Tuesday, January 20, 2015

MUSIBAH BANJIR, PETANDA UNTUK BERINGAT ATAU..?? #banjir2014

Banjir besar yang melanda negara kita bagaikan satu mesin masa yang telah membawa kita kembali ke zaman silam yang menyaksikan kebanyakkan mereka hidup tanpa bekalan elektrik, internet mahupun telefon.

Dan yang lebih menggerunkan ialah, hampir kesemua keluarga terputus hubungan dengan dunia luar buat seketika.

Apabila banjir reda, mereka terpaksa menunggu dan beratur panjang selama lebih sejam hanya untuk mengisi minyak kereta.

Pengalaman GR sertai misi bantuan banjir melihat mereka membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur menggunakan air yang dipam keluar dari sumber air bawah tanah, membersihkan setiap helai pakaian mereka dan mengejar masa untuk menjemurnya sebelum hari kembali gelap.

GR juga memasak bersama mereka secara efisien kerana bekalan bukan sahaja sangat terhad malah peti sejuk tidak berfungsi untuk menyimpan bekalan makanan yang banyak dan juga tiada bekalan air bersih yang mencukupi untuk membasuh apa sahaja.

Kesemua ini bagaikan kembali ke zaman silam dan bukannya ke masa depan.

Bagaimanapun, apa yang terjadi ini merupakan satu bentuk pembelajaran yang berguna buat mereka mangsa-mangsa banjir kerana mungkin ada diantara mereka tidak pernah membersihkan sebegitu banyak benda sepanjang hidup mereka.

Adalah di luar imaginasi kita semua, bagaimana di era ini, bencana yang terjadi ini mengambil masa berhari-hari lamanya untuk bekalan elektrik dan bekalan air paip dipulihkan semula.

Satu perkara yang pasti ialah rakyat Kelantan sentiasa menerima masa susah dan masa senang tanpa banyak bicara termasuklah kesengsaraan yang dibawa oleh banjir dahsyat seperti mana yang berlaku sekarang.

Walaupun banjir telah berlalu tetapi kesengsaraan yang mereka tanggung tetap kekal bersama mereka. Ramai yang terpaksa memulakan kehidupan dengan tangan yang kosong.

Hari demi hari, mereka terpaksa berhadapan dengan sampah sarap yang bertimbun dan barangan serta perkakas yang tidak boleh digunakan lagi dengan bekalan elektrik dan air paip yang tidak konsisten.

Tetapi kerja-kerja pemulihan sememangnya perlahan dan lembab kerana bekalan air bersih yang terhad.

Di Kelantan khususnya di sini, setiap orang boleh dikatakan adalah mangsa banjir. Hanya tahap mana sahaja yang memisahkan perbezaan kesengsaraan dan bebanan akibat daripada bencana ini.

Orang luar mungkin merasakan segala-galanya telah kembali normal sebaik sahaja melihat banjir surut. Tetapi hakikatnya itu bukanlah senarionya kerana kesan pasca banjir masih menghantui fikiran lebih-lebih lagi proses membersihkan harta benda daripada bencana ini sangat-sangat membebankan para mangsa.

Mereka terpaksa hidup dengan sampah sarap di sekeliling mereka setiap hari dengan lumpur yang masih melitupi lantai rumah tetapi mereka terpaksa 'menelan' semua ini kerana mereka tidak mempunyai tempat lain lagi untuk berteduh. Ini adalah rumah mereka.

Para sukarelawan yang tiba untuk membantu mangsa-mangsa juga akhirnya mendapati tidak banyak yang dapat mereka bantu kerana tidak ada bekalan air bersih yang mencukupi untuk membersihkan rumah serta kawasan yang ditenggelami lumpur.

Pengajaran daripada banjir besar ini buat kita semua...

i. Lagi banyak harta benda yang korang miliki, lagi banyak kerja pembersihan yang perlu anda lakukan.

ii. Hidangan makanan tin yang dimakan bersama-sama ahli keluarga selepas sepanjang hari melakukan kerja-kerja pembersihan adalah yang paling lazat mangsa banjir rasai.

iii. Hargailah apa yang anda miliki kerana ia boleh lesap dan hanyut dalam sekelip mata.

iv. Lakukan kerja-kerja dan hulurkan bantuan tenaga secara praktikal.

vi. Sentiasa ada pelan B dalam hidup atau perkukuhkan daya tahan anda.

vii. Kegembiraan hanya mudah - roti dan bun yang kita semua bawa dari Kuala Lumpur telah menceriakan wajah ibu bapa, kakak, abang dan adik sepanjang hari di sana.


GR kata: Sedih ada juga yang tak bersyukur bila ditimpa musibah. Apa punya manusia mereka nie??


Sent from Samsung Mobile

1 comment:

  1. Baik disiasat apa PUNCA sebenar BANJIR yg. amat ganjil ini - yg. MAJORITI mangsa umat Islam di negeri-negeri Islam kuat termasuk di Pantai Timur, Acheh dan Selatan Thailand!

    Dan seorg. usahawan Bukan Islam mahu membina penempatan baru utk. penduduk sebuah kpg. ISLAM/Melayu di Kelantan - baik pastikan JANGAN sampai HAK MILIK tanah pusaka lama mereka yg. rosak akibat banjir TERGADAI dan penempatan baru yg. mahu dibina atas tanah K'jaan negeri memberikan mereka juga GERAN tanah baru!

    Yg. aku risau akan ada usahawan yg. ambil peluang mendpt. tanah K'jaan negeri Islam untuk bina penempatan baru spt. kat Kelantan, tapi mangsa banjir tak diberikan geran tanah serta tanah lama mereka tergadai! Yg. herannya mana NGO-NGO Islam/Melayu - kenapa sorang Taukeh Bukan Islam ini asyik muncul di K‘tan dan 'bantu' keluarga besar ISLAM/MELAYU miskin di Kelantan termasuk ibu tunggal?!

    Nek Tempoyak

    ReplyDelete