Tuesday, March 4, 2014

SIAPA SANGKA, SI GAGAP BERJAYA PERBODOHKAN SI GILA KUASA! @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim #PRKKajang


Barangkali Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan sebahagian besar kepimpinan PKR dan DAP langsung tidak menjangkakan, Khalid Ibrahim akan menunjukkan kebijaksanaannya pada saat-saat genting Anwar Ibrahim cuba memenangi PRK DUN Kajang sekaligus menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Secara diam-diam Khalid Ibrahim telah bersekongkol dengan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak dan kemudian menandatangani MOU berkaitan pengambilalihan pengurusan air Selangor melibatkan empat buah syarikat konsesi dengan sebahagian besar daripada pembiayaan pengambilalihan tersebut ditanggung oleh Kerajaan Pusat.

Namun yang lebih menarik dalam MOU tersebut adalah persetujuan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan ruang kepada penyiapan Loji Air Langat II yang menimbulkan kontroversi sedikit waktu dahulu.

Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor akhirnya menyerah kalah kepada Kerajaan Pusat dan turut mengakui bahawa tindakan Kerajaan Pusat adalah betul, manakala kaedah politik yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, lebih banyak menyusahkan rakyat berbanding mendatangkan manfaat.

Reaksi yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, benar-benar membuatkan kita tertawa. Apakan tidak, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang kebiasaannya seringkali memandang rendah dan memperlekeh-lekehkan Khalid Ibrahim, secara tiba-tiba tersedar bahawa mereka telah dipermain-mainkan oleh Khalid Ibrahim. Lebih memburukkan lagi keadaan ialah apabila Khalid Ibrahim meminggirkan dan mengenepikan mereka.

Perjanjian, persetujuan dan MOU yang ditandatangani oleh Khalid Ibrahim mewakili Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Pusat, langsung tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang merupakan Pengerusi PKR Negeri Selangor.

Azmin Ali cuba menggunakan kelebihannya selaku Pengerusi PKR Selangor apabila MEMERINTAHKAN Khalid Ibrahim menghadapnya dan Anwar Ibrahim untuk menjelaskan tentang tindakannya menandatangani MOU dengan Kerajaan Pusat.

Ketika ditanya mengapa Kerajaan Negeri Selangor mengambil keputusan untuk menutup cerita sebenar dan tidak menghebahkan berkenaan MOU tersebut sebelum ia ditandatangani, Khalid Ibrahim dan pembantunya yang setia, Faekah Husin secara berterus-terang memberitahu rahsia tersebut perlu dijaga baik-baik sehinggalah pada hari MOU ditandatangani memandangkan terdapat unsur-unsur dan konco-konco jahanam yang akan memastikan perjanjian tersebut gagal dan Loji Langat II terus dipolitikkan.

Nampaknya, baik Anwar Ibrahim apatah lagi Azmin Ali, langsung tidak berani buka mulut dan membidas Faekah Husin dengan alasan yang diberikan. Mereka cukup takut dengan bekas peguam yang pernah juga menjadi SETPOL Khalid dan kini mengetuai MBInc di Selangor.

Khalid secara berterus-terang juga menyalahkan Anwar Ibrahim kerana MOU Loji Langat II tidak dapat ditandatangani hasil daripada permainan licik Anwar Ibrahim yang menyangkakan paras air mentah tidak akan susut sampai bila-bila.

Anwar masih lagi beruntung kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak menggunakan isu ini secara optimum bagi menerangkan kepada penduduk Kajang bahawa selama ini, masalah air di Selangor semuanya berpunca daripada Anwar Ibrahim yang mahu bermain politik. - Sumber


 GR kata: Anwar tak boleh, Azmin pun sama...dua2 tak boleh pakai daaa!!

No comments:

Post a Comment