Tuesday, June 17, 2014

MILITAN 'BERJIHAD' DI SYRIA BAKAL DITANGKAP, SALAH KER @Zahid_Hamidi CAKAP? @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA


Ramai yang tidak berpuashati dengan kenyataan Zahid Hamidi pada mereka yang menyertai pasukan militan di Syria akan dikenakan tindakan undang-undang apabila mereka pulang ke Malaysia nanti. Dalam hal ini GR berbelah bagi samada setuju dan tidak setuju, tetapi GR lebih condong dengan tindakan pihak Polis demi keselamatan, ketenteraman masyarakat dan negara.

Jika kita setuju dengan militian, adakah kita setuju dengan tindakan (arwah) Nordin Mat Top? Seperti di luar negara, adakah kita bersetuju dengan tindakan Osama Laden? Bukankah mereka ini juga militan!!

GR tidak nafikan niat mereka untuk membela dan menegakkan Islam. Tetapi dalam konteks keselamatan, jika mereka dilepaskan sebenarnya agak sukar. Bayangkan jika mereka merancang untuk mengebom rumah-rumah ibadat tak kira apa agama sekali pun di negara adakah kita bersetuju dengan mereka? Jika mereka secara tiba-tiba lakukan pengeboman di tempat awam, adakah kita bersetuju??

Adakah ada jaminan mereka tidak berbuat demikian? Korang rasa macam mana? Adakah kita mahu Malaysia seperti negara lain yang sedang bergolak sekarang? Adakah dengan nama Islam saja kita perlu buat dengan mengikut hawa nafsu kita??

Fahamkan kenyataan DS Zahid Hamidi nie betul-betul :

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menyertai pasukan militan di Syria akan dikenakan tindakan undang-undang jika pulang ke negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Maklumat diperolehi dan jika mereka menjejakkan kaki di Malaysia, pasti tangkapan akan dilakukan dan tindakan undang-undang dijalankan," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y.Yun di sini, Isnin.
Beliau berkata, kementerian, khususnya Polis Diraja Malaysia kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bagi memantau kegiatan merekrut anggota baharu menerusi laman sosial.

Mengulas penglibatan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur jika dia terbukti terlibat.

"Aspek kajian kita bukan hanya dalam kalangan orang asing dan rakyat Malaysia, malah peribadi dalam penguatkuasaan juga harus diselidik.

"Kita tak syak semua, tapi dapat menghidu jika mereka terlibat, iaitu hasil kerjasama dengan Kementerian Pertahanan khususnya Angkatan Tentera Malaysia," katanya.

Mengenai perjumpaan dengan duta Amerika itu, beliau berkata Amerika memuji cara Malaysia menangani masalah militan di negara ini dan meminta usaha berterusan dilakukan bagi membanteras kegiatan berkenaan.

"Saya bincang perkara ini dengan mereka. Ia adalah suatu makumat yang harus diperincikan, usaha pembendungan turut dijalankan kerana kita tidak mahu usaha (militan) ini mendapat dokongan militan antarabangsa," katanya. - mStaronline

Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul dan Shalwati didapati bersalah kerana memukul anaknya. Di Malaysia merotan untuk mendidik adalah amalan turun temurun kan? Maksud GR di sini ialah undang-undang sesebuah negara adalah berlainan, begitu juga di Malaysia.

Di Palestin, Mesir, Pakistan dan di negara lain yang bergolak wujud aktiviti militan. Di Ukraine militan pro Rusia timbul setelah krisis ekonomi. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan, kita harus mencegah dari mula. Jika tidak ia akan mengancam keselamatan rakyat dan negara.

Mungkin ramai yang tak sependapat dengan artikel GR ini. Tetapi mungkin ada jalan penyelesaian dalam isu militan ini, sama-samalah kita bersatu memberikan buah fikiran yang bernas. Mungkin juga pasukan militan ini harus berkerjasama dengan pihak Polis bahawa mereka tidak lagi terbabit dalam hal militan kerana telah INSAF.

Baca artikel ini apa sebenarnya maksud Jihad dalam Perspektif Islam KLIK DI SINI

Percaya atau tidak sebenarnya negara kita sentiasa memberi bantuan kepada golongan Islam yang tertindas. Bentuk bantuan yang diberikan pada mereka mungkin ramai yang tidak mengetahui malah GR berani katakan mereka yang join militan nie tidak tahu erti sebenar perjuangan yang mereka lakukan sekarang. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Musuh dalam selimut, tue yang bahaya!!!

2 comments:

  1. Mudah cerita, jika menjadi anggota militan dan berjuang di negara bergolak spt syria, pakistan, afghanistan, iraq dll, pastinya tidak dpt tidak mereka akan menjadikan orang awam sebagai sasaran. Contohnya pengeboman (spt di syria baru2 ini oleh rakyat malaysia). Org awam yg tak berdosa turut menjadi korban. Walaupun sasarannya tentera musuh, tp org awam boleh berada dimana-mana. Zaman rasullullah dulu, org awam tk pernah menjadi korban peperangan. Lu fikir la sendiri.

    ReplyDelete
  2. Dalam negara macam2 isu dok ada. Dgn puak evangelist dok galak nak pesong akidah, guna kalimah Allah, lgbt, halau peribumi dengan cara halus, masalah halal haram mcm2 lagi dok ada mereka tak nak perjuangkan pun. Dok galak pi negara orang bunuh diri buat apa ? Kerja bodoh!

    ReplyDelete