KUALA LUMPUR: Usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak lebih 80 jam lalu diteruskan hari ini dengan operasi digerakkan di kawasan yang lebih luas meliputi 100 batu nautika daripada titik terakhir pesawat itu dikesan pada awal pagi Sabtu lalu.
Kawasan itu meliputi perairan di sebelah barat dan timur Semenanjung Malaysia mencecah sampai ke Vietnam dan utara Sumatera. Operasi disertai oleh 22 buah pesawat udara dan 44 buah kapal dari lapan buah negara.
Bagi memudahkan operasi, kawasan berkenaan dibahagikan kepada beberapa petak dan setiap kapal laut serta pesawat yang menyertai usaha tersebut masing-masing ditugaskan meneroka setiap petak itu.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media pada Isnin malam menegaskan usaha itu akan dipergiatkan kerana adalah mustahak untuk mengesan pesawat berkenaan untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku.
"Usaha ini masih lagi sebuah operasi mencari dan menyelamat dan bukannya operasi pemulihan bencana," katanya.
Pada sidang media sebelumnya pada tengahari Isnin, Azharuddin menyifatkan kehilangan pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu sebagai "misteri kehilangan pesawat yang belum pernah berlaku sebelum ini."
Pasport curi
Ketika operasi mengesan pesawat itu dipergiatkan, pihak berkuasa juga sedang mengesan seorang warganegara Iran yang didedahkan oleh seorang agen pelancongan di Thailand sebagai individu yang membeli tiket bagi pihak dua penumpang yang menaiki pesawat itu dengan pasport curi.
Agen pelancongan itu, Benjaporn Krutnait memberitahu akhbar The Financial Times pada Isnin, lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu itu hanya dikenali dengan nama "Encik Ali".
Krutnait pada awalnya menempah untuk lelaki Iran itu dua tiket ke Eropah pada 1 Mac lalu melalui penerbangan Qatar Airways dan Etihad. Tiket itu kemudiannya terbatal kerana tidak dituntut oleh Ali.
Pada Khamis 6 Mac, Ali menghubungi Krutnait dan agen pelancongan itu menempah penerbangan Malaysia Airlines kerana itu tiket paling murah yang ada. Beliau menempah tiket itu melalui China Southern Airlines yang berkongsi kod penerbangan dengan MH370.
"Tidak ada bukti Encik Ali kenal dua lelaki yang menaiki pesawat (MH370) dengan pasport curi," lapor The Financial Times.
Tiket
Krutnait mendedahkan perkara itu kerana tidak yakin Ali ada kaitan dengan keganasan kerana tidak menempah secara khusus penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sebaliknya meminta tiket termurah ke Eropah.
Kedua-dua penumpang misteri itu ditempah untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing sebelum meneruskan penerbangan ke Amsterdam sebelum masing-masing ke Frankfurt dan Copenhagen.
Azharuddin dalam sidang media pada Isnin malam turut menegaskan siasatan ke atas rakaman visual pergerakan dua penumpang misteri itu menunjukkan semua protokol keselamatan di KLIA telah dipatuhi.
Oleh itu, siasatan pihak berkuasa berhubung dua pasport curi yang digunakan untuk menaiki pesawat MH370 itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pemalsuan pasport.
Beliau juga mengesahkan, selepas meneliti rakaman dan foto, dua penumpang berkenaan bukan lelaki Asia. - Awani
GR kata: Ya Allah berikanlah petunjuk serta peliharalah mereka.
Sent from Samsung Mobile
YA ALLAH, sekrg. si KAPIR DAJAL Barat-ZIONIS nak MELAGAkan umat Islam pula, kononnya Iran mungkin terlibat ("killing THREE birds with one stone" - Malaysia, China dan Iran!)! Lihat EVANGELIS Star di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/03/10/missing-mh37o-tickets-booked-in-pattaya/ , Missing MH370: Iranian "Mr Ali" bought impostors' tickets in Pattaya, Monday March 10, 2014 (tapi muka si Yahudi Zionis pun ramai mcm. org. Persia/Arab, sebab itu senang menyamar jadi pengganas al-Qaeda atau pengganas pemberontak Iran contohnya)
ReplyDeletePuak Syiah yang aktif di Malaysia dan mana-mana negara Islam yang Sunni atau Syiah, yang menghasut umat Islam untuk berbunuh sesama sendiri, dipercayai di didalangi PENGGANAS al-Qaeda dan juga pengganas pemberontak 'Iran' dari Mujahideen-e-Khalq (MEK), yang sebenarnya semua diTAJA oleh Barat-Israel sendiri untuk menjatuhkan kerajaan Islam termasuk K’jaan Iran.
Bahkan CIA-MI6-Mossad bersama MEK ini, ini juga terlibat dalam sindiket dadah global, seperti yang ditaja mereka di Afghanistan, Mexico dan Latin Amerika (dan juga disyaki di Malaysia/Asia), untuk menghancurkan moral jenerasi muda dan meningkatkan jenayah akibat penggunaan dadah untuk menghuru-harakan negara, di Dunia Islam dan Dunia Ketiga, yang kaya minyak-gas.
Sebab itu fahaman Syiah mesti dihalang dari merebak di M'sia/Indonesia; mahupun di mana-mana negara Islam yang berasaskan Sunnah wal Jamaah, juga sbg strategi PENGHALANG. Sila lihat di:
1. http://www.policymic.com/articles/6587/u-s-funded-iran-terrorist-group-says-shocking-report, U.S. Funded Iran Terrorist Group, Says Shocking Report, Michael Luciano;
2. http://thehill.com/blogs/global-affairs/middle-east-north-africa/292771-iranian-opposition-to-open-washington-office, Iran’s MEK to open Washington office, By Julian Pecquet, 04/09/13; dan
3. http://www.intrepidreport.com/archives/968, Zeta gang connected to U.S. Special Forces/Mossad, By Wayne Madsen, March 10, 2011.
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).