Adakah UMNO Sudah matang? Adakah strukturnya sudah lengkap? Apa maksud meremajakan parti? Adakah dengan menerap masuk pemimpin muda bawah 40 tahun parti jadi remaja? Semuanya berfikiran seperti orang muda?
GR masih percaya kepada kematangan, Presiden dan pimpinan atasan perlu melihat keputusan yang diambil perlu ada kematangan untuk semua lapisan. Laksanakan seperti pimpinan terdahulu, pelapis diangkat kerana melihat masa depan parti.
Percaya kepada anak-anak dalam struktur parti itu amat penting. Mereka ini sudah pastinya bergelumang dengan masyarakat dan program yang mendatangkan faedah secara berterusan, bukan lagi sibuk anjurkan program yang 'Syok Sendiri'.
Lebih penting, mereka sudah melalui proses kematangan Nasionalis selain punyai segulung diploma mahupun ijazah sebagai benih ilmu untuk membuat keputusan. Anak muda bukan meminta. Jauh sekali managih jawatan. Ianya satu keperluan dalam struktur kelangsungan parti. Ianya seperti aur dengan tebing....
PUTRAJAYA 23 Nov. - Era pemimpin lama menyekat peluang generasi muda mendapat tempat di dalam parti sebenarnya telah lama berlalu dalam UMNO.
Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin parti perlu sedar bahawa jawatan yang dipegang itu bukanlah milik keturunan mereka untuk selamanya.
“Selain itu, kita bukan ketua perang yang menganggap jawatan dalam parti menjadi kepunyaan kita dan harus dimiliki oleh keturunan kita atau dipegang oleh kita.
“Saya fikir bila tiba masanya, kalau sudah mendapat tanda bahawa kita tidak lagi dikehendaki, maka cara terbaik ialah mengundurkan diri sebelum kita diundurkan,” katanya.
Beliau mengulas gesaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak agar golongan muda diberikan ruang di dalam parti dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 60 Tahun Lembaga Penapis Filem (LPF), di sini hari ini.
Najib berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pagi ini.
Dalam ada itu, Ahmad Zahid berkata, mesej yang disampaikan oleh Presiden parti itu jelas menunjukkan bahawa ruang terbuka luas untuk generasi X dan Y menyertai UMNO.
Beliau berkata, keterbukaan itu termasuklah dengan mengubah peruntukan kemasukan ahli baharu ke dalam parti.
“Antaranya, ahli boleh menyertai UMNO tanpa perlu melalui cawangan sebagai mana cara biasa tetapi boleh dilakukan melalui ibu pejabat.
“Tujuannya adalah supaya dipermudahkan kemasukan golongan profesional dan anak muda yang dulu kononnya disekat oleh ketua cawangan dan bahagian tertentu untuk menyertai UMNO,” katanya.
GR kata: Ada pemimpin yang pegang cawangan ke bahagian lama sangat langsung takder impak apa2 sudah-sudahla tu yer...
JANGAN pemimpin muda mcm. si mamat-kari-LIBERAL-si LAWAK-pakai-stokin-PINK-dan-kaki-ZUMBA/BERDRAMA-kalah-BOLLYWOOD, sudah! Lepas tu timbalan-ROMEOsi BUDAK-LIBERAL ni nak labelkan si puak yg. PERTAHAN ISLAM serta hak Umat Islam/Melayu-Bumiputera sbg. "berhaluan kanan"!
ReplyDeleteYg. jenerasi muda dlm. UMNO dok pilih pemimpin LIBERAL-mcm. ni - apasal?! WIRA PERKASA, ISMA dan Ustaz Kazim - tolong BASUH pikiran depa!
Makcik Sambal Belacan.