Wednesday, April 9, 2014

Berani Ker Young Teck Lee Nak Tampor @Zahid_Hamidi Sendiri??


Lawak pun ada, nak gelak guling-guling pun ada bila mana masih ada pemimpin yang mahukan publisiti murahan. Bila dah tak ader jawatan, ada saja benda baru yang cuba dinaikkan demi nak menaikkan namanya sendiri.

Bekas Ketua Menteri Sabah nak tampar Zahid Hamidi? Kenapa perlu upah orang RM500 untuk buat kerja? Kenapa tak buat sendiri? Bukannya tak boleh pergi mengadap Zahid sendiri di KDN kan?

Perkara nie memang nampak macam budak-budak. Sebabnya Young Teck Lee perangai macam budak sekolah jadinya kita layan dia macam budak sekolah jugak. Up singgit jer pun....ada bran ker? Keh keh keh....

Sebelum buat apa-apa gunakan otak, isu keselamatan negara bukan boleh dibuat main. Seharusnya semua pihak berganding bahu supaya masalah dapat diselesaikan dengan sempurna.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.

Katanya, Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.

“Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.

“Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain menampar saya,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas Ketua Menteri Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.

Tawaran itu dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu yang menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik. – UTUSAN ONLINE

GR kata: Singgit pun ada yang kecoh...ape daaaa!!

No comments:

Post a Comment