Benar atau tidak berita yang sudah tersebar luas kononnya Khalid Ibrahim akan melepaskan jawatan MB sebaik selesai PRK Kajang yang dimenangi oleh Wan Azizah. Adakah ini desakan yang Khalid terima untuk diberikan laluan secara paksa kepada Azmin atau Wan Azizah menjadi MB Selangor yang baru?
Maklumat terbaru yang GR terima dari rakan-rakan dalam PKR, Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang dimenanginya pada PRU13 lepas, ia akan berlaku pada bila-bila masa saja.
Sebab kenapa Khalid ingin meletakkan jawatannya sebagai ADUN P.Klang, tak tahu pula apa punca sebenarnya. Apa yang penting sekarang ini katanya, Azmin Ali akan mengambil alih jawatan pengarah pilihanraya PKR Selangor dan seluruh jentera PKR selangor sudah diminta untuk bersiap sedia....
Jika benar Khalid akan meletakkan jawatan maka itu adalah satu perkara yang amat tidak bertanggungjawap sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk 5 tahun dalam proses demokrasi Malaysia, tetapi langkah pakatan pembangkang membuat sdemikian tidak lebih untuk menguji minda rakyat samada masih menerima wakil dari kalangan mereka atau tidak.
Persoalannya di sini parti BN tidak perlu melatah cuma beranikah pula BN berbuat demikian bagi mengarahkan wakil rakyat yang dimenangi oleh mereka meletak jawatan, tidak salah untuk mencuba kerana Selangor adalah dalam pemerintahan kerajaan pakatan dan BN merupakan sebuah pembangkang.
Untuk mengelakkan mana-mana ADUN yang menang dalam pilihan raya meletak jawatan tanpa sebab atau hanya untuk menguji kekuatan politik parti di sesuatu kawasan, dicadangkan SPR meminda Akta Pilihanraya secara segera supaya mengelakkan kejadian seperti Kajang berulang dengan memasukkan satu klaus " ....... maka kawasan yang dikosongkan secara sengaja, tidak akan dibuat pilihanraya semula.
Biar kawasan tersebut kosong tanpa wakil rakyat untuk sepenggal. Dan biarkan rakyat menilai sendiri mereka boleh selesaikan masalah dengan sendiri atau hanya pandai cakap saja.
Dengan adanya undang-undang baru, maka tidak ada siapa pun akan pertikaikan soal buang duit, kos mengadakan semula pilihanraya dan sebagainya.
GR kata: Siapa yang banyak bazirkan duit rakyat kalau macam nie caranya? Guna otak untuk berfikir yer!!
kalau betul Khalid letak jawatan baguslah, dia sudah sedar tak kan selamanya nak buat dosa bersekongkol dengan penipu Negara..umur dah makin lanjut entah esok lusa jalan..jangan ikut penipu no 1 Negara ( tak kenal eskay, tak kenal bomoh VIP dunia, tak kenal Cpt Kapal terbang, tak kenal azizah..opps!!)
ReplyDelete