Sunday, March 16, 2014

SELURUH DUNIA SIBUK BERDOA, DI MALAYSIA ADA PULA YANG SUKA TERKINJA-KINJA!! #FMFA2014


Allah S.W.T Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dikala seluruh dunia terutama sekali rakyat Malaysia sedang berduka dengan kehilangan pesawat MH370, ada segelintir yang tidak menghiraukan kesedihan tersebut. Mungkin tak kena batang hidung mereka, jadi apa salahnya kita enjoyyyyy...tak gitu???

GR juga difahamkan konsert ala-ala rave and trance party yang diadakan selama 3 hari bermula Khamis hinggalah semalam telah lama dipromosikan. Sejak dari awal promosi diadakan melalui internet dan pelbagai lokasi yang cuba dibuat oleh penganjur. Akhir sekali di Stadium Bkt Jalil...kenapa lokasi tersebut dibenarkan? Bukankah berhadapan dengan kawasan perumahan??

Disini penulis kongsikan gambar-gambar kejadian YANG RATA RATANYA REMAJA ISLAM. Semoga jadi PENGAJARAN,dan SEDEKAHKANLAH AL FATIHAH dan tak perlu dicaci mereka yang terlibat tapi ambillah IKTIBAR dari trajedi ini.





Kalau nak dikata menghina dan tidak sensitif isu semasa, berita dibawah ini barulah bukti yang patut diberi, disaat kita hiba dan sedih dengan KISAH MH370 , tiba-tiba ada pula pihak menganjurkan konsert dan Allah S.W.T Maha Mengetahui segala-galanya.

Kronologi Insiden:

Pada hari pertama 13 MAC 2014 jam 2000 hingga 0030, semasa konsert dijalankan, pihak Narkotik IPD Cheras telah membuat tangkapan 3 penonton yg sedang berhibur kerana positif dadah. Berkait Bukit Jalil Rpt 1202, 1205, 1209, 1210/2014. Tiada insiden pada hari pertama.

Pada hari kedua 14 MAC 2014 jam 0130, telah berlaku insiden 5 kematian (1 lelaki Melayu, 1 lelaki India, 1 lelaki Cina, 2 perempuan Melayu). Sementara 4 orang yang masih koma/kritikal kesan drp pengambilan dadah dan alkhohol. Semua mangsa dibawa ke hospital PPUM dan PPUKM untuk rawatan lanjut. Bukit Jalil Rpt : 1250, 1261, 1273, 1274, 1278 dan 1279/2014.

5 mangsa yang mati:-
1. KAMAL ZEKRY bin KAMAL
BASHA (Meninggal di PPUM)
No. KPT : 920424-14-5329 (L)

2. VICTOR WONG E HERN
(Meninggal di PPUM)
No. KPT : 880712-29-5029 (L)

3. SABREENA bte KAMARUDIN
(Meninggal Dunia di PPUM)
No. KPT : 931216-14-6582

4. SURESH A/L MOHAN
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 860616-43-5599 (L)

5. SYAZANA SOHAIME
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 910124-08-6786 (P)

4 mangsa masih kritikal ialah:-
1. WILOPO AILEEN (Kritikal di
PPUM Warga Singapura)

2. LIM SHU WEI (Kritikal di PPUM
Warga Singapura)

3. NOR FAIZZA bte MOHD WAZIR
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 870620-56-5336)

4. MOHD HAZWAN bin HUSIN
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 951217-01-5427

Memang betul perancangan telah lama dibuat, bukankah boleh ditangguhkan dulu party ini hingga masalah yang dihadapi selesai semuanya atau pun batalkan terus semuanya. Tahniah GR ucapkan pada pihak Polis kerana bertindak tegas dengan mengarahkan penganjur membatalkan konsert party untuk hari ketiga.


Pelbagai konsert party sebegini diadakan dan memang ramai yang datang majoriti adalah anak muda. Paling sedih adalah bangsa Melayu dan Islam..Di manakah moral anak muda sekarang, lebih mementingkan keseronokan dari mementingkan soal akidah yang telah lama rosak. Bersukaria boleh tapi perlulah ada batasnya. Betul tak?

Pada pihak penganjur yang lain, boleh jamin ker jika ada sebarang penganjuran konsert party seperti ini diadakan TIADA SEBARANG PENGGUNAAN DADAH. Boleh jamin ker sistem kawalan keselamatan diperkuatkan dan tiada sebarang dadah dibawa masuk oleh pengunjung. Tukang jaga jangan sibuk kawtim dan berniaga 'gula-gula' pulak yer.

Apa pun kita doakan semoga mereka yang ditimpa musibah pada konsert party tersebut dijauhkan dari azab kubur dan dipermudahkan semuanya. Keluarga ditimpa malu apa lagi yang ingin diperkatakan, paling sedih dan malu umat Islam diaibkan. Pengajarannya untuk kita adalah haruslah sentiasa ingat akan perintah dan larangan Allah S.W.T.

Mungkin ramai yang akan pertikaikan GR siarkan gambar-gambar diatas kononnya seakan MENGHINA DAN AIB. Tetapi secara halusnya kita tidak pula pertikai anak remaja kita yang terdedah kepada keadaan sebegitu.

Ingat! Jika Allah S.W.T nak turunkan bala, semua pasti terlibat termasuk kita yang sembahyang 5 waktu, termasuk para Ustaz dan Ustazah.....kenapa?? Kerana kita TIDAK INGATKAN mereka atau sekurang kurangnya menghalang mereka.


GR kata: #PrayForMH370 #DoakanMH370

No comments:

Post a Comment