Monday, June 23, 2014
TERKINI: MAHKAMAH TOLAK RAYUAN GEREJA, KALIMAH ALLAH MILIK UMAT ISLAM! TAHNIAH @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhbar mingguan Katolik, The Herald, pada Isnin bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya edisi bahasa Melayu.
Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, yang mempengerusikan panel mendengar hujahan tujuh hakim daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran merayu itu.
Ini merupakan panel yang besar seumpamanya untuk menentukan permohon rayuan.
Gereja itu memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober 2013, yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam versi bahasa Melayu terbitannya.
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, terbatal dan tidak sah.
Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Paderi Besar Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.
Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Melayu, terutama bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.
GR kata: Alhamdulillah...Kalimah Allah S.W.T masih terpelihara!
syukur pd Allah kerana dgn kuasaNya memperkenankan segala usaha kita muslimin dn muslimat. moga selesailah satu bab.
ReplyDeleteSyukur Ya Allah. Berilah kami kekuatan dan kebijaksanaan untuk menegakkan Islam Ya Allah. Satukan kami Ya Allah. Lemahkan kekuatan musuh2 Islam. Ameen.
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur kepada Allah. Sebenarnya Allah jua yang menentukan segala-galanya dan adalah kurang tepat kalau kita berpendapat bahawa kita yang mempertahankan kalimah Allah. Sebenarnya kita Berjaya mempertahankan akidah kita dan Berjaya menolak tanggapan pihak gereja Keristian bahawa Allah pun bolih ada anak seperti manusia dan haiwan. NAUZUBILLAH !!!
ReplyDeleteWalaubagaimana pun kita harus ada persediaan lain yang jauh lebih berkesan sekiranya masih dicabar juga lagi olih mereka yang bukan Islam itu. Tidak mustahil masih ada segelintir orang bukan Islam yang tidak akan berpuas hati dengan keputusan Mahkahmah Malaysia. Maka sudah tiba masanya pihak yang mengaku ULAMAK tersohor negara kita ini mengambil pendekatan sebagaimana yang di wasiatkan olih junjungan besar kita Rasulullah Nabi Muhammad SAW sebelum wafat Baginda sudah berwasiat supaya umat Islam kembali untuk merujuk kepada Sunnah Baginda dan Al Quran sekiranya wujud unsur-unsur kekeliruan di dalam ugama kita.
Kalau mengikut fakta sejarah Baginda Rasulullah sendiri pernah di cabar olih pendita Keristian Najran. Mengikut Al Quran walaupun sudah diterangkan dengan jelas olih Baginda Rasulullah sendiri, pendita Keristian itu tetap bersikap sombong dan degil dan enggan menerima penjelasan tepat lagi benar yang telah telah di berikan olih Baginda Rasulullah sendiri.
Diterangkan melalui Al Quran bahawa kedegilan mereka itu telah mengundang campur tangan dari Allah sendiri dimana peristiwa itu telah di abadikan di dalam surah Ali Imran ayat 61 yang membawa maksud Firman Allah:
“Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakan kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta peremapuan-peremapuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah di timpakan kepada orang-orang yang berdusta.” (Ali Imran 3:61)
Dengan ini tidak kah Allah sendiri sudah menunjukkan contoh bagaimana untuk menangani kerenah orang bukan Islam yang kurang ajar terhadap ajaran ugama Islam? Olih itu sekiranya masalah ini masih berbangkit lagi. Ayuh marilah kita ajak paderi-paderi Keristian itu dan juga orang-orang politik yang menyokong mereka untuk berlaku SYIRIK terhadap kalimah Allah untuk melakukan MUBAHALAH dan biarlah Allah sendiri yang mengajar mereka!!! . Kita percaya orang-orang bukan Islam sudah tentu tidak berani kerana mereka tahu bahawa mereka telah melakukan pembohongan yang terang dan nyata apabila mereka menyatakan bahawa Allah pun bolih ada anak juga serupa manusia dan haiwan. NAUZUBILLAH !!!
Kita berharapa para MUFTI dan juga mereka yang mengaku ULAMAK dari MAIS dan JAIS untuk sama-sama melaksanakan MUBAHALAH ini dengan orang bukan Islam yang kurang ajar ini. Kita percaya seluruh umat Islam Malaysia akan sama-sama untuk melakukannya. Biar seluruh dunia dapat melihat samada paderi-paderi keristian Malaysia ini berani atau tidak untuk melakukan MUBAHALAH itu. Tidak kah berani kerana benar ? Walau bagaimana pun hairan jugak kita kenapa para ULAMAK kita yang bijak-bijak itu tidak terfikir untuk merujuk kepada Al Quran untuk MELAKUKAN MUBAHALAH bagi menangani isu begini?