguna. Kami rasakan benda yang paling akan mendapat reaksi negatif dari pengguna Samsung ialah tiada lagi slot kad mikroSD dan bateri yang tidak lagi boleh ditanggalkan. Ini adalah antara perkara yang membuatkan ramai memilih peranti Galaxy sejak beberapa tahun yang lalu.
Di akhir hari perubahan rekaan, bahan binaan dan TouchWiz yang diketengahkan pada Galaxy S6 pastinya mengujakan peminat peranti Samsung. Kepada yang mula membenci jenama ini kami yakin pembaharuan yang dilakukan mungkin boleh mengubah persepsi buruk anda terhadap Samsung. Buat masa ini apa yang kami boleh katakan S6 ialah peranti yang cukup mengujakan. Nantikan ulasan penuh kami apabila ianya memasuki pasaran Malaysia kelak.
PRO dan Kelebihan
- Rekaan premium. Gabungan kaca dan aluminium yang cantik. Cukup selesa dipegang.
- Spesifikasi tinggi dengan modul RAM yang pantas.
- Antaramuka TouchWiz baru lebih ringan dan lancar. Jumlah aplikasi terpasang dikurangkan dengan drastik.
- Kamera dengan kemampuan focus tracking dan OIS yang diperbaiki dari Note 4.
- Lebih banyak pilihan tema.
Kontra dan Kekurangan
- Permukaan peranti lebih mudah kotor dan berminyak kerasan keseluruahnnya diperbuat daripada kaca.
- Tiada lagi sokongan kad mikroSD dan bateri yang boleh ditanggalkan
- Pembesar suara menghala ke bawah.
Sumber: amanz
Zaman sekarang ni memang banyak orang yang suka tangkap gambar selfie tak kira usia dan jantina. Macam saya pun suka tangkap gambar selfie sebab itu saya sudah baca specifikasi kat laman web Samsung mengenai kamera S6 dan mendapati bahawa kamera S6 memang bagus. Ada siapa yang tahu betul ke kamera S6 itu bagus macam apa yang laman web katakan? Kalau betul macam info kat laman web, memang bagus lah Samsung S6 ini, tak boleh nak tunggu lagi la Samsung S6 nak launch kat Malaysia!
ReplyDeletebiar ape pon org skrg mane bleh idup tanpa selfie tgk IG 8 dari 10 pon selfie byk
ReplyDeletepengeluar smartphone skrg pon tgh compete dgn sesama sdri tgk sape yg ade camera paling best
Dah baca tentang review utk S6, ada front kamera dgn 5MP lagi.. fuiyohh dan real time HDR.. bestnye.. Saya rasa S6 lebh bagus sbb lebih ringan dan lebih senyap dari S5. Boleh cuba dapat lebih review kat sini : http://www.digitaltrends.com/mobile/camera-features-galaxy-s6-edge/
ReplyDeletesaya baca banyak review pasal S6, saya pon rasa camera fon s6 memang nampak bagus! Camera depan yang selalu nampak blur2 sikit, sekarang dah nampak clear.. Tapi, kalau saya nak compare dengan fon lain macam HTC M9, saya rasa M9 boleh dinaik taraf lagi la. Tak sampai standard.
ReplyDelete@Jupiter
ReplyDeleteSebenarnya sekarang mana ada orang yang masih beli smartphone khas untuk tangkap gambar saja. Banyak kamera kat pasaran sekarang yang ada wifi dan boleh transfer upload ke laman social, tak payah guna smartphone kamera. Lagipun kamera smartphone kualiti dia tak sebagus kualiti yang ada kat pasaran.
ye la tu tp klao smartphone je lbh praktikal lagi2 camera mane bleh simpan dalam poket tp yg camera dgn wifi bleh share serta merta la
ReplyDeletenape eh org suka selfie? mmg beli telepon utk selfie ke mcm mana.. siap cari yg camera power je.. haha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteItu S6 punya kamera ada ISO dan shutter speed boleh adjust lagi mcm DSLR sbb ada 16MP dan 3456x4608 pixels punya gambar.. Video record ada 4K mcm best... saya share link bagi kalian utk tengok preview : https://www.youtube.com/watch?v=iJKlp2AaP7U
ReplyDeletesaya rasa 4k video record ni fungsi yg luar biasa. Memang akan buat banyak orang beli fon ni. ade pulak fungsi wide-angle selfie, memang pasti s6 dan s6 edge akan rampas market selfie
ReplyDelete@Farah
ReplyDeleteSusah lah nak save byk2 file2 besar sbb resolution gambar tinggi S6 tu. Lagipon S6 xde external memori mcm model2 sebelum ni, jadi kalao internal memori pon penuh tahniah la ko xde lagi tempat nak save file.
memory tu x kisah la kerana s6 dh ade 128gb utk spec paling tinggi
ReplyDeletexyah bimbang memori abis bleh save byk video
lagi2 speaker s6 dah improv dari segi kejelasan dn bass speaker
ramai yg tengah tunggu S6 keluar yer. Hi hi hi
ReplyDelete