Tuesday, March 25, 2014
AL FATIHAH, ALLAH LEBIH SAYANGKAN MEREKA! #PrayForMH370
Tidak dapat dibayangkan perasaan hancur luluh seorang ibu yang mengharapkan anaknya pulang kepangkuan. Setelah dari hari berganti minggu menenteramkan hati dengan harapan anak masih hidup, namun berita apakah ini yang menyetap segala mainan kata-kata semangat dan doa dari mereka yang tidak menghadapinya.
Tidak dapat dibayangkan keadaan cemas penumpang MH370 yang pada awalnya cuba melelapkan mata setelah menikmati sajian makan malam yang cukup sempurna kabin penerbangan negara, namun tersadarnya hanya apabila suasana kalut dengan suara jeritan dan tangisan penumpang lain yang bertanya sesama sendiri "Di mana kita? Kenapa tidak sampai lagi?"... Anak kapal cuba menenangkan penumpang walaupun mereka sendiri sudah putus usaha untuk mengambil perhatian juruterbang yang terus mendiamkan diri di dalam kokpit yang berkunci.
Tak siapapun mampu untuk membayangkan apa yang telah dilalui mereka ini walau telah berjuta ungkapan doa dan harapan melalui media maya kita kongsikan. Hakikatnya merekalah yang terpaksa menghadapi ini semua. Sesuatu yang sangat diluarjangkaan. Malah tidak pernah ada rasa sedikit sangsipun terhadap mutu perkhidmatan syarikat penerbangan negara yang disegani dunia. Bagi sesetengah kita yang sering mengembara, dengan hanya berada di dalam pesawatnya sahaja sudah terasa seperti telah menjejakkan kaki ke tanah air sendiri...
Berhari-hari kami menantikan khabar berita darimu MH370... Namun sunyinya kisahmu rupanya telah ditelan dek badai gergasi Lautan Hindi. Walaupun kau telah berkhidmat ratusan ribu jam lamanya berada diawan sana, ratusan ribu jam itu kau patuh pada arahan, bukan mereka cipta laluan sendiri menuju destinasi misteri.
Kini nasib MH370 dunia meratap sayu. Namun kotak hitam yang menjadi buruan utama bakal membongkarkan, bencana apakah yang perlu dilalui oleh kesemua 238 orang penumpang akibat kerja seorang manusia yang hilang pedoman. Dihumbankan semuanya ke dalam lautan sepi setelah tersilap menduga laluan ke destinasi misteri.
Sila lihat pada Google Earth tentang lapangan terbang ini. Juruterbang ini melakukan semua perkara yang betul. Dia berhadapan dengan suatu situasi sukar di dalam kapal yang membuatkan dia segera mengambil keputusan kembali ke lapangan terbang terdekat.
Bagi saya kehilangan transponder dan komunikasi suatu yang masuk akal jika berlaku kebakaran. Dalam kes kebakaran tindak balas pertama ialah menarik semua busses utama dan memulihkan litar satu demi satu sehingga anda mengasingkan yang rosak.
Jika mereka menarik busses itu, pesawat akan menjadi senyap(tiada perhubungan). Ia mungkin satu keadaan yang serius dimana mereka perlu mengawal pesawat dan cuba memadam api. Aviate, Navigate dan akhir sekali berkomunikasi.
Melihat kepada masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.
Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang.
Terdapat satu insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 dimana tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.
Benar, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan ketika kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit.
Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit dan seterusnya terhempas. Saya sudah katakan empat hari lalu anda akan menemuinya sepanjang laluan itu – mencari di kawasan lain hanya sia-sia.
Juruterbang ini, seperti yang saya katakan adalah seorang hero yang bergelut dengan satu situasi yang mustahil dimana dia cuba mendaratkan pesawat itu ke Langkawi. Tidak ada keraguan dalam fikiran saya. Itulah punca mengapa pesawat itu melakukan pusingan dan terus meluncur ke laluan lurus.
Rampasan tidak akan membuatkan pesawat itu beralih arah secara sengaja dan menuju ke Langkawi. Pesawat pasti terbang lebih lama sehingga perampas mengambil keputusan membawa pesawat itu ke sesuatu lokasi.
Apa yang menghairankan tiada seorang pun daripada pemberita, pegawai-pegawai, dan juruterbang lain yang ditemuramah melihat perkara ini dari sudut pandangan juruterbang.
Jika sesuatu yang buruk berlaku kemana dia akan pergi?…
Melalui Google Earth yang hanya mengambil 30 saat saja, saya langsung ternampak Langkawi. Membesarkan peta, dan ternampak landasan…. Naluri saya tahu juruterbang ini mengetahui lokasi lapangan terbang itu.
Dia mungkin telah banyak kali melakukan penerbangan di situ. Kebakaran dalam pesawat hanya menuntut satu perkara – anda perlu menurunkan pesawat itu ke atas landasan secepat mungkin.
Terdapat dua pengalaman dalam ingatan saya. AirCanada DC9 pada tahun 80-an contohnya telah melintasi beberapa lapangan terbang kerana juruterbang tidak mengetahui landasan terdekat. Juruterbang itu berjaya mendaratkan pesawat namun 30 nyawa tidak dapat diselamatkan.
Pada tahun 1998, kemalangan melibatkan Swissair DC-10 juga salah satu contoh menunjukkan juruterbang adalah hero sebenar. Mereka baru sahaja berlepas 15 minit menuju ke Halifax tetapi kebakaran menyebabkan pesawat itu terpaksa mendarat di lautan. Kejadian itu berlaku selepas sejam pesawat itu berlepas daripada Kennedy. Transponder dan alat komunikasi lain terpadam kerana mereka telah menarik busses di dalam pesawat itu.
Bagi saya itu adalah penjelasan yang mudah mengapa ia berpusing dan menuju ke arah itu. Juruterbang seorang yang bijak, hanya tidak mempunyai masa.
GR kata: Ya Allah, Kau temukanlah kembali pesawat MH370. Berikanlah petunjuk atas petunjuk yang telah Kau berikan. Al Fatihah!
No comments:
Post a Comment